Advertisement

Courts keluarkan warran sita dan saman sebab langgar perjanjian. Adakah ini betul?

83184 Views  ⚫  Asked 5 Years Ago
asked on Dec 11, 2014 at 13:34
by  
edited on Apr 25, 2016 at 22:43
 
Semalam saya ada dapat call dari orang tak dikenali menyuruh saya tunggu di rumah. Dia cakap saya kena saman mungkin dari bank. So barang-barang saya diorang nak sita. Saya tak faham, lalu saya tanya dia saman dari siapa... bank mana? Lelaki Melayu itu tak pasti. So dia bagi nombor talipon pejabat peguamcara untuk kes saya.

Saya call dia cakap mahkamah saman saya RM25k. Saya cakap kenapa tak ada hantar surat. Dia cakap sudah hantar surat ke pejabat saya, rumah lama dan rumah baru tapi saya tak ada received. Dia cakap saya kena masuk mahkamah 15 haribulan depan. So hari ini barang-barang saya di sita. Bila minta suruh fax letter lawyer itu macam bagi alasan. Saya takut sangat sebab dia cakap saya akan muflis. Saman itu RM25k. Jumlah barang-barang tak sampai amount itu, secara automatik melibatkan bank. Dengan bank saya ada hutang rumah dan kereta. Dia cakap nanti saya akan bankrap dan secara automatik agreement rumah dan kereta bank akan stop. Saya delay bayar selama 4 bulan sebanyak RM1xxx l bulan.

Bila saya cakap nak bayar, lawyer itu cakap bukan sebab tertunggak tetapi saman sebab langgar agreement.

Ada siapa-siapa boleh bagi pendapat?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
178 Answers
« Previous   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   Next »

answered on Jan 28, 2019 at 21:33
by  
edited Feb 25, 2019 at 21:56
 
@Shahfiqe

korang pergi buka Akta Penghutang 1957 seksyen 148

Akta Penghutang 1957 atau Debtors Act 1957 mana ada sampai seksyen 148.
Itu pasal orang benci sangat pada pengutip hutang asik nak menipu orang saja kerja nya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 27, 2019 at 14:56
by  
edited Mar 2, 2019 at 00:56
 
Pernah dapat call yang sama dari Courts Mammoth. Yang pandainya diorang berlakon ini, seorang Chinese guy tengah cakap "Tuan, kita boleh pergi sekarang (menyamar dari mahkamah bahagian logistic)" dan seorang lagi Melayu lelaki sahut, "Baik, inspektor, jom". Lepas beberapa bulan payment saya lapse balik. Then selang beberapa bulan payment saya lapse lagi. Tiba-tiba bahagian collection call bagi tahu suruh buat bayaran dan suara Chinese guy yang menyamar bahagian mahkamah logistic itu lah yang call saya, bagi tau dia dari Courts Mammoth. Sejak dari tu dah tahu ni taktik diorang nak dapat kan collection.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 2, 2019 at 18:35
by  
edited Mar 17, 2019 at 09:15
 
Tadi orang HQ dari Courts datang jumpa saya di tempate kerja untuk collect payment sebab ada tunggakan... Dia suruh saya settle RM1,500 masa itu juga... dan dia sanggup tunggu.

Soalan saya kalau bayar separuh dari jumlah itu tak boleh kah? Atau apa akibat kalau saya gagal membuat full setlement.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 2, 2019 at 20:35
by  
edited Mar 17, 2019 at 09:16
 
Tadi orang HQ dari Courts datang jumpa saya di tempate kerja untuk collect payment sebab ada tunggakan... Dia suruh saya settle RM1,500 masa itu juga... dan dia sanggup tunggu.

Beritahu dia you nak jumpa dan bayar dia di rumah dia. Minta alamat rumah dia.
Suruh dia jangan takut, you cuma nak datang bayar RM1,500 dan bincang tentang pembayaran lanjut.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 15, 2019 at 11:46
by  
edited May 25, 2019 at 21:53
 
Courts Mammoth nak buat report polis dan repo charge.

Saya dapat call dari Jenny. Dia bagitahu yang dia dah sampai di rumah untuk ambil barang Courts Mammoth. Saya sebelum ini tak pernah dapat apa-apa surat atau call dari pihak Courts untuk ambil. Sekarang ini dia cakap saya kena bayar tunggakan beserta dengan duit lorry untuk kutip barang. Saya minta tempoh bayaran sebab saya tak cukup duit. Saya cakap gaji baru saya bayar akhir bulan ini. Tapi mereka tak kasi. Mereka suruh saya bayar full dengan duit lorry sebab dah datang jauh kalau tak mereka akan buat report polis terhadap saya atas kesalahan bawa lari barang dan merrka akan buat repo charge. Barang itu dah kena curi dalam tahu lepas. Saya minta tempoh mereka tak kasi. Mohon pencerahan. 
0 found this helpful
Helpful

answered on May 15, 2019 at 14:38
by  
edited May 25, 2019 at 21:51
 
Minta Jenny WhatsApp gambar lori parking di depan rumah kamu. Cakap dengan dia, kalau ada gambar begitu kamu boleh bayar duit minyak lori, tak ada masaalah. Lepas tu, letak telepon.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 17, 2019 at 15:16
by  
edited May 25, 2019 at 22:06
 
Courts Mammoth Tarik Barang

Saya baru terima panggilan dari seorang yang mengatakan Courts HQ di Kuantan mengarahkan beliau untuk mengambil barang yang saya beli dari Courts kerana hutang melebihi RM1k.

Saya mempunyai 2 akaun dengan Courts. 
Akaun pertama tunggak RM1k.
Akaun kedua lepas legal sebab dah bayar RM700. Tunggak RM1k.

Masalahnya..

* Pemanggil seorang Cina menggunakan ID caller Az*** Services & Co yang mana saya ingatkan lawyer yang sama yang minta saya bayar RM700 bagi settle kes mahkamah dan nombor tersebut 014-75*****. Adakah itu hanya debt collector?

* Bolehkah Courts ambil barang kita tanpa notis?

* 2 phone, 1 laptop dan printer.. salah satu fon telah djual. Laptop rosak. Apa perlu saya lakukan?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 30, 2019 at 17:12
by  
edited Jun 10, 2019 at 04:34
 
Nak tanya, dia orang Courts Mammoth ada call. Dia cakap company nak buat surat saman kat saya. Betul kah?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   Next »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.