ryeena
TypeRegistered User
Member sinceJuly 2020
Website 
LocationMalaysia
Profile views289
Hi,

Saya ada masalah dengan charge card Diners Club. Saya mempunyai 2 kad, penggunaan terakhir pada 2009 kad yg pertama adalah RM2,+++ dan kad kedua RM1,+++. Pada tahun akhir saya guna saya sudah tiada pendapatan tetap, jadi tak mampu nak buat bayaran bulanan. Sehinggalah pada tahun 2015 mereka dpt hubungi saya semula dan saya ada buat bayaran RM50-RM100 setiap bulan. Tapi mereka hubungi saya minta saya buat bayaran lebih dan saya kata saya tak boleh buat bayaran lebih dari itu. Kata mereka jumlah tersebut hanya untuk intereset sahaja itu pun x cukup. Jadi bila mereka desak2 saya, saya jadi malas nak layan tidak lagi membuat bayaran sehingga ke hari ini. Tapi hari ini saya ada terima panggilan dia kata dia call dari Diners Club, tapi saya dapat info dari google yang Diners Club Malaysia sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Apa yang dibincangkan hari ini adalah dia menjelaskan kepada saya yg hutan charge card saya telah mencecah kepada RM 160,000 utk kedua2 kad. Jumlah itu adalah termasuk dgn kos mahkamah, dia kata sekiranya saya tidak selesaikan nama saya dalam process bankruptcy dan sekiranya nama saya bankruptcy  rumah Mak saya akan disita kerana saya telah daftar atas alamat rumah Mak, rumah tersebut bukan lah atas nama saya dn saya pun dah tidak duduk di sana. Menurut dia account EPF saya juga akan dibekukan. Persoalan saya boleh ke mereka sita rumah mak saya sedangkan rumah tu bukan atas nama saya. Tetapi dia ada meminta saya buat bayaran RM 20K untuk mereka tarik balik nama saya dari senarai bankruptcy. Manalah saya nak cari RM20k gaji pun tak seberapa. Tak kan nak pinjam Ahlong kot. Yang buat saya tidak puas hati jumlah kenaikan itu terlalu tinggi berganda ganda.

Mohon advice dari yang berpengalaman apa yg perlu saya lakukan. Thanks in advance.
0 Answers   1 Questions
This user has not answered any questions   View all questions this user asked
0 Comments   0 Votes Cast
 
all time by type
0 Helpful votes