Advertisement

Tindakan mahkamah dan masalah hutang kredit kad

12432 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Oct 31, 2013 at 20:06
by   Liza
edited on Apr 11, 2016 at 10:05
 
Saya ada masalah hutang kredit kad dengan 2 bank. 1 kad RM5k dan satu kad lagi RM4k. Dan saya juga ada personal loan baki RM3800. Saya cuma ada masalah untuk bayar 2 kredit kad ini sahaja since 3 bulan lepas.

Bukan saya tak nak bayar tapi tak mampu. Saya tunggu bonus masuk untuk settle kan hutang lain. Sebelum ini saya buat bisnes kecilan tapi sejak ada anak masa saya terbatas. Saya sangat bermasalah dengan Hxxx Lxxxx bank. 2 bulan lepas saya dipaksa bayar RM2k supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang. Mereka mengugut untuk call tempat keja saya. Saya sangat tertekan. Saya merancang nak dapatkan khidmat AKPK tapi masa terhad kerana saya di Langkawi. Sekarang, Hxxx Lxxxx still tak henti-henti mesej seperti ugutan nak saman dan macam-macam. Boleh tak bagi pendapat mengenai masalah saya ini. Terima Kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
18 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Apr 8, 2016 at 03:33
by   nazs1992
edited Apr 11, 2016 at 10:35
 
Better go and check your account status. Make a new arrangement with your bank to reschedule 'jadual pembayaran'. That's the best way to solve this problem.

Apa yang saya tahu, once bank sudah terminated akaun dan ask to make a full settle payment means their side already make a move to proceed with legal action. Macam advice yang saya baca di atas ada yang mengatakan 'at least bayar saja sikit-sikit berapa yang mampu'. Nasihat itu bukan tak boleh pakai tetapi a bit nonsense to follow. Try to imagine this, all the terminated account will be charged 2.5% every month on your outstanding amount. Macam yang you cakap hutang credit card ada RM6k lagi. Try to plus 2.5% from that amount every month? Get the answer kan?  Let's say kalau you bayar RM100 every month untuk cover this debt problem, memang tak ada deduction for your outstanding balance. Nak cover interest dan late charges itu pun tak cukup. So, every month you bayar tetapi tak ada pengurangan. Sesangat rugi. What should you do? Make a new arrangement with the bank asking them to make a new proposal monthly payment.
1 found this helpful
Helpful

answered on Nov 9, 2017 at 16:34
by   Bebas Hutang
edited Jan 31, 2018 at 15:33
 
Jangan bimbang. Saya pernah hutang 4 kredit card nilai RM20k. Masa ekonomi down. Saya tak mampu bayar. So saya tak bayar. Semua surat peguam saya abaikan. Buat apa nak pening. Dah tak mampu bayar. Buat cara tak mampu.

So saya start fokus kan diri. Think positif. Bekerja semula (sebagai jurujual) hit target jualan. Dapat komisyen. Dengan bangga saya pergi balik semua bank-bank yang saya berhutang. Masuk bank tanya berapa hutang. Bank jawab termasuk bunga, memang banyak. So saya kata saya nak diskaun sebab saya nak lump sump. Bank bagi diskaun. Saya hanya banyar nilai hutang saya saja dengan sikit caj. Lama juga tak mampu bayar hutang kad kredit, lebih setahun tak bayar.

Moral of story... bukan you seorang sahaja yang masalah ni. Semua ada masalah yang sama. Yang penting kekal positif. Tanam niat nak langsaikan hutang. Kalau you jadi negatif dan hidup tertekan habis lah porak peranda hidup you. Sampai matlamat yang nak dikejar pun berciciran. Fokus usaha yang mendatangkan hasil setimpal.

So, kekal positif. Jawab sahaja panggilan. Kata bila saya ada duit lump sump saya bayar. Buat masa ni bayar sahaja yang termampu atau tak payah bayar langsung. Seeloknya bayar lump sump. Baru dapat diskaun atas kadar interest tu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 14, 2018 at 12:03
by   Jam2017
edited Jan 31, 2018 at 15:36
 
Jawapan lagi best ialah pergilah ke Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Macam saya sekarang yang dah bahgia dari gangguan debt collector sebab hutang saya sudah diuruskan AKPK. Bayangkan sblum ni bulanan harus dibayar untuk 4 kad kredit RM1,200 sekarang selepas diuruskan AKPK, saya cuma perlu bayar RM300 sajaha. Saya cuma hadirkan diri 2 hari ke AKPK dan masalah settle!
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 11, 2018 at 00:04
by   Emma
edited Mar 5, 2018 at 05:04
 
Kalau ada hutang credit card below RM4,000 dan dekat setahun tak bayar, adakah nama kita akan blacklist bila nak pegi oversea?
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 11, 2018 at 22:37
by   kiki
edited Mar 5, 2018 at 05:05
 
Kalau ada hutang credit card below RM4,000 dan dekat setahun tak bayar, adakah nama kita akan blacklist bila nak pegi oversea?
Tidak.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 20, 2018 at 22:19
by   shuk84
edited Apr 1, 2018 at 01:03
 
Saya ada hutang kad kredit yang tak mampu di bayar bawah RM7,000. Adakah saya diisytiharkan muflis?
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 20, 2018 at 22:25
by   mike
edited Apr 1, 2018 at 01:03
 
Saya ada hutang kad kredit yang tak mampu di bayar bawah RM7,000. Adakah saya diisytiharkan muflis?

Tidak muflis.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 26, 2018 at 09:21
by   Watie
edited Apr 30, 2018 at 17:47
 
Saya ada masalah hutang dengan kad kredit lebih kurang RM9k.. hingga ada surat mahkamah.

Baru-baru ini dia kol nak datang rumah untuk buat tafsiran dalam rumah. Jika saya tak mampu bayar... dia nak tafsirkan barang dalam rumah tu...betul kah? 

Saya jadi tertekan.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.