Advertisement

Penjamin dapat panggilan mengenai hutang kereta dimana kereta telah dilelong 10 tahun lalu. Adakah ini penipuan?

1678 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Nov 10, 2014 at 20:57
by  
edited on Oct 29, 2016 at 07:01
 
Baru minggu lepas, saya dapat panggilan telefon suruh bayar hutang kereta sebab saya jadi penjamin, sedangkan dia sudah call pembeli. Dia mendakwa dia dari legal bank dan bagi tahu yang nama saya sudah blacklist. Sedangkan yang saya tahu, kereta telah pun dilelong tahun 2005. Sekarang 2014, dia panggil bagi tahu pasal ini sedangkan saya tak dapat apa-apa surat pun mengenai hal itu.. dan saya berjaya buat personal loan dan housing loan tanpa masalah sebelum ini.

Saya nak tahu, adakah ini prosedur biasa, atau panggilan itu 'scam call'?

Harap dapat membantu.. sebab perempuan yang mengaku dari legal bank berani panggil pejabat dan nak berurusan dengan bos saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
16 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Aug 24, 2018 at 10:12
by  
edited Aug 27, 2018 at 18:59
 
Saya pening..  Harap dapat membantu.

Soalan penting saya: Bolehkan pihak bank mengeluarkan nama penjamin sekiranya penjamin membayar untuk bahagian penjmain sahaja?

Saya ada terima panggilan 5 atau 6 tahun lepas mengenai ugutan saya kena bayar hutang.  Saya tak layan dan tukar nombor telefon. Sekarang pihak bank berjaya dapatkan nombor talipon ofis saya. Saya tak boleh nak lari. Dia ada bagitahu jalan penyelesaian. Yang dia akan tolong saya keluarkan nama saya sebagai penjamin sekiranya saya berkerjasama membayar separuh dari hutang kereta (separuh dari harga kereta).

Yang saya ragu dan saya takut saya kena tipu. Saya takut saya dah bayar tapi dia masih kejar saya lagi untuk selesaikan hutang tu. Sebab tiada surat meyurat. Kalau betul boleh keluarkan nama saya setelah saya bayar saya lega sangat. Sebab saya dah tak nak ada kaitan dengan hutang ex-husband saya lagi.. Tolong saya bagi pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 24, 2018 at 10:16
by  
edited Aug 27, 2018 at 19:00
 
Dia ada bagitahu jalan penyelesaian. Yang dia akan tolong saya keluarkan nama saya sebagai penjamin sekiranya saya berkerjasama membayar separuh dari hutang kereta (separuh dari harga kereta).
Tak perlu layan pembohong dan penipu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 24, 2018 at 12:16
by  
edited Aug 27, 2018 at 19:02
 
@jebat, terima kasih kerana membalas.

Saya benar-benar runsing apa patut saya buat seterusnya, sebab dia dah dapat nombor talipon ofis saya. Dia akan menghantui saya selalu. Perlu kah saya minta dia surat dulu yang meyatakan saya perlu bayar untuk jumlah separuh harga itu sahaja?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 24, 2018 at 18:31
by  
edited Aug 27, 2018 at 19:03
 
Perlu kah saya minta dia surat dulu yang meyatakan saya perlu bayar untuk jumlah separuh harga itu sahaja?

Tak perlu
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 31, 2018 at 14:31
by  
edited Nov 9, 2018 at 04:28
 
Saya telah mendapat panggilan dari 'orang bank' HQ di KL... meminta saya membuat penjelasan bayaran tunggakan RM10 ribu bagi kereta bekas kekasih 13 tahun yang dulu. Katanya saya kena jelaskan sebab saya adalah penjamin dan dia tak boleh contact peminjam. Apa yang perlu saya buat?

Situasi saya sama macam @Ikmar. 'Orang bank' kata boleh tolong urus dengan orang bank untuk kurangkan pembayaran dari RM10 ribu ke RM7 ribu. Katanya kalau saya boleh bayar separuh dari bayaran tunggakan tu dia akan bagi surat melalui email Jumaat akan datang...

Tadi saya cuba call balik nombor pejabat tu untuk bercakap dengan orang tu...nombor tu dah busy... tujuanya saya nak dapatkan nombor kereta...nak pergi check JPJ dan minta tolong kawan di Pejabat Polis untuk buat semakan sebab menurut 'orang bank' itu, kereta itu masih on the road.

Hairan kenapa mereka tak tarik saja kereta itu? Kenapa nak tunggu sampai 13 tahun baru nak menghantui hidup penjamin?

Minta respon kepada situasi saya. Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 31, 2018 at 17:43
by  
edited Nov 9, 2018 at 04:29
 
Minta respon kepada situasi saya. Terima kasih.
Cakap pada mereka kamu hanya akan buat penyelesaian di mahkamah.
Lepas tu jangan layan lagi.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.