Advertisement

Courts keluarkan warran sita dan saman sebab langgar perjanjian. Adakah ini betul?

47235 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Dec 11, 2014 at 13:34
by   salmah
edited on Apr 25, 2016 at 22:43
 
Semalam saya ada dapat call dari orang tak dikenali menyuruh saya tunggu di rumah. Dia cakap saya kena saman mungkin dari bank. So barang-barang saya diorang nak sita. Saya tak faham, lalu saya tanya dia saman dari siapa... bank mana? Lelaki Melayu itu tak pasti. So dia bagi nombor talipon pejabat peguamcara untuk kes saya.

Saya call dia cakap mahkamah saman saya RM25k. Saya cakap kenapa tak ada hantar surat. Dia cakap sudah hantar surat ke pejabat saya, rumah lama dan rumah baru tapi saya tak ada received. Dia cakap saya kena masuk mahkamah 15 haribulan depan. So hari ini barang-barang saya di sita. Bila minta suruh fax letter lawyer itu macam bagi alasan. Saya takut sangat sebab dia cakap saya akan muflis. Saman itu RM25k. Jumlah barang-barang tak sampai amount itu, secara automatik melibatkan bank. Dengan bank saya ada hutang rumah dan kereta. Dia cakap nanti saya akan bankrap dan secara automatik agreement rumah dan kereta bank akan stop. Saya delay bayar selama 4 bulan sebanyak RM1xxx l bulan.

Bila saya cakap nak bayar, lawyer itu cakap bukan sebab tertunggak tetapi saman sebab langgar agreement.

Ada siapa-siapa boleh bagi pendapat?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
137 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Aug 9, 2016 at 19:04
by   Terdesak
edited Aug 23, 2016 at 05:19
 
Saya baru terima panggilan dari collector juga. Hutang dalam RM3 ribu lebih and barang handphone kawan beli pinjam nama and barang hilang. Sebelum tu saya cuba juga bayar tapi tak mampu teruskan. Nak tanya betul mereka akan sita rumah dan bawa case ke court? Sebab dia cakap dia dah bawa masuk Bahagian KL Logistic Department.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 11, 2016 at 19:31
by   azie
edited Aug 23, 2016 at 05:23
 
Saya pun baru terima panggilan. Mereka suruh bayar RM2,XXX sebelum pukul 3 petang, kalau tidak dia proceed kes saya di mahkamah civil. Saya mana ada cash sekarang. Kalau tidah 15/8/2016 saya dan ibu saya kena pergi untuk sebutan kes di mahkamah civil. Dia buat panggilan dari handphone. Dia kata dari mahkamah civil bukan debt collector.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2016 at 14:53
by   ajib_bersahaja
edited Oct 10, 2016 at 07:19
 
Saya pun 6 bulan tak bayar hutang Courts. Saya ada ambil peti ais. Tidak dapat bayar sebab ada masalah kewangan. Saya cadangkan nak bayar ansur-ansur bila dah stabil nanti... tapi saya ada dapat mesej dan surat dari courts mengatakan saya akan disaman akta perhutang sivil. Adakah ia benar? Minta pendapat semua. Risau ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2016 at 23:52
by   mike
edited Oct 10, 2016 at 07:27
 
@azie

Dia buat panggilan dari handphone. Dia kata dari mahkamah civil bukan debt collector.
Mahkamah tak buat kerja macam ini.

@ajib_bersahaja

saya akan disaman akta perhutang sivil..
Kamu tanya lah dia... di bawah seksyen berapa dalam akta itu... kamu nak rujuk
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 26, 2016 at 00:50
by   Mangsa Court
edited Oct 10, 2016 at 08:53
 
Saya pun dapat call dari pihak guaman, TN HJ TENGKU MUKRIZ namanya, kata akan sita semua barangan mudahalih dalam rumah saya. Then ada pula driver lori call bagi tahu saya akan sampai jam 4pm. Lawyer berkenaaan minta saya jelaskan full settlement dengan Courts RM6,345 sebelum jam 4pm. Saya confius dengan semua ni... mujur ada sikit simpanan... yang pelik lawyer kononnya itu minta saya jangan bagi tahu driver lori tu yang saya diberi option untuk buat bayaran kalau tak tindakan tegas akan diambil. Masa saya ke Courts untuk buat bayaran saya terima panggilan lagi dari driver lori mengugut saya. Saya dah mula takut... saya buat full settlement dengan Courts pada waktu itu juga kerana bimbang keselamatan keluarga, harta dan diri sendiri. Selepas bayaran dibuat saya terus ke balai polis membuat laporan polis. Saya ada tunggakan sebab saya mendapat barangan perabot yang tak berkualiti dari Courts. Selain itu report police ini juga saya akan gunakan untuk rujukan KPDNKK serta yang penting akhirnya saya dapat bebaskan diri saya daripada cengkaman lintah darat Courts Mammoth! Kepada semua diluar sana jangan jadi mangsa Courts seperti saya... saya beli barang harga RM3,000++ tapi kena bayar RM7000++.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 7, 2016 at 15:31
by   bella
edited Oct 10, 2016 at 09:25
 
