Advertisement

Notis Kebankrapan

8950 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Nov 14, 2013 at 15:49
by   diba
edited on Aug 29, 2016 at 05:24
 
Saya nak minta pendapat semua yag berpengalaman. Awal bulan hari itu saya ada terima notis kebankrapan dari laywer. Tarikh sebutan kes adalah 25 November 2013.

Punca nya sebab saya ada hutang tertunggak dengan Bank Rakyat. Awal tahun saya terima surat dari laywer untuk ke mahkamah. Tapi saya tak pergi kerana berada di luar kawasan.

Sebelum itu, saya ada panggil Bank Rakyat, dan bagi tahu mereka yang saya tidak dapat hadir. Officer itu cakap tak apa, tapi saya kena pastikan yang saya bayar separuh dari tunggakan (6 bulan). Bulan Februari, saya ada bayar RM1000 then tiap-tiap bulan saya tetap bayar RM500. Tapi pertengahan tahun, saya terima surat dari Bank Rakyat mengatakan saya ada tunggakan lebih kurang 8 bulan. Saya tengok statement, kos untuk lawyer dan mahkamah di masukkan sekali. Sebab itu jadi 8 bulan. Masa itu saya terima notis dari Bank Rakyat untuk selesaikan tunggakan dlama masa 14 hari, kalau tidak dia akan keluar kan notis kebankrapan.

Masa dapat notis dari bank, saya terus pergi bank untuk selesaikan cara baik (rayuan untuk penjadualan semula) saya bagi segala sebab mengapa saya tidak dapat bayar dan officer itu suruh saya bayar untuk 4 bulan dahulu, kemudian baru boleh proses untuk penjadualan semula. Saya minta tempoh sehingga hujung bulan 9 baru boleh bayar. Semasa saya buat pembayaran untuk 4 bulan, officer bank cek dalam sistem, kes saya telah dihantar ke lawyer untuk tindakan mahkamah. Tapi dia akan cuba usahakan dan sekarang saya dah terima notis kebankrapan. Apa yang perlu saya buat?

Adakah jika saya hadir ke mahkamah nanti, saya akan terus di bankrap kan? Boleh kah saya merayu lagi?
1 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
24 Answers
 1   2   3   Next »  Last »

answered on Nov 14, 2013 at 18:41
by   lawnovice
edited Aug 29, 2016 at 05:28
 
Kalau Bank Rakyat ada belas kasihan, apasal masih lagi terus dengan Notis Kebankrapan?

Apa kandungan Notis itu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2013 at 04:58
by   guarantor
edited Aug 29, 2016 at 05:29
 
Attend the court case, don't engage any lawyer. Show your mode of restructuring payment. Chances is the court will ask you to settle with the bank, don't have to waste the court's time.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2013 at 11:44
by   diba
edited Aug 29, 2016 at 05:31
 
Dalam kandungan notis itu ada tulis "ambil perhatian bahawa dalam masa 7 hari selepas penyampaian notis kebankrapan ini ke atas kamu tidak termasuk hari penyampaian tersebut kamu mestilah membayar kepada Bank Rakyat... atau kamu hendaklah menjamin atau kompaun untuk jumlah wang tersebut sehingga mencapai kepuasan pemiutang penghakiman atau kamu hendaklah memuaskan mahkamah ini bahawa kamu mempunyai suatu tuntutan balas, tolakan atau tuntutan silang terhadap pemiutang penghakiman yang bersamaan dengan atau melebihi jumlah wang yang dituntut oleh pemiutang penghakiman dan yang mana kamu tidak dapat kemukakan dalam tindakan ini dimana penghakiman itu telah diperolehi."...

Muka surat yang ke-2 adalah PENGINDORSAN NOTIS... "Walaubagaimanapun jika kamu mempunyai suatu tuntutan balas, tolakan atau tuntutan silang terhadap pemiutang penghakiman yang bersamaan dengan atau melebihi jumlah wang yang dituntut opeh pemiutang penghakiman dan yang mana kamu tidak dapat kemukakan dalam tindakan ini dimana penghakiman itu telah diperolehi, kamu hendaklah dalam tempoh 7 hari memohon kepada mahkamah yang mulia untuk mengenepikan notis kebankrapan ini dengan memfailkan dengan pendaftar satu afidavit yang bermaksud diatas"

Ini isi kandungan notis yang saya terima. Boleh terangkan apa maksud notis ini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2013 at 17:25
by   lawnovice
edited Aug 29, 2016 at 05:36
 
Sekarang kamu masukkan afidavit ke Mahkahmah dan kata jumlah yang di tuntut berlebihan.

Dalam masa sama pergi cari balik pegawai Bank itu dan bincang secara bertulis dan lisan.

Mahkahmah kamu hadir saja dan kata kamu telah masukkan afidavit.

Dalam masa yang sama, kamu pergi bincang dengan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2013 at 21:41
by   diba
edited Aug 29, 2016 at 05:39
 
Maaf bertanya, macam mana nak masukkan afidavit ke mahkamah? Tadi saya sudah telepon pegawai bank, dia cakap permohonan saya untuk penjadualan semula masih lagi dalam proses dan saya tanya, bagaimana dengan status mahkamah, dia suruh saya pergi sahaja dengar sebutan dan mengaku bersalah dan tunjuk sebab mengapa saya gagal membuat bayaran, dan juga minta rayuan kepada mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 15, 2013 at 23:47
by   vkpc
edited Aug 29, 2016 at 05:43
 
dia suruh saya pergi sahaja dengar sebutan dan mengaku bersalah dan tunjuk sebab mengapa saya gagal membuat bayaran, dan juga minta rayuan kepada mahkamah.

Kenape kamu harus buat begitu? Mahkamah tidak ada kuasa menghentikan prosiding kebankrapan hanya dengan alasan-alasan peribadi.

Kalau bank serius dengan penjadualan semula pembayaran, bank lah yang patut menghentikan prosiding kebankrapan terhadap kamu. Bank sudah pada peringkat akhir mengbankrapkan kamu.
Kanapa masih senyum dengan mereka?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2013 at 00:07
by   lawnovice
edited Aug 29, 2016 at 05:44
 
Kalau kamu buat apa itu bank kata, risiko kamu tanggung, rasanya Bank nak permainkan kamu.

Masukkan saja afidavit kalau nak selamat. Lepas itu, kamu pergi ke Mahkahmah dan failkan.

Kalau di Kuala Lumpur, pergi Jalan Duta, bahagian Kanan. Tanya saja di Mahkahmah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 16, 2013 at 16:26
by   diba
edited Aug 29, 2016 at 05:45
 
Saya di Johor. Bila saya perlu failkan afidavit? Berapa bayarannya? Tarikh pergi mahkamah ialah 25 November 2013.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 17, 2013 at 15:18
by   lawnovice
edited Aug 29, 2016 at 05:46
 
Failkan secepat mungkin. Bayaran antara RM10 - RM20

Macamana kamu terima itu Notis? Ada kamu tandatangan apa-apa semasa terima itu Notis?
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 18, 2013 at 14:28
by   diba
edited Aug 29, 2016 at 05:49
 
Dispatch lawyer yang hantar ke rumah, dia suruh tandatangan. Di mane nak fail kan?
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.