Advertisement

Judicial Review of Consumer

2036 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Sep 19, 2013 at 18:54
by   Bullied
Hi Notalawyer,
I am impressed with how you help Bert. I need your help. I obtained an Award from Consumer Tribunal against a Maid Agency for a small sum, less than RM2000. But the Maid Agency bring this to the High Court and put me as 2nd Respondent. They also filed for cost if they win this Judicial Review. They have obtained Leave to file but were late to file. So now, they have filed an application for extension of time to file the Form 110 for Judicial Review and  serve to the respondents, Tribunal and Me. The application is due for hearing at High Court end of next month but I have to file written submission latest by 11 Oct 2013. Pls help
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
147 Answers
« Previous   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   Next »

answered on Dec 2, 2013 at 02:57
by   Bullied
1) Document B - Amended Notice of applic for Jud Review dd 30 Aug 2012
PINDAAN PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKlMAN (Ex-parte)
AMBIL PERHATIAN bahawa Mahkamah akan diusulkan pada hari  haribulan  2012
oleh Pemohon yang namanya disebut di atas supaya memberikan relifyang berikut:
(a)  Suatu Perintah kebenaran bagi Pemohonan untuk Semakan Kehakiman terhadap Award
yang bertarikh 25/07/2012 yang telah diputuskan oleh Responden Pertama pada kes No:
TTPM- WPPH- ep) - 262 - 2012;
(b)  Suatu perintah Certiorari bagi mengenepikan sama sekali Award bertarikh 25107/2012
yang diberikan oleh Responden yang mengkehendaki, antara lain, bahawa Pemohon
membayar kepada Responden sejumlah RM 1,892-00 dalam masa 14 hari selepas tarikh
Award tersebut diberikan;
(c)  Selanjutnya, suatu Perintah Penggantungan terhadap segala bentuk prosiding pelaksanaan
berlandaskan Award bertarikh 25/07/2012;
(d)  Sekiranya perlu, perintah-perintah dan arahan-arahan selanjutnya diberikan;
(e)  Kos dibayar oleh Responden kepada Pemohon; dan
(f)  Relif-relif lain selanjutnya yang dianggap adil dan saksama oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
Alasan-alasan untuk menyokong permohonan ini terdapat dalam Pernyataan yang difailkan
bersama-sama ini.
Afidavit Teoh Cxxx Exx (KIP: xxxxxx-xx-5636), yang diikrarkan pada 29 haribulan Ogos 2012.
dan difailkan di sini hendaklah dibaca sebagai menyokong permohonan ini.

