Advertisement

Courts keluarkan warran sita dan saman sebab langgar perjanjian. Adakah ini betul?

63162 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Dec 11, 2014 at 13:34
by   salmah
edited on Apr 25, 2016 at 22:43
 
Semalam saya ada dapat call dari orang tak dikenali menyuruh saya tunggu di rumah. Dia cakap saya kena saman mungkin dari bank. So barang-barang saya diorang nak sita. Saya tak faham, lalu saya tanya dia saman dari siapa... bank mana? Lelaki Melayu itu tak pasti. So dia bagi nombor talipon pejabat peguamcara untuk kes saya.

Saya call dia cakap mahkamah saman saya RM25k. Saya cakap kenapa tak ada hantar surat. Dia cakap sudah hantar surat ke pejabat saya, rumah lama dan rumah baru tapi saya tak ada received. Dia cakap saya kena masuk mahkamah 15 haribulan depan. So hari ini barang-barang saya di sita. Bila minta suruh fax letter lawyer itu macam bagi alasan. Saya takut sangat sebab dia cakap saya akan muflis. Saman itu RM25k. Jumlah barang-barang tak sampai amount itu, secara automatik melibatkan bank. Dengan bank saya ada hutang rumah dan kereta. Dia cakap nanti saya akan bankrap dan secara automatik agreement rumah dan kereta bank akan stop. Saya delay bayar selama 4 bulan sebanyak RM1xxx l bulan.

Bila saya cakap nak bayar, lawyer itu cakap bukan sebab tertunggak tetapi saman sebab langgar agreement.

Ada siapa-siapa boleh bagi pendapat?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
163 Answers
« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

answered on Nov 25, 2016 at 22:29
by   Aku Seorang Penghutang
edited Dec 27, 2016 at 08:26
 
TAHUKAH ANDA.. SAMAN DARI BANK?

A bank is a place where they lend you an umbrella in fair weather and ask for it back when it begins to rain – Robert Frost
Ramai rakan-rakan di luar yang menghadapi masalah kewangan dan bertanyakan soalan tentang implikasi apabila bank menghantar surat saman kepada mereka. Disini saya ingin jelaskan serba sedikit persoalan yang kebanyakan kita tidak tahu dan selalu terlepas pandang.

Sudah tentulah, nasihat pertamanya sekali adalah (jika anda mampu), hubungi pihak bank dan membayar seberapa yang mereka (bank) mahukan untuk menggugurkan saman tersebut. 
Akan tetapi sekiranya anda mampu berbuat begitu tentulah anda akan terus melakukannya begitu tanpa meminta nasihat mana-mana rakan-rakan dan pakar peguam bukan?

PERSOALANNYA
Sekiranya anda tidak mampu membayar, apa yang harus anda lakukan?
Haruskan anda biarkan sahaja?
Haruskan anda upah peguam dan melawan di mahkamah?

TUNTUTAN DARI BANK
Kes-kes tuntutan oleh bank biasanya bagi menuntut kembali wang yang dipinjamkan oleh bank kepada anda. Pinjaman ini temasuklah pinjaman peribadi, perniagaan, kereta, rumah dan sebagainya.

Tuntutan ini dibuat bila berlakunya pemecahan terma kontrak iaitu anda gagal membayar ansuran pinjam mengikut syarat yang telah dipersetujui oleh bank dan anda semasa pinjaman di buat.

Tindakan oleh bank adalah berbeza-beza mengikut polisi bank yang anda pinjamkan wang itu.

Ada bank yang agak lambat mengambil tindakan dan ada juga yang cepat dalam menyaman anda.

Namun, caranya tetap lebih kurang sama iaitu dengan dimulakan oleh surat-surat amaran (Notice Of Demand) dan kemudiannya penamatan perjanjian (Notice Of Termination).

TINDAKAN YANG BOLEH ANDA LAKUKAN APABILA MENERIMA SAMAN DARI BANK
Selepas surat amaran dikeluarkan dan diendahkan oleh anda, bank akan menamatkan perjanjian atas alasan pemecahan kontrak. Untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan menerusi tindakan undang-undang, pihak bank akan mengarahkan salah satu dari panel peguam mereka untuk memfailkan saman terhadap anda.

SAMAN BOLEH DISAMPAIKAN KEPADA ANDA MENERUSI PENYAMPAIAN PERIBADI ATAU SURAT BERDAFTAR AR
1. Pertamanya, apa yang cadangkan di sini hanya jika anda TERDESAK sahaja dan kalau boleh, anda langsaikan sahaja hutang tu.
2. Anda juga boleh berhubung dengan pihak bank dan memohon agar cara pembayaran balik pinjaman disusun semula mengikut kemampuan anda.
3. Namun, pihak bank akan tetap meminta sedikit bayaran sebelum penyusunan semula di buat oleh mereka.

SAMAN DARI BANK
Sekiranya anda di SAMAN oleh pihak bank, anda pastinya lebih risau jika tuntutan dalam SAMAN tersebut melebihi atau hampir mencecah RM 30,000.
Ini biasanya berlaku dalam kes-kes hire-purchase seperti pembelian kenderaan dan juga pinjaman perumahan.

