Advertisement

Courts keluarkan warran sita dan saman sebab langgar perjanjian. Adakah ini betul?

62067 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Dec 11, 2014 at 13:34
by   salmah
edited on Apr 25, 2016 at 22:43
 
Semalam saya ada dapat call dari orang tak dikenali menyuruh saya tunggu di rumah. Dia cakap saya kena saman mungkin dari bank. So barang-barang saya diorang nak sita. Saya tak faham, lalu saya tanya dia saman dari siapa... bank mana? Lelaki Melayu itu tak pasti. So dia bagi nombor talipon pejabat peguamcara untuk kes saya.

Saya call dia cakap mahkamah saman saya RM25k. Saya cakap kenapa tak ada hantar surat. Dia cakap sudah hantar surat ke pejabat saya, rumah lama dan rumah baru tapi saya tak ada received. Dia cakap saya kena masuk mahkamah 15 haribulan depan. So hari ini barang-barang saya di sita. Bila minta suruh fax letter lawyer itu macam bagi alasan. Saya takut sangat sebab dia cakap saya akan muflis. Saman itu RM25k. Jumlah barang-barang tak sampai amount itu, secara automatik melibatkan bank. Dengan bank saya ada hutang rumah dan kereta. Dia cakap nanti saya akan bankrap dan secara automatik agreement rumah dan kereta bank akan stop. Saya delay bayar selama 4 bulan sebanyak RM1xxx l bulan.

Bila saya cakap nak bayar, lawyer itu cakap bukan sebab tertunggak tetapi saman sebab langgar agreement.

Ada siapa-siapa boleh bagi pendapat?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
162 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Mar 10, 2015 at 21:42
by   mangsa courts
edited Apr 25, 2016 at 22:03
 
Siapa kata Courts tidak ambil tindakan. Saya pernah kena masuk di mahkamah Jalan Duta pada 13/11/2014 di dakwah di bawah kes kehutangan sivil. Walaupun hutang saya dalam RM3k sahaja tetapi kena bayar dalam extra RM7k sebab tanggung kos guaman and mahkamah. Saya ingat kan benda ini boleh di elakkan but see? Courts Mammoth ini dia ambil tindakan cuma tak semua customer dia ambil tindakan and sebelum saya masuk mahkamah pun kena freeze akaun sebab kita hutang dengan pihak syarikat bukan bank. Memang sial. Kalau kamu tak percaya tunggu sahaja lah. Confirm 1 day kena. Nak lawan mahkamah dioarang ada bukti kita sign agreement. Apa saya nak cakap adalah kita dah terperangkap dengan dioarang ini. Nak tak nak terpaksa lah bayar hutang ni. Ini kisah benar guys.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 11, 2015 at 00:06
by   jebat
edited Apr 25, 2016 at 22:04
 
Kenapa you bodoh pergi mahkamah?
Tak pergi mahkamah tak ada hal.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 15, 2016 at 15:29
by   aishah
edited Apr 25, 2016 at 22:06
 
@jebat

Saya ada terima surat mengatakan akan mengambil tindakan prosiding ke mahkamah atas tindakan sivil.

Kalau kita ingkar? boleh ke bankrup? Risau lah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 15, 2016 at 15:40
by   jebat
Salinkan keseluruhan surat disini untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 16, 2016 at 15:47
by   aishah
edited Apr 25, 2016 at 22:18
 
kes fail: xxxxxx

Per: NOTIS PEMBERITAHUAN TERAKHIR DENGAN NIAT UNTUK
PROSIDING TINDAKAN DI MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

Perkara macam atas itu lah. Nak taip panjang sangat.

Total RM8K dah bayar 2 tahun, lebih kurang RM3 ribu lebih. Barang Courts pun dah ambil balik tapi surat itu say kena bayar RM4 ribu lebih termasuk laywer fee lah... apa la... Tahun 2011 saya beli barang 1 set bilik tidur. Baru-baru ini dapat surat memang cuak lah, sampai tindakan mahkamah saya terus call. Yang cakap itu pun macam kurang ajar agak then dia pass pass Cik Aini suruh bayar malam itu juga RM1500. Macam nak cekau bila minta kurang dia kata ingat jual beli ikan nak minta kurang. Masa itu takut sangat dan pinjam dengan orang RM500 saja malam itu juga pergi Courts bayar.

