Advertisement

Courts keluarkan warran sita dan saman sebab langgar perjanjian. Adakah ini betul?

53317 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Dec 11, 2014 at 13:34
by   salmah
edited on Apr 25, 2016 at 22:43
 
Semalam saya ada dapat call dari orang tak dikenali menyuruh saya tunggu di rumah. Dia cakap saya kena saman mungkin dari bank. So barang-barang saya diorang nak sita. Saya tak faham, lalu saya tanya dia saman dari siapa... bank mana? Lelaki Melayu itu tak pasti. So dia bagi nombor talipon pejabat peguamcara untuk kes saya.

Saya call dia cakap mahkamah saman saya RM25k. Saya cakap kenapa tak ada hantar surat. Dia cakap sudah hantar surat ke pejabat saya, rumah lama dan rumah baru tapi saya tak ada received. Dia cakap saya kena masuk mahkamah 15 haribulan depan. So hari ini barang-barang saya di sita. Bila minta suruh fax letter lawyer itu macam bagi alasan. Saya takut sangat sebab dia cakap saya akan muflis. Saman itu RM25k. Jumlah barang-barang tak sampai amount itu, secara automatik melibatkan bank. Dengan bank saya ada hutang rumah dan kereta. Dia cakap nanti saya akan bankrap dan secara automatik agreement rumah dan kereta bank akan stop. Saya delay bayar selama 4 bulan sebanyak RM1xxx l bulan.

Bila saya cakap nak bayar, lawyer itu cakap bukan sebab tertunggak tetapi saman sebab langgar agreement.

Ada siapa-siapa boleh bagi pendapat?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
149 Answers
« Previous   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   Next »  Last »

answered on Aug 26, 2017 at 14:21
by   Guru
edited Dec 13, 2017 at 20:58
 
Saya diminta bayar penuh RM3,450 atau tunggakan sahaja RM1,850. Saya hanya mampu bayar RM800 dahulu. Tapi malangnya dia tak terima.. tetap nak teruskan kes.. siap nak hantar surat untuk tindakan tatatertib. Apa saya nak buat? Pihak majikan minta saya selesaikan..
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 7, 2017 at 13:23
by   Faiq
edited Dec 13, 2017 at 20:59
 
Walaupun macam mana tunggakan sendiri kene selesai kan juga.. kalau kita tak ada masalah bayaran bulanan tak ada pun debt collector nak call-call kita.. be positive!
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 11, 2017 at 22:36
by   Sara
edited Dec 13, 2017 at 21:01
 
Saya baru terima SMS seperti berikut:

"HARAP MAKLUM, Tn/Pn Tindakan bakal diteruskan oleh PANEL GUAMAN mengikut akta yang dipreuntukan, Serta sekatan ke luar negara dan saman WSS ( Writ Sita & Saman ) bakal dipoloh untuk tindakan KEBANKRAPAN. Sila hubungi 03868421XX/03868421XX untuk menyemak status penghakiman anda." - dihantar melalui nombor 68886.

Ada sesiapa yang pernah terima SMS seperti diatas? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 11, 2017 at 23:07
by   jeff005
edited Dec 13, 2017 at 21:01
 
Ada sesiapa yang pernah terima SMS seperti diatas? 
Banyak ribuan orang-orang terima SMS seperti ini. SMS ini dari pengutip hutang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 12, 2017 at 21:18
by   Henna_riz
Hubungi pihak courts HQ reschedule semula installment tuan/puan. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2017 at 14:35
by   Anita pssbp
edited Dec 13, 2017 at 21:13
 
Saya pun kena perkara yang sama... Just hutang hanndset sudah pakai 3 tahun lepas itu dah bayar hampir RM9,000. Barang-barang semua dah kasih, tak ada satu pun yang tertinggal.

Nak tanya, saya terima panggilan dari IPD Kemaman mengatakan yang "waran tangkap dan sita rumah" dah keluar... jika tak ada apa-apa maklum balas, rumah akan disita.

Apa perlu saya buat dalam kes ini? Berdiam diri sahaja atau sebaliknya? Yang nak disita itu rumah mak. Apa kah nak kena bayar balik sedangkan barang-barang semua dah pulang... Ikut agreement harga barang hanya RM7,000++ ... so, saya dah bayar RM9,000. Macam mana saya nak buat dalam kes macam ini. Help me please!
1 found this helpful
Helpful

answered on Sep 29, 2017 at 19:50
by   Iman
edited Dec 13, 2017 at 21:04
 
RM0.00 : COURTS(M): TINDAKAN GUAMAN AKAN DIAMBIL JIKA BAYARAN TIDAK DITERIMA HARI INI SEBELUM @ 8MLM. RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN SELEPAS TINDAKAN DI BUAT. SMS/DAIL 01050937XX

Betul kah ini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 4, 2017 at 17:57
by   nojie
edited Dec 18, 2017 at 07:11
 
@anita psspb

Saya pun diganggu macam awak. Baru dapat call dari mahkamah, IPD lah, IPK lah.. memang takut dengar. Kawan saya kerja mahkamah dia cakap itu debt collector. No waran atau kes yang mereka bagi tu pun tak betul.

Saya takda niat nak lari dari bayar. Kewangan sangat-sangat teruk. Barang pun saya dah pulang tapi still minta bayar. Yang saya dinasihatkan abaikan caller-caller yang mengugut. Mereka tak boleh datang nak sita or freeze account or tindakan tataertib sesuka hati. cara nak bayar balik tak perlu melalui mereka. Terus ke Courts untuk berbincang. I will do that cuma bukan sekarang memandangkn kemampuan nak bayar apa-apa totally zero.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 25, 2017 at 21:24
by   Sshhati
edited Dec 18, 2017 at 07:17
 
Saya baru dapat call pagi tadi. Dia call adik mengatakan nak buat polis report dan sita barang rumah kalau tak selesai RM2,000 sebelum pukul 3 petang... sedangkan saya tak pernah pun masukkan nombor adik saya dimana-mana. Dan dia minta saya call peguam dan dah call jawapan still sama kena selesai sebelum pukul 3.

Saya akui ada hutang tergunggak sebanyak 5 bulan tapi saya tak pernah terima surat mahkamah atau apa-apa melainkn surat voucher barangan tapi saya tak pernah peduli. Saya minta tangguh sampai hujung bulan sebab masih belum gaji.

1. Adakah dia akan datang rumah?
2. Adakah dia akan sita baran?

Apa yang harus saya lakukn sebab dia masih call adik saya tapi bukan saya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 2, 2017 at 23:14
by   Zatie
edited Dec 18, 2017 at 07:19
 
Saya call Courts they keep mention akaun dah tutup. Just settle balance. Or else tak boleh pun stop kan debt collector datang rumah with cover report. So I was wondering macam mana yang you all kata lah reschedule payment? 
0 found this helpful
Helpful


« Previous   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.