Bertarikh pada 30 haribulan Ogos ,2012
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 2, 2013 at 02:58
by   Bullied
2) Document C - Amended Statement Pursuant to Order 53 Rule 3(2) dated 30.8.2012
PINDAAN PERNYATAAN MENURUT ATURAN 53 KAEDAH 3(2)KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH [PINDAAN} 2012
1.  Nama dan Deskripsi Pemohon adalah seperti berikut ;-
1.1  Nama Pemohon adalah Agensi Pekerjaan Axxx Bxxxxxx Sdn Bhd (No. Syarikat: xxxxxx-x).
1.2  Deskripsi Pemohon adalah Pemohon ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan di
Malaysia dibawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat perniagannya di
xx-x, xxxxx xxxxxx x/x, xxxxxx xxxxxx, 47100 Puchong, Selangor.
2.  Relif-relif yang dituntut oleh Pemohon adalah seperti berikut:-
2.1 Suatu perintah kebenaran bagi Permohonan untuk Semakan Kehakiman
terhadap Award yg bertarikh 25/07/2012 yang telah diputuskan oleh Responden Pertama pada kes No: TTPM- WPP1- (P)-262-2012;
        2.2    Suatu perintah Certiorari bagi mengenepikan sama sekali Award bertarikh
25/07/2012 yang diberikan oleh Responden yang mengkehendaki, antara lain,
bahawa Pemohon membayar kepada Responden Kedua sejumlah RM 1,892-
00 dalam masa 14 hari selepas tarikh Award tersebut diberikan;
        2.3  Selanjutnya, suatu Perintah Penggantungan terhadap segala bentuk prosiding
pelaksanaan berlandaskan Award bertarikh 25/0712012;
2.4. Sekiranya perlu, perintah-perintah dan arahan-arahan selanjutnya diberikan;
2.5  Kos dibayar oleh Responden-Responden kepada Pemohon; dan
2.6  Relif-relif lain selanjutnya yang dianggap adil dan saksama oleh Mahkamah
Yang Mulia ini.
3. Alasan-alasan permohonan ini adalah seperti berikut :-
3.1  Tuan Presiden telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta dengan
memutuskan bahawa Pemohon dikehendaki untuk membayar jumlah sebanyak
RM 1,892-00 dalam masa 14 hari dari tarikh Award tersebut diberikan.
3.2  Tuan Presiden telah secara salahnya membenarkan tuntutan Responden Kedua
walaupun kedua-dua Responden tidak berhak menuntut sebarang jumlah kerana Responden Kedua telah pun menerima bayaran daripada Pemohon sebanyak RM 5,880 mengikut cara pembayaran yg telah ditetapkan sepertimana mengikut Surat Pengakuan Pengambilan Pembantu Asing antara Responden Kedua dan Pemohon dalam pengambilan Pembantu Rumah Asing.
        3.3  Tuan Presiden telah secara salahnya membenarkan tuntutan Responden 2 walaupun Responden 2 tidak berhak menuntut sebarang jumlah tuntutan Responden 2 kepada Tribunal adalah sama sekali tidak berasas & tidak mempunyai sebarang merit kerana pembayaran bagi mengembalikan kos Responden 2 telah pun dilakukan sebelum tuntutan Responden 2 dibuat kepada Tribunal. Malah Responden 2 bersetuju utk tidak membuat apa-apa tuntutan ke atas Pemohon.
        3.6 Tuan Presiden telah secara salahnya membenarkan tuntutan Responden 2 kerana Tuan Presiden seharusnya mengambil kira kos hangus yg ditanggung oleh pihak Pemohon di mana kos tersebut berjumlah RM2,184. Maka dengan ini Award yg diberikan adalah tidak wajar dan sama sekali tidak adil kpd pihak Pemohon kerana Pemohon yg mengalami kerugian.

4. Oleh demikian, Pemohon berhak utk memohon Mahkamah ini utk suatu perintah yg seperti dipohon di dlm Permohonan bagi Semakan Kehakiman yg difailkan bersama-sama ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 2, 2013 at 03:00
by   Bullied
Document D - Afidavit in Support affirmed by Teoh Cxxx Exx dd 29.8.2012

Saya Teoh Cxxx Exx (KIP NO: xxxxxx-xx-5636) seorang warganegara Malaysia yang cukup
umur dan mempunyai alarnat penyampaian di Agensi Pekerjaan Axxx Bxxxxxx, No.xx-x, Jalan
xxxxxx x/x, xxxxxx xxxxxx, 47100 Puchong, Selangor.
1-  Saya adalah pengurus kepada Agensi Pekerjaan Axxx Bxxxxx Sdn Bhd (xxxxxx -x)
mempunyai kuasa untuk membuat afidavit ini bagi pihak Pemohon.
2-  Segala fakta yang dideposkan di sini adalah dalam pengetahuan dan mempunyai akses
terhadap dokumen-dokumen Pemohon adalah benar kecuali yang dinyatakan sebaliknya.
3-  Saya memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk merujuk kepada
3-1 Permohonan (Ex-Parte) bagi Semakan Kehakiman; dan
3-2 Pernyataan Menurut Aturan 53 Kaedah 3 (2) Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) 2012
Yang kesemuanya difailkan bersama-sama ini.
4-  Saya sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa Afidavit Sokongan saya ini sebagai
menyokong permohonan untuk mendapatkan Perintah serta relif-relif substantif yang lain
oleh Mahkamah Yang Mulia ini antara yang lain, dalam bentuk Certiorari untuk
membatal sama sekali Award/Perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ini antara
lain, dalam bentuk Certiorari untuk membatalkan sama sekali Award/Perintah Tribunal
Tuntutan Pengguna Malaysia yang bernombor TTPM- WPPJ- (P)- 262- 2012 serta relif-
relif yang lain sepertimana dinyatakan dalam Permohonan Bagi Semakan Kehakiman
yang difailkan bersama-sama dengan ini.

