Advertisement

Penjamin dapat panggilan mengenai hutang kereta dimana kereta telah dilelong 10 tahun lalu. Adakah ini penipuan?

964 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Nov 10, 2014 at 20:57
by   firuz
edited on Oct 29, 2016 at 07:01
 
Baru minggu lepas, saya dapat panggilan telefon suruh bayar hutang kereta sebab saya jadi penjamin, sedangkan dia sudah call pembeli. Dia mendakwa dia dari legal bank dan bagi tahu yang nama saya sudah blacklist. Sedangkan yang saya tahu, kereta telah pun dilelong tahun 2005. Sekarang 2014, dia panggil bagi tahu pasal ini sedangkan saya tak dapat apa-apa surat pun mengenai hal itu.. dan saya berjaya buat personal loan dan housing loan tanpa masalah sebelum ini.

Saya nak tahu, adakah ini prosedur biasa, atau panggilan itu 'scam call'?

Harap dapat membantu.. sebab perempuan yang mengaku dari legal bank berani panggil pejabat dan nak berurusan dengan bos saya.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
10 Answers

answered on Nov 13, 2014 at 02:50
by   Abu Ammar
edited Oct 29, 2016 at 07:09
 
@firuz

Saya yakin yang call itu collection agency. Tak ada lawyer firm yang akan call minta hutang. Kerja law firm ambil tindakan undang-undang. Benda dah lapuk dah 9 tahun. Kalau betul law firm minta copy judgment atau kata kamu nak negotiate direct dengan Bank mesti dia marah. Taktik gempa nak jumpa bos itu taktik biasa konon nak potong gaji. Kalau guarantor lagi bagus senang cerita dengan bos. Bos kamu pun besar kemungkinan banyak hutang juga.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 13, 2014 at 17:52
by   firuz
edited Oct 29, 2016 at 07:18
 
Terima kasih Abu Amar for the reply..

Terima kasih Allah kerana temukan saya dengan forum ini.. ada hikmahnya juga panggilan-panggilan ugutan itu sebab menemukan saya dengan forum ini dan banyak tahu pasal undang-undang serba sedikit.. bermula dari rasa takut digertak.. Sekarang saya rasa lebih lega sebab ada ilmu pasal ini semua. Terima kasih sekali lagi.

Sekarang, dia claim kata dari legal Ambank, saya pun dah call Ambank, memang ada agensi itu.. tapi kawan sudah semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tak berdaftar pun. Dia berani ugut-ugut, nak hantar orang bagi saman. Saya hanya bagi tahu, "You proceed lah saman itu sebab saya tak ada duit pun nak bayar".
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 13, 2014 at 18:28
by   Jeff
edited Oct 29, 2016 at 07:20
 
In future just tell your friends DO NOT CONTACT OR CALL THE BANK AND/OR THE COLLECTION AGENTS ANYMORE. No point arguing with them on Laws. They know that they cannot take further LEGAL ACTIONS any more, want to threaten and intimidate people only.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2014 at 11:22
by   Abu Ammar
edited Oct 29, 2016 at 07:25
 
Betul kata Tuan Jeff tu. Collection Agent TIDAK BOLEH ambil tindakan undang undang walaupun mereka akan kata Bank dah "transfer" segala hak kepada mereka. Dalam sesetengah kes, Bank dah "jual" hutang tu pada harga diskaun jadi biasanya diaorang akan "up" sikit dari jumlah hutang "sebenar" Bank dan bagi pula "diskaun" pada peminjam sebagai tanda "kemurahan hati" mereka untuk "menyelesaikan" masalah anda.

Biasanya selepas ugutan melalui telefon tidak berjaya, mereka akan menghantar "pasukan lawatan" untuk "menziarahi" anda di pejabat bagi tujuan membesarkan "kemaluan" anda dikalangan bos dan rakan sekerja. Jadi sebagai langkah "pre-emptive", anda tak perlu malu dan memberitahu bos dan rakan sekerja tentang situasi anda lebih lebih lagi kalau anda sebagai guarantor (sebagai peminjam pun tak ada hal) sebab benda dah lapuk (time barred) dan tak boleh kutip lagi. Jadi bila "geng lawatan" datang melawat dengan cerita hutang dan nak potong gaji, cerita dah "basi" dan tidak memberi impak yang besar.

Kalau pun bos nak buang anda kerja, dia kena fikir dua tiga kali sebab kita ada Labour Law dan orang yang Bankrap pun masih boleh bekerja seperti biasa apatah lagi yang dikenakan tindakan undang undang. Kalau Bank masih ada hak untuk mengutip hutang itu mengikut had masa, itu kena negotiate direct dengan Bank. Boleh saya tahu berapa baki yang dituntut?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2014 at 15:27
by   Firuz
edited Oct 29, 2016 at 07:32
 
@jeff
Thanks again for your reply.

@Abu Amar
Buat permulaan my officemate sudah tahu pasal hal ini, dan kecoh-kecoh di telefon, cuma bos sahaja yang tak tahu lagi. She threatened me nak hantar orang ke ofis untuk hantar surat saman katanya. Saya cakap, "just proceed lah surat itu sebab saya memang tak ada duit pun nak bayar."

