Advertisement

Penjamin tiba-tiba terima panggilan nak sita rumah untuk membayar bank hutang pinjaman 16 tahun lalu

7295 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on Oct 30, 2014 at 02:26
by   Aishah
edited on Apr 18, 2016 at 02:11
 
Saya merupakan penjamin 16 tahun yang lalu. Sekarang peminjam sudah lari dan saya dikejar oleh bank rakyat. Masalahnya dalam tempoh 16 tahun saya tak pernah di beri notis oleh bank. Tiba-tiba satu panggilan menakutkan suruh saya bayar RM20 ribu sekarang jika tidak mereka nak sita rumah.
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
30 Answers
« Previous   1   2   3   Next »

answered on Nov 5, 2014 at 00:58
by   Aishah
edited Apr 19, 2016 at 03:31
 
Terima kasih pada yang sudi membantu. Saya dah happy sekarang. Rasa nak jumpa kalian semua nak belanja makan tengah hari dekat restoran yang saya mampu seadanya. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan orang yang baik seperti kalian.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 5, 2014 at 01:19
by   Pak Dolah
edited Apr 19, 2016 at 03:33
 
Terima kasih atas jemputan Puan Aishah,

Ada nasi lemak rendang ayam? My favourite.

Jom.....  vkpc, aurora, we celebrate victorious lunch there? 11am.11.11.14?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 1, 2014 at 20:49
by   adri
edited Apr 19, 2016 at 03:35
 
Mengikut Akta Had Masa, hutang melebihi 6 tahun jika tidak disaman, tak boleh lagi diambil tindakan Mahkamah.

Jika hutang credit card yang melebihi 6 tahun dan telah ada writ saman bagaimana ya?

Minta penjelasan. Thanks.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 1, 2014 at 22:22
by   Pak Dolah
edited Apr 19, 2016 at 03:42
 
@adri

AmBank awak sudah ambil tindakan mahkamah. Apa pun tak boleh ubah lagi. Tindakan seterusnya adalah tindakan me"mulfis"kan you.

Mengapa awak tak pergi writ summon pertama kali?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 1, 2014 at 23:13
by   adri
edited Apr 19, 2016 at 04:04
 
@Pak Dolah

Saya tidak terima notis saman tersebut kerana telah berpindah rumah. Writ saman tersebut pada 12/2009. Sekarang bill collector call minta bayar RM500 dahulu dan kemudian RM2500 untuk di ambil tindakan bankrap. Nak bayar memang lah tak mampu dengan pendapatan saya sekarang.

Apa jalan terbaik yang boleh saya lakukan tuan-tuan untuk elak di ambil tindakan bankrap?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 18, 2014 at 23:18
by   Apa Ini
edited Apr 19, 2016 at 04:35
 
Jangan tumpang posting Puan Aishah. Hal puan sudah selesai. Forumers biasa tak baca balik posting lama.

Please start your own thread!
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 13, 2016 at 20:09
by   Fixxsyafiq
edited Jun 28, 2016 at 09:04
 
Kalau sudah pernah kena saman then lepas 5 tahun baru ada debt collector contact... so perlu tunggu sampai 6 tahun kah?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 13, 2016 at 23:53
by   mike
edited Jun 28, 2016 at 09:05
 
Kalau sudah pernah kena saman...
Kalau pernah kena saman mesti ada penghakiman.

Sekiranya penghakiman dijatuhkan sebagai debtor maka kreditor mempunyai had masa 12 tahun untuk tindakan seterusnya ia itu kebankrapan. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 25, 2016 at 13:02
by   Eleena
edited Apr 3, 2017 at 05:36
 
Suami saya ada membuat loan peribadi di Bank Rakyat. Semasa membuat loan suami masih bekerja dalam government tetapi selepas 3 tahun, suami saya sakit dan tidak dapat bekerja. Dia mohon berhenti kerja dan bermula dari saat itulah segala pembayaran loan tersebut tidak dapat dijelaskan. Pihak bank dan mahkamah ada hantar surat dan notis untuk ke mahkamah tapi suami tidak hadirkan diri atas masalah kesihatan. Suami memang nak bayar tapi masa tu dia belum stabil dari segi kesihatan dan kewangan. Sekarang ni suami telah kembali sihat dan mula bekerja sendiri. Tapi semalam saya dapat panggilan telefon dari bank mengatakan sudah keluar notis untuk sita dan lelong. Mereka akan datang ke alamat rumah yang suami gunakan semasa memohon pinjaman dulu. Masalahnya alamat rumah adalah rumah bapa mentua iaitu bapa saya dan nama rumah adalah atas nama bapa saya. Saya dan suami hanya menumpang dduk di situ. Sekarang hanya saya dan anak-anak duduk di rumah tersebut. Suami pula duduk di JB bekerja di sana.

Boleh ke pihak bank atau mahkamah membuat proses sita dan lelong di rumah yang bukan atas nama peminjam?, hanya kerana alamat rumah itu digunakan suami semasa proses pinjaman dl pihak bank atau mahkamah boleh meminta waran untuk masuk ke rumah dan membuat proses lelongan dan mengunci rumah tersebut?

Saya betul-betul buntu sekarang. Klu kena sita dan lelong mana kami anak beranak nak tinggal? Rumah itu atas nama bapa saya bukan suami. Barang-barang dalam rumah tu semua atas nama bapa saya bukan nama suami???

Tolong bagi pencerahan.....
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 31, 2017 at 03:47
by   Hida Pen
Selamat rumah tu. Sebab bukan milik peminjam
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.