Bersama-sama ini dilampirkan Award/Perintah Tribunal Pengguna Malaysia tersebut yang
bertarikh 25/07/2012 sebagai Ekshibit dan ditandakan sebagai "TCE-1 (dan selepas ini
dirujuk sebagai Award Tribunal tersebut)
5-  Saya sesungguhnya ingin menyatakan bahawa sebelum Responden Kedua membuat
tuntutan kepada pihak Tribunal, pihak kami telah pun membuat pembayaran kepada
Responden Kedua iaitu sebanyak RM 5,880-00 dimana pembayaran ini dilakukan selaras
dengan terma Surat-surat Pengakuan Pengambilan Pembantu yang ditandatangani oleh
Responden Kedua pada 15/02/2012 dan 27/02/2012.

Dilampirkan bersama-sama ini adalah Sural-Sural Pengakuan Pengambilan Pembantu yang
telah ditandatangani o/eh Responden Kedua yang bertarikh 15/02/2012 dan 2710212012 sebagai
ekshibit dan ditandakan sebagai "TCE-2A" dan "TCE-2B" (dan se/epas ini dirujuk sebagai
Surat Pengakuan tersebut)
6-  Responden Kedua telah membayar kos sebanyak RM 10,214-00 bagi pengambilan 2
Pembantu Asing, di mana Pembantu Asing pertama adalah tidak bersesuaian oleh itu
Responden Kedua telah diberikan pengganti yang baru. Namun pengganti Pembantu
Asing yang baru tersebut telah melarikan diri setelah selesainya proses pertukaran nama
Majikan iaitu Responden Kedua kepada Jabatan Imigresen. Dan proses tersebut telah pun
diluluskan pada tarikh 26/03/2012.

Dikembarkan besama-sama ini adalah Akuan Penerimaan Permohonan Tukar Majikan
daripada Jabatan Imigresen Malaysia yang bertarikh 22/03/2012 dan kelulusan Permohonan
Tukar Majikan daripada Jabatan Imigresen Malaysia yang bertarikh 26103120/2 sebagai
ekshibit yang ditandakan masing-masing sebagai "TeE-3A" dan "TCE-3B".
7-  Di dalam surat pengakuan ekshibit TCE-2B, Responden Kedua mengesahkan beliau
bersedia untuk membayar kos hangus pihak pemohon berjumlah RM 2,450-00 dan
tambahan lagi Responden Kedua tidak akan membuat sebarang tuntutan terhadap
Pemohon setelah selesainya Proses pertukaran majikan; di mana surat pengakuan tersebut
mengatakan:-
"Setelah proses penukaran majikan selesai di Imigresen Malaysia. saya tidak akan
membuat sebarang tuntutan terhadap Pihak Agensi berkaitan apa-apa perkara
berkenaan PRA ini. Saya faham bahawa saya adalah majikan kedua kepada PRA ini dan
mengikut syarat Jabatan Imigresen Malaysia setiap PRA hanyalah dibenarkan untuk
tukar majikan sekali selepas bekerja dengan majikan pertama".
8-  Selaras dengan kejadian tersebut, maka pihak kami memulangkan kembali kos yang telah
dibayar oleh Responden Kedua bagi pengambilan Pembantu-pembantu Asing tersebut
setelah ditolak kos hangus yang telah di serahkan kepada Jabatan-jabatan yang
berkaitan berserta upah harian bagi Pembantu- Pembantu Asing tersebut yang telah
dikeluarkan oleh pihak kami.
9-  Cara pembayaran bagi Pemulangan kos Responden Kedua oleh pihak kami adalah seperti
berikut (di mana selaras dengan terma Surat Pengakuan tersebut):-
i) Pembayaran yang telah dibuat oleh Responden Kedua bagi pengambilan Pembantu
Asing:-

