zudeen
TypeRegistered User
Member sinceAugust 2017
Website 
LocationMalaysia
Profile views79
hi...
saya dalam tahun ini berlaku masalah di dalam syarikat saya bekerja. dan saya terpaksa mencari pekerjaan yang lain. tapi disebabkan kewangan saya yang tidak dapat menampung perbelanjaan telah menyebab kan bayaran ansuran rumah saya agak kurang memuaskan.
bayaran bulanan ansuran rumah saya dari rm860 telah naik sehingga rm1200. ini disebab kan setiap bulan saya tidak membayar dengan jumlah yang penuh. namun saya tetap membayarnya walaupun tidak cukup jumlahnya. namun tindakan saya ini telah menyebabkan saya di kategorikan tidak membayar selama 6bulan.
jadi dengan ini bolehkah saya memohon institusi bank yang saya pinjam tersebut untuk menstruktur kembali bayaran tertunggak tersebut sehingga kewangan saya berada dalam keadaan yang stabil.
dan berapa lamakah tempoh atau tindakan dari pihak bank untuk melelong atau notis dari mahkamah?.
saya terpaksa mengabaikan panggilan dari pihak bank kerana pada permulaanya mereka tetap memaksa menyelesaikan jumlah yang tertunggak. saya berada dalam keadaan buntu, tapi walau bagaimanapun saya tetap membayar dengan jumlah kemampuan saya.
untuk pengetahuan anda saya mempunyai rumah yang telah lama saya jelaskan di bukit beruntung malangnya rumah tersebut susut nilai yang agak rendah dan telah membuat pengeluaran melalui KWSP dahulu. namun malang bagi saya kerana untuk rumah yang kedua ini saya tidak boleh menyelesaikan melalui KWSP kerana rumah yang pertama masih ada rekod dlm KWSP.
jadi bagaimana atau apa tindakan yang perlu saya lakukan?. harap anda dapat membantu untuk saya usaha menyelesaikan masalah saya.
Terima Kasih atas nasihat dan pandangan atau cadangan anda.
0
votes
1
answer
113
views
Last activity on Sep 20, 2017 at 19:35  ⚫  Asked on Aug 29, 2017 at 18:28