Advertisement

Courts keluarkan warran sita dan saman sebab langgar perjanjian. Adakah ini betul?

47621 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Dec 11, 2014 at 13:34
by   salmah
edited on Apr 25, 2016 at 22:43
 
Semalam saya ada dapat call dari orang tak dikenali menyuruh saya tunggu di rumah. Dia cakap saya kena saman mungkin dari bank. So barang-barang saya diorang nak sita. Saya tak faham, lalu saya tanya dia saman dari siapa... bank mana? Lelaki Melayu itu tak pasti. So dia bagi nombor talipon pejabat peguamcara untuk kes saya.

Saya call dia cakap mahkamah saman saya RM25k. Saya cakap kenapa tak ada hantar surat. Dia cakap sudah hantar surat ke pejabat saya, rumah lama dan rumah baru tapi saya tak ada received. Dia cakap saya kena masuk mahkamah 15 haribulan depan. So hari ini barang-barang saya di sita. Bila minta suruh fax letter lawyer itu macam bagi alasan. Saya takut sangat sebab dia cakap saya akan muflis. Saman itu RM25k. Jumlah barang-barang tak sampai amount itu, secara automatik melibatkan bank. Dengan bank saya ada hutang rumah dan kereta. Dia cakap nanti saya akan bankrap dan secara automatik agreement rumah dan kereta bank akan stop. Saya delay bayar selama 4 bulan sebanyak RM1xxx l bulan.

Bila saya cakap nak bayar, lawyer itu cakap bukan sebab tertunggak tetapi saman sebab langgar agreement.

Ada siapa-siapa boleh bagi pendapat?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
137 Answers
« Previous   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   Next »  Last »

answered on Nov 7, 2017 at 22:04
by   Miss pening
edited Dec 18, 2017 at 07:23
 
Adik saya berhutang dengan Courts pada tahun 2005 iaitu sofa. Sofa tersebut telah pun dirampas oleh Courts pada tahun 2009 kerana sangkut bayar pada tahun 2008. Saya adalah penjamin dan yang menjadi masalah sekarang pihak collector telah mengganggu saya di ofis. Dari menyamar sebagai polis yang akan mengeluarkan waran tangkap pada saya dan menyebabkan kecoh perkara ini di pejabat, saya telah buat laporan polis atas perkara ini pada bulan Mei 2017.

Hari ni pula pejabat saya telah menerima satu surat dari wakil Court yang melibatkan akta tatatertib penjawat awam. Tiada tulis amaun, ada bayaran terakhir pula tahun 2013 (macam pelik) sedangkan lepas rampasan sofa tiada bayaran dibuat oleh adik saya. Di dalam surat tersebut jawatan saya mnjadi penjamin adalah lain pada waktu tersebut tetapi surat tersebut tulis jawatan terkini saya.

Saya cukup runsing di tempat kerja ats perkara-perkara tersebut. Adakah saya perlu abaikan surat tersebut?

Surat aduan atas penjawat awam yang berhutang dan enggan membayar.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 8, 2017 at 04:58
by   mike
 Adakah saya pelu abaikan surat tersebut. 
Abaikan.

Surat aduan atas penjawat awam yang berhutang dan enggan membayar.
Karut..
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 10, 2017 at 21:19
by   JOSH
edited Dec 18, 2017 at 07:24
 
Apa akan terjadi sekiranya hutang Courts Mammoth tak dibayar? Apa betul tindakan Courts Mammoth akan buat kita bankrap?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 13, 2017 at 13:56
by   Gila gila
edited Dec 18, 2017 at 07:24
 
Hahahaha.... rata rata semua yang berhutang dan enggan membayar hutang. Kalau sudah hutang, bayar sajalah...
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 13, 2017 at 15:02
by   jebat
Dari menyamar sebagai polis yang akan mengeluarkan waran tangkap pada saya dan menyebabkan kecoh perkara ini di pejabat ,saya telah buat laporan polis atas perkara ini pada bulan mei 2017.

Menyamar sebagai polis dan mengeluarkan waran tangkap palsu adalah sejenis kesalahan jenayah
yang boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya sekali.
Cuba refer balik kepada pihak polis dan tanya kepada mereka apa tindakan undang-undang yang telah diambil ke atas penyamar tersebut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2017 at 03:42
by   azli
edited Dec 18, 2017 at 07:28
 
Saya ada tunggakan bayaran selama 9 bulan.. semalam saya ada pergi Courts Cheras berjumpa dan berbincang hal ini. Dia minta saya bayar separuh dari tunggakan. Dia bagi tempoh 10 hari... kalau saya tak mampu bayar dengan jumlah yang diminta tu macam mana yah? Saya hanya mampu bayar bulan macam biasa saja dulu. Pihak penarikan barang pun ada datang ke rumah nak tarik barang kalau tak settle kan tunggakan tu... stress dengan gangguan macam ni.. ada siapa yang boleh bagi pendapat atau cadangan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2017 at 21:29
by   pak maun
edited Dec 18, 2017 at 07:31
 
Untuk makluman saya baru selesai settlement dengan Courts. Nasihat saya jangan lah terjebak dengan Court. Untuk makluman, sekiranya akaun anda tertunggak lebih dari 3 bulan dan kalau nak settle mesti pergi Bahagian Collection mereka. Jangan pergi di cawangan anda ambil barang ini kerana penagalaman saya masa pergi ke cashier cawangan (ambil barang) statement yang diberikan tidak tepat. Courts Mammoth ini tak macam AEON ada discount kalau bayar awal. Courts kena bayar interest penuh.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2017 at 21:36
by   mat teng
edited Dec 18, 2017 at 02:50
 
Courts memang tak ada tolak ansur berkaitan interest. Suruh bayar penuh. Contoh tandatangan kontrak RM8,544.17 kena lah bayar penuh dan dengan caj-caj yang diaorang akan caj untuk bayar lewat dan fee yang tertunggak. Berapa lama lagi Courts Mammoth boleh tipu orang dengan plan kontrak yang mengelirukan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 21, 2017 at 17:14
by   firdhaus
edited Dec 18, 2017 at 02:48
 
Saya dapat panggilan semalam dia kata dari makamah dan peguam hutang Courts! Tertungak 3 bulan sahaja yang berjumlah RM450, saya memang nak bayar sebab sekarang saya tengah kesempitan, tapi dia kata tak boleh. Dia kata kena bayar RM2,200 har ini! Mana saya nak dapat, saya dah cakap hujung minggu saya cuba usahakan tapi juga tak boleh. Jadi persoalan saya, betul kah ianya dari makhmah atau debt collector?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 28, 2017 at 22:40
by   Alvin Teong
Dah berhutang tapi still nak argue? #JustAsking
0 found this helpful
Helpful


« Previous   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.