1) Pada 15/02/2012 untuk Pembantu Asing pertama           : RM10,030
2) Pada 27/0212012 untuk Pengganti Pembantu Asing pertama : RM   184
Jumlah keseluruhan kos pengambilan Responden Kedua             : RM10,214
ii)  Kos Upah gaji untuk Pembantu Asing Pertama di mana tempoh beliau bekerja adalah
selama 11 hari (RM 50/hari):
                RM50 x 11 Hari  : RM 550-00
iii)  Kos Upah gaji untuk Pengganti Pembantu Asing yang pertama di mana tempoh beliau
bekerja adalah selama 32 hari (RM 50/ Hari):
              RM50 x 32 Hari : RM 1,600-00
iv)  Kos hangus yang telah dibayar kepada Jabatan-jabatan berkaitan; 
a)  Levy  RM  426-00
b)  Fomema  RM  164-00
c)  Yuran Pemprosesan  RM  150-00
d)  JP Visa  RM  444-00
e)  Caj pengendalian Indonesia  RM  1,000-00
  Jumlah keseluruhan kos hangus  RM  2,184-00
Maka kos yang dikembalikan oleh Pemohon kepada Responden Kedua adalah
seperti di bawah:-
Kos bayaran 2 Pembantu Asing                          RM10,214
Tolak Kos upah gaji Pembantu Asing pertama RM  550
                                                                                  RM9,664  
Tolak Kos upah gaji PenggantiPembantuAsing RM1,600
                                                                                   RM8,064
Tolak kos hangus                                                     RM2,184
JUMLAH Y ANG DIKEMBALIKAN                           RM5,880

10-  Saya dengan ini menyatakan bahawasanya terdapat pembayaran RM 5,880-00 kepada Responden Kedua pada 20/06/2012 di mana pembayaran tersebut dilakukan melalui Cek
Public Bank No: 376579 yang bertarikh 24/05/2012 walaupun saya tegaskan di sini
bahawasanya Responden Kedua di tempat pertama tidak boleh membuat sebarang
tuntutan terhadap agensi setelah proses pertukaran majikan selesai.
Dilampirkan bersama-sama dengan ini adalah Cek Public Bank No: 376579 atas nama Ko Cxxx
Fxxx yang bertarikh 2410512012 dan resit pembayaran yang diterima oleh Responden Kedua
pada 20/06/2012 dijadikan secara kolektifsebagai ekshibit dan ditandakan sebagai "TCE-4".
11-  Saya dengan rendah dirinya ingin merujuk kepada Ekshibit "TCE-2B" di mana jumlah
kos hangus sebenar pihak Pemohon adalah RM 2,450-00 tetapi di sini pihak Pemohon
hanya mengambil RM 2,184-00 sahaja sebagai kos hangus telah dibayar kepada Jabatan-
jabatan yang berkaitan.
12-  Saya sesungguhnya percaya bahawa tuntutan Responden Kedua di Tribunal adalah sama sekali tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang asas memandangkan Responden
Kedua telah pun dipulangkan kembali kos beliau. Dengan ini, saya sesungguhnya
percaya bahawa Award Tribunal tersebut seharusnya menolak tuntutan Responden
Kedua.

l3-  Saya percaya Award Tribunal tersebut hendaklah diketepikan kerana Tuan Presiden telah
terkhilaf dari segi undang-undang untuk memutuskan bahawa Pemohon dikehendaki
untuk membayar sebanyak RM 1,892-00 dalam masa 14 hari dari tarikh Award tersebut
diberikan. Pemohon akan merujuk kepada Pemyataan Tuntutan bagi tujuan pengesahan
fakta tersebut. Antara alasan-alasannya adalah secara ringkasnya adaJah seperti berikut:-