Saya juga mangsa Courts. Saya menanggung hutang kawan, sebab saya setuju untuk guna nama saya. Kiranya macam saya yang membeli barang tersebut. 2 barang berjumlah RM8,000. Sekarang kawan itu sudah tak berkerja sebab menghidap kanser hidung. Tahun lepas saya bayarkan hutang yang kawan itu sudah tertunggak. Tapi tahun ini saya tak lagi membayar sebab saya ada masalah kewangan.

Dari minggu lepas dapat call dari En. Zakuan katanya wakil peguam dari Courts, saya tak jawap call dia dan dia terus call pejabat saya kemudian terus bercakap dengan bos saya. Bos faham keadaan saya sebab ini masalah peribadi, silap nya kerani saya dah bagi nombor ibu pejabat saya dan En. Zakuan telah bercakap dengan pengarah. Kes dah jadi besar.. En. Zakuan minta saya buat bayaran hari ini sebanyak RM5,000 sebelum jam 12.00 tengah hari. Tadi pun saya dapat panggilan dari dia untuk maklum kan berkaitan pembayaran. Ugutan yang saya terima semalam ada dia nak keluarkan surat kesalah Tatatertib untuk saya sedangkan saya tak ada masalah kerja. Ugutan itu membuatkan saya akan di panggil untuk berjumpa dengan pengarah. Katanya jumlah termasuk cas guaman adalah RM10,000.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 8, 2016 at 17:05
by   renn
edited Oct 10, 2016 at 09:35
 
Hari Isnin lepas saya ada terima panggilan dari nombor 017 Encik Sharul nak menyita barang-barang di rumah saya sebab ada kes mahkamah tapi tak ada terima surat pun. Dia suruh panggil nombor 03-27214841 Tengku Aida. Bila panggil, Si Tengku itu kata saya melanggar agreement Courts Mammoth tertunggak RM2,800 tak bayar sejak 2015. I fikir hutang dah settle. Kalau tak bayar, masuk mahkamah dan dia ugut nak bagi surat pengantungan kerja pada majikan. Apa saya perlu buat.. surat mahkamah pun tak ada!

Yang confused nya hari ini baru dapat surat dari Courts Mammoth yang bertarikh tengah bulan August menyatakan hutang saya RM2,200 tapi Tengku Aida itu kata RM2,800. Pelik sangat. Rasanya ini keja debt collector. Nasib la saya tak ada duit bayar penuh masa itu, kalau tak memang kena makan oleh Courts Mammoth ini... saya nak bayar ansuran pun tak nak
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2016 at 04:43
by   kiki
edited Oct 10, 2016 at 09:15
 
@Jeff, I think the defaulters of courts mammoth will continue to be the most harassed by bill collectors.

Their debts does not legitimate for an immediate bankruptcy and further the cost to file claims to mahkamah also will be substantial considering their many customer who turn defaulter.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2016 at 22:19
by   fafau
sebentar tadi saya menerima panggilan dari En. Razi dari Mahkamah Putrajaya mengatakan saya akan diambil tindakan waran tangkap dan freeze account dan minta saya menghubungi lawyer bernama Tg. Imran pada waktu itu juga. Saya mengatakan bahawa saya sedang bekerja dan beliau mengatakan itu masalah puan. Dia ugut samada saya mahu menghubungi Tg. Imran sekarang atau pun tidak,saya kata saya akan menghubungi lawyer tersebut selepas saya pulang dari kerja. Beliau berkata pada jama 5.30pm waran tangkap akan terus berjalan,puan tak kesah kalau polis datang ke rumah puan untuk sita barang? Saya hanya mengatakan takpe saya akan buat cover report di pejabat polis dan beliau terus menghempas gagang telefon. Dah kena banyak kali kes ugut macam ni,guna nama Tuan Haji la Mejar la padahal debt collector.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 9, 2016 at 22:36
by   jeff005
@ kiki

The main problem is that most people can find this forum but they are not reading backwards to learn about how other ppl problems is solved. Expecting spoon feeding right up to the last minute. Sometimes they use too much shortwords which sometimes distort the issue.

This guy is panicking..
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.