Advertisement

Courts keluarkan warran sita dan saman sebab langgar perjanjian. Adakah ini betul?

63307 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Dec 11, 2014 at 13:34
by   salmah
edited on Apr 25, 2016 at 22:43
 
Semalam saya ada dapat call dari orang tak dikenali menyuruh saya tunggu di rumah. Dia cakap saya kena saman mungkin dari bank. So barang-barang saya diorang nak sita. Saya tak faham, lalu saya tanya dia saman dari siapa... bank mana? Lelaki Melayu itu tak pasti. So dia bagi nombor talipon pejabat peguamcara untuk kes saya.

Saya call dia cakap mahkamah saman saya RM25k. Saya cakap kenapa tak ada hantar surat. Dia cakap sudah hantar surat ke pejabat saya, rumah lama dan rumah baru tapi saya tak ada received. Dia cakap saya kena masuk mahkamah 15 haribulan depan. So hari ini barang-barang saya di sita. Bila minta suruh fax letter lawyer itu macam bagi alasan. Saya takut sangat sebab dia cakap saya akan muflis. Saman itu RM25k. Jumlah barang-barang tak sampai amount itu, secara automatik melibatkan bank. Dengan bank saya ada hutang rumah dan kereta. Dia cakap nanti saya akan bankrap dan secara automatik agreement rumah dan kereta bank akan stop. Saya delay bayar selama 4 bulan sebanyak RM1xxx l bulan.

Bila saya cakap nak bayar, lawyer itu cakap bukan sebab tertunggak tetapi saman sebab langgar agreement.

Ada siapa-siapa boleh bagi pendapat?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
163 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on May 11, 2016 at 16:40
by   kak yong
edited May 19, 2016 at 10:04
 
Saya pun dah dapat call, paksa saya bayar hari ini juga, kalau tidak kes saman mahkamah akan dijalankan hari ini juga... semuanya hari ini. Tak pernah terima surat saman tiba-tiba sahaja terus nak bawa ke mahkamah. Seminggu lepas saya sudah bayar RM450 tak mungkin saya kena bayar lagi bulan yang sama sebanyak RM1500 termasuk interest.

Saya sudah berbincang dengan lawyer dia dan lawyer dia suruh saya call HQ Courts merayu agar kes ini tidak dibawa ke mahkamah. Langsung tak ada budi bicara. By hook or by crook saya dipaksa bayar hari ini juga. Kenapa kerajaan tak mahu ambil tindakan atas syarikat ini. Siapa boleh bantu saya?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 12, 2016 at 04:11
by   kak long
..siapa boleh bantu saya

apa jenis bantuan yang kak yong perlukan?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 23, 2016 at 15:26
by   ksloong
edited Jun 28, 2016 at 06:09
 
Saya pun telah terima telefon dari pejabat guaman. Dapat lagi kah berunding dengan Courts Mammoth untuk bayaran secara ansuran?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 25, 2016 at 02:21
by   Puteri
edited Jun 28, 2016 at 06:36
 
Kes saya lain pula...

Saya pelik macam mana dia boleh dapat alamat rumah kawan saya. Dia hantar surat ke alamat rumah kawan saya.. sedangkan dalam reference saya memang tak bagi alamat rumah kawan saya itu. Kes saya ini macam mana pula nak buat? Kawan saya sudah maki-maki saya kenapa surat nama saya tapi alamat rumah dia. Saya dah check dekat Courts memang tak ada alamat rumah kawan saya itu...
0 found this helpful
Helpful

answered on May 27, 2016 at 21:02
by   terseksa
edited Jun 28, 2016 at 06:54
 
Saya pun baru terima call hari ini, sebelum ini tak pernah terima call pun, kata nak fail kan saman atas nama saya, dan mereka ada di balai untuk buat report waran tangkap, siap sudah cakap dengan polis itu bagai. Masalahnya saya baru guna nombor ini, mana dia dapat pun saya tak tahu.