    l3.1  Tuan Presiden telah terkhilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta dengan
memutuskan bahawa Pemohon dikehendaki untuk membayar jumlah sebanya RM 1,892-
dalam masa 14 hari daripada tarikh Award Tribunal Tersebut diberikan.
      l3.2 Tuan Presiden telah secara salahnya membenarkan tuntutan Responden Kedua waJaupun
kedua-dua Responden tidak berhak menuntut sebarang jumJah kerana Responden Kedua
telah pun menerima bayaran daripada Pemohon sebanyak RM 5,880-00 atas budi bicara
Pemohon. Ini kerana Responden Kedua tidak berhak membuat sebarang tuntutan kepada
Pemohon sejajar dengan Surat Pengakuan tersebut.
     13.3 Tuan Presiden telah secara salahnya membenarkan tuntutan Responden Kedua walaupun
Responden Kedua tidak berhak meountut sebarang jumlah tuntutan Responden Kedua
kepada Tribunal adalah sama sekali tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang merit
kerana pembayaran bagi mengembalikan kos Responden Kedua telah pun dilakukan
sebelum tuntutan Responden Kedua dibuat kepada Tribunal.
     13.4 Tuan Presiden telah khilaf dalam meneliti kos hangus sebenar sebagaimana Surat
Pengakuan Pengambilan Pembantu iaitu RM 2,450-00. Namun Pemohon hanya mengambil
kos hangus sebanyak RM 2,184-00 sahaja.
     13.5 Tuan Presiden telah secara salahnya membenarkan tuntutan Responden Kedua kerana
Tuan Presiden seharusnya mengambil kira surat pengakuan pengambilan Pembantu di
mana Responden Kedua telah mengesahkan untuk tidak mengambiJ sebarang tuotutan
terhadap Pemohon setelah selesainya proses pertukaran majikan dengan jabatan-jabatan
berkaitan.

14-  Saya sesungguhnya percaya bahawa suatu perintah penggantungan perlaksanaan adalah
perlu untuk menggantung segala presiding pelaksanaan dan pendakwaan berdasarkan
Award Tribunal tersebut supaya Permohonan bagi Semakan Kehakiman kali ini tidak
menjadi sia-sia sahaja sekiranya Award Presiden tersebut diketepikan oleh Mahkamah
Yang Mulia ini untuk memerintahkan penggantungan prosiding berlandaskan Award
tersebut seperti yang dinyatakan sebelum ini.

15- Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini
suatu perintah seperti yang dipohon.

Eksibit TCE 1 (Award Tribunal):-
AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999
PERATURAN-PERATURAN PELINOUNGAN PENGGUNA
(TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA) 1999
BORANG 10
(Subperaturan 23(5) )
AWARD SELEPAS PENDENGARAN
DALAM TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
Di PUTRAJAYA Di NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
TUNTUTAN NO: TTPM-WPPJ-(P)-262-2012
ANTARA

XXXXX    DAN
XXXXXX

Tindakan ini telah didengar di hadapan TUAN BADIUS XXXXX XXX XX. XXXXX
bertarikh 25 Julai 2012 di Bilik Mahkamah 3, Aras 5, Podium 2, No.13 Persia ran
Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya Tribunal
dengan ini memerintahkan:
Penentang hendaldah membayar balik RM1,892.00 kepada Pihak Yang
Menuntut dari tempoh 14 hari dari tarikh award.
Bertarikh pada 25 Julai 2012.

TCE-2B (Surat Pengakuan)- this letter no letterhead:-

Surat Pengakuan Pengambilan Pembantu
Saya,.......... NRIC......... beralamat...... telah mengambil PRA bernama ..... yg memegang Paspot Nombor..... dari pada 27/2/2012. Saya membawa PRA ini ke rumah saya untuk percubaan sama ada PRA ini maupun saya dan keluarga bersetuju utk mengambilnya bekerja.

Jika PRA ini tidak sesuai dengan keluarga saya, saya setuju membayar RM50/ hari
kepada pihak Agensi mengikut bilangan hari PRA ini bekerja di rumah saya.

Sekiranya berlaku PRA ini menghilangkan diri dari rurnah saya. maka saya akan
bertanggungjawab atas PRA ini ( membuat report polis ) dan saya juga bersetuju
membayar jumlah scbanyak RM2,450.00( LEVI + FOMEMA + SITABOND, JP VISA,
YURAN PENGENDALlAN INDONESIA) kepada pihak Agensi ,serta upah RM50 /
hari tetap akan saya jelaskan kepada pihak Agensi.

Setelah proses pcnukaran majikan selesai di Imigresen Malaysia, saya udak akan
membuat sembarang tunrutan terhadap pihak. Agensi berkaitan apa-apa perkara
berkenaan PRA ini. Saya faham bahawa saya adalah majikan kedua kepada PRA ini dan
mengikut syarat labatan lmigresen Malaysia setiap PRA hanyalah dibenarkan untuk tukar
majikan sekali selepas bekerja dengan majikan pertama.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
.............
Nama:
Tarikh: 27/2/2012
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 2, 2013 at 03:01
by   Bullied
Document E: Amended Afidavit in Support by Maid Agency - I have underlined the amendments & only post those amendments as the rest are similar with initial afidavit.

