Advertisement

Courts keluarkan warran sita dan saman sebab langgar perjanjian. Adakah ini betul?

47242 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Dec 11, 2014 at 13:34
by   salmah
edited on Apr 25, 2016 at 22:43
 
Semalam saya ada dapat call dari orang tak dikenali menyuruh saya tunggu di rumah. Dia cakap saya kena saman mungkin dari bank. So barang-barang saya diorang nak sita. Saya tak faham, lalu saya tanya dia saman dari siapa... bank mana? Lelaki Melayu itu tak pasti. So dia bagi nombor talipon pejabat peguamcara untuk kes saya.

Saya call dia cakap mahkamah saman saya RM25k. Saya cakap kenapa tak ada hantar surat. Dia cakap sudah hantar surat ke pejabat saya, rumah lama dan rumah baru tapi saya tak ada received. Dia cakap saya kena masuk mahkamah 15 haribulan depan. So hari ini barang-barang saya di sita. Bila minta suruh fax letter lawyer itu macam bagi alasan. Saya takut sangat sebab dia cakap saya akan muflis. Saman itu RM25k. Jumlah barang-barang tak sampai amount itu, secara automatik melibatkan bank. Dengan bank saya ada hutang rumah dan kereta. Dia cakap nanti saya akan bankrap dan secara automatik agreement rumah dan kereta bank akan stop. Saya delay bayar selama 4 bulan sebanyak RM1xxx l bulan.

Bila saya cakap nak bayar, lawyer itu cakap bukan sebab tertunggak tetapi saman sebab langgar agreement.

Ada siapa-siapa boleh bagi pendapat?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
137 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Jun 20, 2013 at 21:25
by   Umi Farziah
edited Jul 31, 2017 at 07:17
 
Courts Mammoth Issue and Debt Collector

My name is Umi and I'm writing on behalf of my father.

My father has debt with Courts Mammoth last 4 years, and I’ve already settled the bills with Courts Mammoth Melaka somewhere in 2009. And last 2 weeks, my father received a call from KL number i.e  03-2333927* and his name is Tuan Haji Ma* No*. And everyday without failed, he'll call and threaten my father.

My father went to Courts Mammoth Melaka, and they said yes there is an outstanding, and ask us to proof the receipt. The problems is, I’ve not keep the receipt, as already 3 years. And, why Courts Mammoth never issue us the letters, if there is an outstanding amount?  (In monthly basis..) Or normally, the agent will come to house to collect the debt.

Out of sudden, all this come into picture. I’m really need your advice.

My questions are:
1. Can my father ignore the call? And Courts never call us, but the 3rd party agent keeps on call us.
2. How can I get help on this issue? As they are threatening us to bring this to court soonest.
3. Can I lodge the police report?
4. As consumer, how long we need to keep the receipt?

Thank you for your assist.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 11, 2014 at 17:58
by   en joe
edited Apr 25, 2016 at 21:34
 
Tipu lah! Kalau betul-betul pergi court mesti ada surat. Baik refer ke court yang kononnya saman itu. Biasanya itu debt collector.
1 found this helpful
Helpful

answered on Dec 11, 2014 at 19:09
by   ThaiEng
edited Apr 25, 2016 at 21:40
 
Yup! Debt collector sahaja itu. Confirmed. Diorang punya cara nak dapatkan nombor talipon kita banyak illegal way tentunya. Diorang boleh trace mana kita bekerja dan nombor yang kita pakai sekarang.

Ada beberapa cara untuk escape dari diorang ini: jangan pakai nombor Celcom, Digi dan Maxis. Pakai line prepaid yang tak popular, why? Sebab diorang beli dan buat search nama dan IC kita dengan company-company di atas. Don't ask how come! Dengan duit diorang boleh dapatkan semua maklumat kita juga dari EPF, SOCSO.

Saya pernah bekerja dengan mereka satu masa dulu. I know diorang punya modus operandi.
Even now I'm doing academic research pasal diorang. I will reveal everything.
Selain tukar nombor talipon, tukar career yang tak melibatkan potongan EPF dan SOCSO boleh membantu. Mana mungkin kan? Jadi cara yang termampu kita buat cuma block semua nombor-nombor berkaitan agency itu.