Siap ugut nak sita semua rumah dan bawa polis tangkap saya sekarang juga. Tolonglah siapa-siapa tahu jalan penyelesaian? Sudah cuba buat payment tapi tak terima. Mereka nak saya bayar lump sum semua. Macam mana nak cari duit :(
0 found this helpful
Helpful

answered on May 28, 2016 at 19:03
by   mike
edited Jun 28, 2016 at 06:55
 
@terseksa,

Jangan bimbang. Itu hanya kerja pengutip hutang hendak menakut-nakutkan orang.
Polis tak buat kerja tangkap orang tak bayar hutang.

Cuba dapatkan khidmat Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk bayaran bulanan yang dalam kemampuan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 8, 2016 at 19:14
by   Jjoe76
edited Jun 28, 2016 at 07:03
 
Saya baru dapat call pagi tadi kata dari lawyer Mr. Tony.. kena bayar tunggakkan sebanyak RM2xxx.xx sebelum pukul 3 petang hari ini juga.. sedangkan saya dah deal sebelum ini dengan lawyer dari Jabatan Peguam Negara untuk bayar tiap-tiap bulan dalam RM500. Baru sahaja bayar 29 Mei sebanyak RM500 dan sudah call Jabatan Peguam Negara dan di inform kes dah settle pasal saya masih buat payment seperti dijanjikan. Mr. Tony sudah ugut nak proceed naik court dan inform HR department pasal saya tak bayar hutang... ada siapa-siapa boleh tolong kah?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 8, 2016 at 23:58
by   mike
edited Jun 28, 2016 at 07:08
 
...lawyer Mr. Tony.
Lawyer Mr. Tony ini mewakili siapa?

...dengan lawyer dari Jabatan Peguam Negara
Lawyer dari Jabatan Peguam ini mewakili siapa pula?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 9, 2016 at 06:54
by   Jjoe76
edited Jun 28, 2016 at 07:27
 
Mr. Tony ini dia kata dari Pejabat Peguam wakil Courts Mammoth. Yang dari Jabatan Peguam Negara ini pun wakil dari Courts Mammoth... disebabkan saya bayar as per agreed jadi fail saya dengan lawyer peguam negara telah diserahkan kembali ke Courts Mammoth. Last payment 29 Mei RM500. Sekarang tiba-tiba Mr. Tony call minta bayar baki tunggakkan lagi sekaligus RM2,700. Tadi bagi masa sampai pukul 3 petang. Sudah bagi tahu tak dapat bayar pasal sudah bayar sebelum ini RM500. Saya diminta settle juga RM2,700 itu by besok pagi sebelum pukul 11.30 pagi... kalau tidak akan di inform ke boss HR tempat kerja saya.. mohon pandangan dan bantuan apa yang saya perlu buat...
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 22, 2016 at 02:54
by   Misya
edited Jun 28, 2016 at 07:36
 
Saya cuma nak minta pendapat. Saya bukan penghutang tetapi saya adalah penjamin. Yang berhutang adalah adik saya. Berhutang beli motor dengan Singer. Sebelum ini bulan Mei pernah dapat panggilan dari Singer mengatakan yang hutang tertunggak sebanyak RM2 ribu lebih perlu dijelaskan. Jika tidak adik saya akan dikeluarkan surat amaran.

Masalahnya sekarang, adik saya langsung tak endahkan dan tidak menjawab panggilan telefon dari Singer. Yang menjadi mangsa adalah saya.

Baru tadi dapat panggilan kononnya mengatakan dia dari pejabat peguam dan minta adik saya buat bayaran. Jika tidak, akan dikeluarkan surat mahkamah dan akan disaman. Bila saya tanya pejabat peguam mana, dia bagi tahu. Tetapi saya sangsi sebab nombor telefon dia tidak sama dengan nombor telefon pejabat peguam itu.

Adakah ini pun dari debt collector juga? Dan adakah saya sebagai penjamin akan menerima kesan apa-apa seperti disenarai hitamkan jika si penghutang tidak mahu membayar hutang dia?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.