Advertisement

Dilucut jawatan sebab hutang

1714 Views  ⚫  Asked 3 Years Ago
asked on May 28, 2014 at 05:35
by   Zura
edited on Oct 17, 2016 at 03:42
 
Semenjak beberapa minggu lepas saya dihubungi pegawai dari agensi kutip hutang yang mula-mula mengaku dirinya seorang pekerja firma guaman yang mewakili bank. Dia sebut juga nama firma guaman tersebut. Dia minta saya buat bayaran pendahuluan sebanyak RM3,000 untuk akaun tertunggak, jika tidak surat tindakan tatatertib akan dikeluarkan dan saya akan dilucutkan dari jawatan (saya penjawat awam). Saya katakan saya tidak dapat membayar buat masa ini dan masih berusaha untuk dapatkan wang bagi melunaskan hutang. Dia kata maaf, kami terpaksa ambil tindakan tatatertib. Kemudian dia hubungi majikan saya dan dedahkan tentang hutang saya kepada majikan. Adakah betul apa yang dilakukan oleh pegawai tersebut?

Saya juga telah menghubungi firma guaman yang dia sebut dan apa yang mengejutkan ialah, tidak ada seorang pun pegawai di firma itu yang menghubungi saya. Saya terus mengadu kepada peguam tersebut tentang penyamaran yang dibuat oleh agen kutip hutang tersebut dan bekerjasama memberi nombor telefon agen kepada beliau.

Untuk pengetahuan aduan rakyat, agen yang hubungi saya asyik bertukar-tukar dan mereka menggunakan ugutan macam-macam. Ini adalah dua nombor pejabat agensi tersebut 03-2058475x dan 03-7877643x.

Saya tak kisah mereka nak hubungi saya tetapi perlukah mereka menyamar sebagai peguam atau pegawai mahkamah? Adakah tertaluk di dalam mana-mana undang-undang yang saya boleh dilucutkan dari jawatan jika tidak menjelaskan hutang tertunggak?

Bila saya kata saya nak jumpa pegawai insolvensi minta nasihat, dia marah saya balik. kata insolvensi jahat dan macam-macam. AKPK pun dia kata tak membantu. Pelik betul.
Saya amat mengharapkan nasihat dan pandangan semua. Bukan saya tak mahu bayar, tetapi belum mampu membayar. Setakat ini saya hanya berjaya selesaikan dua kad kredit. Saya dahului dengan ribuan terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
8 Answers

answered on May 28, 2014 at 12:12
by   vkpc
edited Oct 17, 2016 at 02:49
 
Tak salah jika menyamar sebagai peguam.  Hanya salah jika menyamar sebagai polis.

Adakah tertaluk di dalam mana-mana undang-undang yang saya boleh dilucutkan dari jawatan jika tidak menjelaskan hutang tertunggak?
Biasanya tidak.  Perlucutan jawatan tanpa sebab-sebab yang munasabah boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Industri.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 28, 2014 at 13:52
by   Zura
edited Oct 17, 2016 at 02:50
 
Terima kasih banyak-banyak Tuan vkpc. Saya sudah baca banyak posting dan komen-komen di sini dan dapat banyak info berguna yang boleh saya gunakan jika dihubungi mereka lagi.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 27, 2014 at 16:46
by   Eric
edited Oct 17, 2016 at 02:51
 
Saya juga mengalamai nasib yang sama dan kisah ini sebijik macam yang raya alami sekarang. Ugutan demi ugutan yang saya terima saban hari. Modes operandi dah macam ceti haram. Dia minta lumpsum RM3,000. Kalau saya dapat menyediakan RM3,000 dalam tempoh singkat, maka saya tak lah terbeban dengan hutang ini. Ugutan yang paling mencabar adalah tindakan tatatertib dan buang kerja. Persoalannya, siapakah mereka ini?
Mereka cuma perkenalkan diri mereka mewakili bank terlibat.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 27, 2014 at 17:33
by   Satan
edited Oct 17, 2016 at 02:54
 
They are:-

.....  Legalised Bill Collection Agencies Sdn Bhd

..... A.K.A. Legalised Ah Longs

They are nasty bill collectors for the banks.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 7, 2015 at 23:08
by   mimie
edited Oct 17, 2016 at 03:38
 
Kenapa nak kecoh sangat pasal ini? Ingatkan orang mengaku dia dari Ambank lepas itu minta you bank-in duit dalam account bank dia? Tapi ini selesaikan hutang tertunggak you itu. Kalau pakai baju biar ukur badan sendiri, you sendiri punya hutang, tapi tak nak bayar macam tak bersalah. Pada pandangan saya, elok lagi lah dia call dan ingatkan kamu semua tentang hutang kamu. Kalau saya orang Ambank, saya proceed sahaja dengan bankrapsi. Kalau dah tahu tak mampu bayar, pergi lah buat rayuan di Ambank sendiri... Hutang 10 tahun biarkan, memang melambak lah!
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2016 at 03:34
by   Kaki kejam
edited Oct 17, 2016 at 02:48
 
Orang bank pun kena faham... mungkin pada masa orang yang berhutang itu dia mampu... tetiba ekonomi Malaysia kan down... jadi pendapatan mereka juga down.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 14, 2016 at 23:55
by   Oreo
Kalau belanja kredit card dan berharap gaji tiap tiap bulan untuk bayar, tu namanya dah lebih ukuran badan. Orang Malaysian kan... 
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2016 at 15:03
by   Maya
Cik Zura : Adalah salah untuk menyamar sebagai peguam. Individu-individu yang tidak pasti berkenaan undang-undang, tolong jangan beri maklumat yang salah, Seksyen 37 Akta Profession Undang-undang memperuntukkan bahawa adalah salah bagi individu-individu yang bukan peguam untuk merepresentasi diri mereka sebagai peguam. Manakala Seksyen 416 Kanun Keseksaan pula merupakan peruntukkan yang am bagi kesalahan penyamaran. Sesiapa yang menyamar adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah kanun keseksaan, tidak kira menyamar sebagai peguam, polis, doktor, akauntan dan sebagainya. Harap maklum. 
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.