MENGAPA RM 30,000?
Ini kerana ia adalah jumlah minima bagi bank untuk memfailkan petisyen KEBANKRAPAN (Bankruptcy Petition) terhadap anda.
Namun, begitu....

BANKRAP PULA TIDAKLAH SEMESTINYA BURUK UNTUK ANDA
Ia cukup untuk menyusahkan anda terutama jika ingin berniaga, atau ketika memohon pekerjaan (diskriminasi boleh berlaku). Seorang yang diisytihar bankrap juga tidak boleh ke luar negeri.

AMAUN TUNTUTAN ADALAH KECIL
Jika amaun yang pinjam adalah kecil, kebanyakkan bank agak keberatan mengambil tindakan terhadap anda. Ini kerana jika mereka menang di mahkamah sekalipun, apa yang mereka dapat hanyalah “judgement” sahaja.

Perintah penghakiman jika tidak dipatuhi oleh peminjam akan menyebabkan bank terpaksa memfailkan pula tindakan perlaksanaan penghakiman.

Perlaksanaan keputusan mahkamah lebih sulit bagi bank dalam kes-kes sebegini dan dari pengalaman lepas, bank sedar bahawa saman ke atas amaun yang kecil hanya merugikan mereka sahaja.

Namun kena ingat, ini tidak bermakna mereka tidak akan saman juga.
Menurut Limitation Act, jumlah faedah bertambah yang dibenarkan adalah sehingga 6 tahun sahaja.

Dalam banyak hal bank lebih gemar mengambil tindakan pada amaun yang besar terutama yang boleh membawa kepada bankrapsi.

KOS GUAMAN
Setiap saman yang dibuat oleh bank melibatkan kos terutama kos guaman dan pengalaman lalu membuatkan mereka berhati-hati menyaman pelanggan mereka agar tidak rugi begitu sahaja.

Jika anda ingin membawa kes di mahkamah pula, pastikan ada punya sebab yang baik dan jumlah hutang yang ditanggung adalah besar.

Kos guaman bukanlah murah dan dalam kes sebegini yang melibatkan pemecahan kontrak akibat kegagalan anda membayar pinjaman bank, peluang anda untuk menang di mahkamah adalah tipis.

Maka sebaiknya jika anda ada masaalah kewangan, berikan tumpuan anda bagi membayar hutang-hutang yang besar dahulu.

Ingat bank lebih cepat mengambil tindakan terhadap anda jika hutang anda adalah lebih besar.

Nota: Artikel ini hanya pandangan peribadi dan tidak boleh anda jadikan ianya sebagai rujukan undang-undang. Ambil perhatian juga yang undang-undang sentiasa berubah melalui pindaan Parlimen dan keputusan mahkamah. Maka, dalam tempoh terdekat mungkin banyak perubahan boleh berlaku dari semasa ke semasa.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2016 at 02:09
by   jeff005
In Malaysia, it not only rain but it Pours

Seorang yang diisytihar bankrap juga tidak boleh ke luar negeri. 
A bankrupt who has reported in to JIM can apply to travel overseas for work and/or for medical treatment. Plus for occasional trips sponsored by their children.
1. Provide Guarantor
2. Pay Deposit RM3,000 to RM5,000
3. Six months advanced payment of monthly payable to JIM

Note
A 6 months single exit travel permit is given for non working purposes.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 21, 2016 at 20:50
by   Joanna
edited Jan 23, 2017 at 08:31
 
Ada sesiapa boleh bagi pendapat..  betulkah mereka ini datang sita barang di rumah? Padahal cuma ambil handphone saja.. then bayaran tertunggak selama 4 bulan saja. ...Ada orang call cakap daripada lawyer dan nak datang sita barang rumah saya dan penjamin sebab nak tanggung bayaran tertunggak.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 21, 2016 at 21:26
by   BoreDOOM
edited Mar 6, 2017 at 03:38
 
Why must answer again and again? The same Question. The SAME ANSWER.

IF YOU REALLY NEED HELP, START YOUR OWN THREAD WITH PROPER NAME AND EMAIL NAME.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 17, 2017 at 15:17
by   YUSZA
edited Mar 6, 2017 at 03:40
 
Pada 23.12.2016 saya menerima panggilan dari agensi kutipan yang bernama HJ. ZAFRIL  di talian 017674539x mengakui telah mendapat perintah mahkamah bagi menyita kediaman saya di Taman Melewar 2, menyita kediaman adik ipar saya di Jalan SS 27 dan pejabat di mana saya bekerja dan menuntut agar membuat bayaran sehingga jam 3.00 petang sejumlah wang RM5,500.00 bagi tuntutan courts Mammoth. Saya merayu agar pihak kutipan menangguhkan penyitaan kerana telah membuat aduan ke KDN (Rujuk Lampiran D)dan kes sedang disiasat pada 07.09.2016 namun pihak kutipan tidak memberikan tolak ansur akan terus menyita kediaman saya dan adik ipar.
 