Esok itu saya tanya kawan-kawan pernah tak jadi macam ini diorang cakap itu semua ugut. Barang dah ambil, nak bayar buat apa. Lagipun saya dah bayar 2 tahun lebih barang pun dah ambil. Sekarang ini Cik Aini itu call saya tak layan. Boleh ke sampai masuk mahkamah, blacklist, sita barang? Ada siapa-siapa pernah jadi macam ini tolong lah risau sangat. Seolah-olah buat jenayah besar.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 16, 2016 at 19:50
by   kiki
edited Apr 25, 2016 at 22:20
 
@aishah,

boleh ke bankrap? Risau lah

Untuk semua tidakan kearah kebankrapan jumlah hutang penghakiman mestilah RM30 ribu dan ke atas.

sekarang ini Cik Aini itu call saya tak layan. Boleh ke sampai masuk mahkamah

Ini hanya lah trick Pengutip Hutang. Perlu di nasihatkan supaya jangan takut bila di sebut perkataan 'Mahkamah'. Mahkamah adalah tempat untuk mendapatkan keadilan mengikut undang undang.

Surat yang kamu terima itu adalah dari Pengutip Hutang. Abaikan saja. Tukar nombor talipon untuk mengelak dari menerima panggilan mereka.

Ada banyak kes seperti kamu ini di dalam forum ini. Sila baca dan fahamkan undang undang mengenai nya, dengan itu kamu boleh mengurangkan potensi di ugut oleh mereka.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 16, 2016 at 20:43
by   aishah
edited Apr 25, 2016 at 22:21
 
@kiki,

Terima kasih. Lega sikit. Saya block semua nombor yang diaorang call dan akan lebih berhati-hati. Huhuhuhuhu!
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 13, 2016 at 16:12
by   teja
edited Apr 25, 2016 at 22:27
 
Ada siapa boleh tolong saya?

Saya pernah beli handphone di Courts tapi saya kena ragut dan ada surat report. Lepas kena ragut, saya ada bagi untuk a few months tapi lepas itu saya stop.

Saya geram sangat taklah nak claim dengan Courts sebab katanya kalau nak hilang or ragut mesti dalam rumah @ alamat berdaftar sahaja.

Kes 2014, baru tadi saya dapat call. Katanya 18/4 mereka nak failkan saman di mahkamah. Katanya dia wakil dari Courts bukan collector.
018-968 418x (Kamarul) minta saya bayar RM500 sebelum 15/4.
Kalau tak ada pembayaran dia akan proceed saman di mahkamah di Petaling Jaya (PJ).

Apa yang perlu saya buat?

Mereka direct call ke office saya dan bukan ke handphone saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 14, 2016 at 01:30
by   joey
edited Apr 25, 2016 at 22:29
 
Berapa kah nilai handphone atau hutang kamu itu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 20, 2016 at 20:39
by   Lini
edited Apr 25, 2016 at 22:42
 
Saya baru dapat mesaj dari pihak Courts.

Satu permohonan di failkan di atas permohonan Courts dan di kehendaki bayar sebanyak RM2431.xx dalam tempoh 72 jam. Sekiranya peguamcara membawa tindakan prosiding ke mahkamah seksyen sivil untuk menjawab tuntutan terhadap saya. Sekiranya gagal, perintah mahkamah ke-2 (perintah WSS) akan dijalankan tanpa notis.

Untuk pengetahuan, saya ibu tunggal hujung 2013 &  hanya buat kuih kecil-kecilan saja sebab 2 bulan hujung nanti bayar. Tapi hujung 2014 saya dapat kerja kerajaan dan gaji memang cukup-cukup untuk kami 3 beranak dan mak saya. Saya dah start risau dengan gaji akan masuk 3-4 hari lagi. Nanti dia bekukan akaun apa saya nak buat?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.