Baki pinjaman RM15,000 katanya, tapi bank cakap RM13,000++ sahaja. Mereka berhak kah potong gaji saya untuk bayar hutang itu tanpa keizinan saya?

Cuma yang saya rasa curios sebab dia dah dapat pun call peminjam (my ex-husband) tapi dia masih mahu call saya. Tak dapat call handphone, dia call ofis.. hurmmm.. Saya tak tahulah apa lagi yang mereka nak buat lepas ini sedangkan mereka boleh cari peminjam itu sendiri dan bincang dengan peminjam itu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2014 at 16:19
by   Jeff
edited Oct 29, 2016 at 07:35
 
@firuz..

RM15,000..  Jangan takut.. Kamu takut mereka lagi garang.. Awak sudah tahu undang-undang sekarang.. mereka pun sudah tahu pergi ofis awak pun tak guna, hanya talipon sahaja. Buang masa dan "petrol", mereka pun takut masuk ofis awak. Orang garang di ofis awak boleh "hantam" mereka sebab "trespassing" into business premises.

Jangan takut atas intimidation mereka. Saya pun kena "buang kerja" 3, 4 kali sebab hal di kacau ke ofis (luar bawah). Sekarang saya sebagai "Food Street Hawker" dan tak kesal mereka lagi. Puan "Aisha" dan Puan "Ellsa" pun buat bisnes makanan. Boss awak takkan kesal hal ini, jangan bimbang. Jika Boss awak tak "melindung pekerja" biar tukar kerja, boss itu tak boleh "pakai".
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 14, 2014 at 17:47
by   Abu Ammar
edited Apr 18, 2017 at 03:30
 
@firuz

Diaorang tak ada hak nak potong gaji you. Ia menyalahi undang undang. Kalau betul ada saman cakap dengan dia you akan terima dengan senang hati dan bersedia nak lawan di Mahkamah. Tak payah nak kecoh kecoh, bak kata omputeh, "See you in court". Kalau ada kawan-kawan lawyer, ambil no telefon lawyer tu dan suruh dia call lawyer tu, katakan you dah serahkan kes you pada lawyer tu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2014 at 04:32
by   Ellsa
edited Oct 29, 2016 at 07:42
 
@firuz

Kebanyakan kita jadi takut sebab tidak celik undang-undang. Dan ini menyebabkan bill collector berani menakutkan kita dengan tindakan-tindakan undang-undang yang kegengaranya menakutkan. Saya juga pernah melalui pengalaman macam itu. Tapi mujurlah ada kawan yang menasihati saya dan sarankan saya jangan layan panggilan-panggilan 'hangit' sedekilian.

Di atas hal tersebut juga saya cuba mencari bantuan dan pengetahuan tentang perkara-perkara mengenai bankrap ini dan akhirnya bertemu dengan forum ini.

Bayangkan dulu saya dalam ketakutan. Kini tidak lagi sebab sudah ada ilmu.. ada pengetahuan dari kawan-kawan di sini.

Terima kasih kepada semua.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 4, 2018 at 18:45
by   Nuruk fatehah
edited Feb 25, 2018 at 03:34
 
Saya agak tertekan sekarang ni. Dulu ayah saya ada beli kereta terpakai dan buat pinjaman dengan bank sebab nak beli kereta tu. Tapi selepas beberapa tahun dia tak mampu bayar dan kereta ditarik balik. Selepas lebih 5 tahun ayah saya meninggal pada tahun 2010.

Pada tahun 2017, datang seorang sahabat ayah dia cakap dia sebagai penjamin ayah untuk beli kereta tersebut. Sekarang dia minta kami bayarkan. Saya berhubung dengan debt collector dan dia cakap status kereta tersebut masih belum diserah pada pihak bank. Sekarang hutang ayah saya RM29,000 lebih.. Guarantor takut sebab dia juga tak mampu nak bayar. Tapi kenapa selepas puluhan tahun baru ada yang cari kami. Dan kami diberi pilihan untk bayar secara keseluruhan atau ansuran. Tapi menurut ibu saya, ayah saya dah bayar loan bank melebihi 3 tahun dah masa tu. Bantu saya, apa saya perlu buat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2018 at 21:34
by   kiki
edited Feb 25, 2018 at 03:36
 
Tapi menurut ibu saya,  ayah saya dah bayar loan bank melebihi 3 tahun dah mase tu. 
Sudah bayar melebihi 3 tahun tidak semesti nya sudah selesai. Adakah kamu tahu berapa baki nya dulu?

Tapi kenapa selepas puluhan tahun baru ada yang cari kami. 
Kerana belum ada penyelesaian yang mutlak. Nama masih berada dalam sistem perbankan.

Guarantor takut sebab dia juga tak mampu nak bayar. 
Guarantor sosial tidak akan di bankrapkan mengikut pindaan undang undang kebankrapan terbaru.
Bill collector akan menakut nakutkan untuk mencari peluang mendapat wang.
Jika mereka boleh beri dokumen mahkamah yang sahih, poskan di sini untuk pencerahan.

Beritahu guarantor supaya tukar saja nombor talipon.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.