Namun panggilan ugutan dilakukan secara berterusan ke atas saya dan adik ipar mengugut secara terancang untuk menyita kediaman melalui nombor panggilan 0112372818x dan 019231601x.

Satu laporan polis telah dilakukan di IPPD Daerah Batu Pahat dilakukan pada tarikh tersebut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 24, 2017 at 16:47
by   roti halia
edited Mar 6, 2017 at 03:49
 
Saya pun pernah kena. Ayah saya hutang dengan Courts lebih kurang 6 tahun lepas. Sekarang baru, dia nak bising-bising minta hutang jumlah RM2,000. Masalah dah bertahun dah cakap nak proceed mahkamah tapi tak ada pun surat saman apa-apa pun. Hari ini, dia ugut pukul 2 petang ni nak datang rumah dengan polis bagai nak sita barang. Masalahnya barang dalam rumah yang ayah tinggal bukan barang ayah saya, semua barang kami adik beradik. Tanah dengan rumah pun bukan harta ayah saya. Dia nak sita apa? Menipu saja semua itu. Mereka cakap bukan main pandai lagi, ugut macam-macam. Bila kita minta bukti surat saman, dia tergagap-gagap. Kalau betul nak proceed mahkamah, kenapa tak buat 6 tahun lepas, kenapa sekarang? Lepas itu dia cakap kalau tak nak naik mahkamah boleh settle luar. Saya cakap, tak apa lah, proceed saja ke mahkamah, saya tunggu. Dia pun ugut nak isytihar bankrap. Sita barang bagai, saya cakap tak apa lah, biar mahkamah tentukan, ada hitam putih. Cik proceed saja ke mahkamah. Tak payah call kami lagi, lepas itu hang up.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 25, 2017 at 21:05
by   Mohd Fariz
edited Mar 6, 2017 at 04:12
 
Saya ada sedikit kemuskilan sini, saya memang ada membuat pembelian dari Courts Mammoth, tapi itu pada tahun 2000. Sekarang 2017 saya mendapat panggilan pada tengah hari tadi berkenaan issue ini dan kemudiannya menyatakan saya perlu menjelaskan satu jumlah sebanyak RM1500 dari tungakan sebanyak RM3000 yang mana saya sendiri tidak tahu kenapa selepas 17 tahun sekarang saya dapat dihubungi semula oleh pihak mereka dan selama 17 tahun tidak pernah mencari dan menghubungi serta menghantar surat untuk minta pembayaran tunggakan. Setahu saya pembayaran pinjaman telah pun lama dijelaskan. Pihak Courts yang membuat panggilan juga menyatakan bahawa dari tempoh sebelum pukul 4 tidak dijelaskan pihak mereka akan mengeluarkan waran serta menyita barang dirumah ibu saya.

Tolong jelaskan seandainya saya tidak menjelaskan amount yang diminta adakah pihak mereka dapat melakukan apa-apa tindakan (waran /sita barang dan sebagai nya). Harap dapat membantu agar saya dapat selesiakan permasalahan ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 20, 2017 at 02:42
by   adiler
edited Feb 27, 2017 at 07:11
 
Kenapa orang asyik tanya soalan yang sama...

Semua ni cuma agen penghutip hutang. Mereka cuma menyamar sebagai lawyer. Ini bukan kes jenayah..so polis tak terlibat. Bukan mudah nak sita barang...proses panjang dan rumit.

Kalau kamu bayar..agen akan dapat komisen 25%...mereka ada KPI. Jangan takut.

Mereka boleh hack number seolah-olah mereka call dari mahkamah or balai polis. Polis tak kejar orang tak bayar hutang...ini bukannya jenayah..kes sivil sahaja.

Mahkamah pun tak akan call orang. Ini semua agen menipu as lawyer, polis, mahkamah.

Sila jangan bayar..buat report kat Bank Negara atau polis segera.
1 found this helpful
Helpful

answered on Feb 24, 2017 at 18:30
by   Penjawat Awam Terkena
edited Feb 27, 2017 at 07:04
 
Mereka dah menganjak selangkah kehadapan sekarang. Mereka sudah BERANI buat laporan polis mengatakan kita melanggar perjanjian dan mereka akan hantar ke salinan tersebut ke pejabat sehingga boleh dikenakan tindakan tata tertib. Ini pengalaman saya sebagai penjawat awam yang baru sahaja terkena. Saya ucapkan terima kasih kerana mengugut, serta menganggu hidup saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 24, 2017 at 21:42
by   kiki
Mereka sudah BERANI buat laporan polis mengatakan kita melanggar perjanjian dan mereka akan hantar ke salinan tersebut ke pejabat sehingga boleh dikenakan tindakan tata tertib.
Melanggar perjanjian, hutang bank ke? atau Courts Mammoth ke?, hanya boleh di selesaikan di mahkamah.

Mana ada kena mengena dengan polis. Boleh tunjuk laporan polis?
Pernah lihat polis tangkap orang tak bayar hutang Courts Mammoth?
2 found this helpful
Helpful


« Previous   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.