4-  Saya sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa Afidavit Sokongan saya ini sebagai
menyokong permohonan untuk mendapatkan Perintah serta relif-relif substantif yang lain
oleh Mahkamah Yang Mulia ini antara yang lain, Mendapatkan Suatu Perintah
Kebenaran bagi Permohonan untuk Semakan Kehakiman terhadap Award yang bertarikh
25/07/2012 yang telah diputuskan oleh Responden Pertama pada kes No: TTPM- WPPJ:
(P)- 262-2012 (dan selepas ini dirujuk sebagai Award tersebut), Perintah dalam bentuk
Certiorari untuk membatal sama sekali Award/ Perintah Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia ini antara lain, dalam bentuk Certiorari untuk membatalkan sama sekali Award/
Perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ini antara lain dalam belum Certiorari
untuk membatalkan 5ama sekali Award tersebut serta relif-relif yang lain sepertimana.
dinyatakan dalam Permohonan Bagi Semakan Kehakiman yang difailkan bersama-sama
dengan ini.

Dilampirkan bersama-sama in; adalah Surat Pengakuan Pengambilan Pembantu yang telah
ditandatangani oleh Responden Kedua yang bertarikh 27/02/2012 sebagai ekshibit dan
ditandakan sebagai "TCE-2" (dan selepas ini dirujuk sebagai Surat Pengakuan tersebut)
6-  Responden Kedua telah membayar kos sebanyak RM 10,214-00 bagi pengambilan 2
Pembantu Asing, di mana Pembantu Asing pertama adalah tidak bersesuaian oleh itu
Responden Kedua telah diberikan pengganti yang baru. Namun pengganti Pembantu
Asing yang baru tersebut telah menolak untuk meneruskan bekerja dengan Responden
Kedua. (notice the work 'menolak' instead of 'melarikan diri')

12.5 Tuan Presiden telah secara salahnya membenarkan tuntutan Responden Kedua kerana
Tuan Presiden seharusnya mengambil kira kos hangus sebenar yang ditanggung oleh pihak
kami adalah RM 2,450-00 tetapi kami hanya mengambil bayaran kos sebanyak RM 2, 184-
00. Responden Kedua dengan ini telah mendapat keadilan sewajarnya malah Pemohon
yang menanggung kerugian. Maka dengan ini Award yang diberikan adalah tidak wajar
dan sama sekali tidak adil kepada pihak kami.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 2, 2013 at 03:02
by   Bullied
Document F - Additional Afidavit by first lawyer filing and attaching 3 docs:
1. Tribunal nota prosiding and Alasan Penghakiman
2. Cover letter from Tribunal dated 8 Oct 2010 to Applicant's solicitor showing that they only received Proceeding notes and Alasan Penghakiman after 1 mth from their request dated 5 sep 2012.
3. Cover letter to Attorney General Chambers inform on hearing date and nota prosiding and Alasan penghakiman.

Doc: Nota Prosiding & Alasan Penghakiman:-

DALAM TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
TUNTUTAN NO. TTPM-WPPJ-{P)-262-2012

TARIKH                : 25/7/2012
PRESIDEN     :
PIHAK YANG MENUNTUT :
PENENTANG             : AGENSI PEKERJAAN AXXX BXXXXXX SDN BHD Diwakili -
                        TEOH CXXX EXX NO. KIP. XXXXXX - XX - 5636 PENGARAH
                                   NOTA PROSIDING
PYM:
Saya ambil maid on trial basis 15.02.12.
Saya pulangkan t" maid 27.02.12.
Saya dapat maid kedua.
Saya telah bayar RM184.00.
Semua tetan bayar RM10,214.00 kepada Penentanq
Selama 2 minggu, saya puas hati dan mahu ambil maid kedua.
1st maid - RM650.00.2nd maid - RM600.00
Pada 31.03.12 maid lari.
Hingga akhir April.
Maid Filipina dihantar medical rejected.
Awal bulan kami minta refund tapi tidak dilayan.
Jumlah tuntutan RM2,844.69.
• Levi          : 32/730 x RM426 = RM 18.67
• FOMEMA        : 32/730 x RM 164 RM7.18
• JP Visa       : 32/730 x RM444 = RM 19 46
• Yuran Agensi  : 32/730 x RM5,880 = RM257.75
• GaJI PRA kedua: 32/730 x RM7200  = RM631.23
(600 x 12 : RM7,200)
Jumlah                             : RM939.00
Total payment for 2nd Maid is
RM9,664.00 - RM 939.00 = RM 8.725.00
Selang 3 bulan Penentang hanya return RM 5,880.00
(RM 8,725.00 - RM 5.880.00 = RM 2,845.00)