Untuk pengetahuan kamu, setiap agensi punya line talipon yang berlainan tak kurang 10 dan kebanyakan nombor-nombor ini tak boleh di contact balik.
4 found this helpful
Helpful

answered on Dec 11, 2014 at 19:28
by   ThaiEng
edited Apr 25, 2016 at 21:42
 
Oh yer... satu lagi yang perlu kita faham, diorang ini di trained untuk mereka-reka cerita, psycho and sarcastic. Don't try to mouth fight dengan diorang ini... tak guna. Better jangan layan. Tapi kalau anda terima surat dari lawyer or mahkamah jangan pula ambil mudah. Cuma jangan layan diorang ini sahaja.
1 found this helpful
Helpful

answered on Dec 17, 2014 at 22:11
by   ahmad dani
edited Apr 25, 2016 at 21:45
 
Aduhai! Baru dapat call yang sama macam kamu. Dia call pukul 12 tengahari and expect saya untuk bayar RM5000 sebelum pukul 4.30 petang. Memang saya ada pakai kad kredit dan saya yang berhutang tapi manalah saya nak dapat duit banyak itu sekarang ini. Saya cuba minta masa dalam seminggu dua untuk bayar pun dia tak kasih. Minta untuk bayar RM2000 dulu pun dia tak mahu. Dia ugut saya macam-macam... sita semua rumah yang saya duduk lah, freeze account lah.. macam macam lagi. Sakit hati betul dia buat saya. Sekarang dah pukul 5 lebih sedang menanti panggilan dari dia ini.

For your info, telefon saya itu nombor dia 012-692385x. Yang hantar SMS ugut saya macam macam itu nombor dia 017367221x, 010531747x dan 017208498x.

Harap-harap siapa yang bekerja bahagian debt collector itu cubalah bertolak ansur sikit. Kita kan manusia, bukannya mesin. Sorry just luahan hati. Stress sangat ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 17, 2014 at 22:42
by   jeff005
edited Apr 25, 2016 at 21:46
 
Jangan bayar RM1 pun.. Jika nak bayar.. donate wang itu ke rumah anak-anak yatim.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 18, 2014 at 00:36
by   ahmad dani
edited Apr 25, 2016 at 21:47
 
Saya memang tak dapat nak bayar pun buat masa ini. Tapi memang saya ada perancangan untuk selesaikan secara beransur-ansur pada 2015 nanti. Terima kasih en joe, ThaiEng dan Bladirunner. Banyak info yang saya dapat jadikan panduan dari thread ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 18, 2014 at 16:18
by   ThaiEng
edited Apr 25, 2016 at 21:51
 
@ahmad dani

Satu perkara lagi yang kita perlu tahu, collection agency ini hidup dari duit commission yang diorang dapat dari duit yang dibayar oleh penghutang-penghutang yang berjaya dihubungi.

Jangan layan diorang ni, jangan buat apa-apa perbincangan juga. Kalau diorang call nanti cakap tak kenal orang yang diorang cari itu.

Block semua nombor-nombor diorang, selalunya kes-kes yang diberi oleh pihak bank pada collection agency paling lama dalam 3 bulan, kes itu diorang akan pegang sekiranya kita buat perbincangan dengan diorang atau kita masih dapat dihubungi. Jika kita buat pembayaran dalam masa kes tu diorang pegang, diorang akan terima commission.

Kalau nak buat pembayaran nanti, pergi ke bahagian collection di bank itu cakap tak pernah terima apa-apa panggilan pun dari bank. Lepas itu buat perbincangan terus dengan pegawai bank itu. Updatekan nombor yang berbeza pada pihak bank. Dengan cara ini sahaja pihak bank akan sekat segala pembayaran commission kepada agency. Pastikan agency itu tak dapat apa-apa pembayaran.

Kalau kamu orang nak tahu, yang call itu kebanyakannya budak-budak lepas SPM sahaja, semua yang diorang cakap ikut script yang bos diorang bagi. Tak payah nak bertekak atau berbincang dengan diorang sebab bebudak itu pun dapat commission based on your payment. Jadi buat sahaja macam dekat atas itu.
3 found this helpful
Helpful

answered on Dec 23, 2014 at 00:59
by   ahmad dani
edited Apr 25, 2016 at 21:53
 
Oh okay okay understood! Ada juga tanya kawan-kawan sini. Diorang pun cadangkan macam begitu juga. Thanks a lot ThaiEng. Memang best lah thread ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 23, 2014 at 02:38
by   jeff005
edited Apr 25, 2016 at 21:55
 
Kepada..  "Salmah"

Please do another posting if you do not understand what has been written above as your thread has been hijack. Repost and try not to write in SMS format. Very hard to understand your actual problem.

If there is a purported debt of RM25K by bill collectors, this issue is not going to blow away.

Be more clear on
1. What kind of debt?
2. RM25k this month, in another 3 months it can be RM30k, enough to REALLY start bankruptcy proceedings if there was another court case which have made you JUDGEMENT DEBTOR.
3. What other debts you may have?
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.