Penentang:
Surat telah ditandatangan.
Sepatutnya tiada tuntutan. Jika PYM tidak setuju, dia tidak patut bank
in cheque.
Bayaran sebanyak RM5,880.00 seperti berikut:
Jumlah Bayaran PYM  : RM 10.214.00
Tolak  : RM 550.00 + RM 3,784.00
Baki  : RM 5,880.00

Tribunal:
Keputusan dibacakan.

AWARD BORANG 10
Penentang hendaklah membayar balik RM 1,892.00 kepada
Pihak Yang Menuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh Award.
t.t.
BADIUS XXXXX XXX XXXX XXXXX
PRESIDEN
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
MALAYSIA
Tarikh: 25 Julai 2012


DOCUMENT:- ALASAN PENGHAKIMAN

DALAM TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
TUNTUTAN NO. TTPM- WPPJ-(P)-262-2012

KO CXXX FXXX : PIHAK YG MENUNTUT PYM
AGENSt PEKERJAAN AXXX BXXXXXX SON BHD : PENENTANG

ALASAN PENGHAKIMAN
Fakta Kes :
Pada 15.02 2012, Pihak Yang Menuntut (PYM) telah mengambil
Pembantu Rumah Asing (PRA) daripada pihak Penentang dan telah
diberikan tempoh percubaan iaitu sekiranya PYM tidak bersetuju untuk
mengambil PRA tersebut, beliau boleh memulangkannya. Pada
27.02.2012, PYM merasakan bahawa PRA tersebut adalah tidak sesuai
bekerja dengan beliau lalu PRA tersebut telah dipulangkan kepada
Penentang. Penentang telah memberikan PRA yang kedua kepada PYM
pada tarikh 27.02.2012 dan setelah 2 minggu bekerja dalam tempoh
percubaan, PYM bersetuju untuk mengambil PRA yang kedua ini bekerja
dengan beliau.

Setelah bekerja dengan PYM selama lebih kurang 1 bulan iaitu 32 hari,
pada 31,03.2012 PRA yang kedua ini telah melarikan diri daripada rumah
PYM. PYM telah menuntut semula bayaran balik yang telah diberikan oleh
beliau kepada Penentang. Jumlah bayaran yang telah dikeluarkan oleh
PYM adalah sebanyak RM10,214.00 iaitu bayaran bagi pengambilan PRA
yanq pertama dan kedua tetapi Penentang hanya membayar semula
wang sebanyak RM5,880 00 kepada PYM. PYM tidak berpuas hati atas
bayaran tersebut kerana tidak mencukupi lalu memfailkan tuntutan di
Tribunal ini. Jumlah tuntutan beliau sebanyak HM2,844 69.

Penentang dalam pembelaannya menyatakan hal ini telah pun
diselesalkan di mana Penentang telah membayar sebanyak RM5,880.00
dan telah pun diterima oleh PYM. PYM tidak seharusnya membawa kes ini
semula di Tribunal. PYM juga sepatutnya menanggung kos yang telah
dikeluarkan sepanjang membawa kedua PRA ini bekerja dengan PYM.

Keputusan:
Isu yang harus diputuskan oleh Tribunal ini sama ada jumlah yang telah
dibayar oleh Penentang itu mencukupi atau sebaliknya. Adakah
Penentang harus menanggung liability sepenuhnya atas PRA yang telah
melarikan diri daripada rumah PYM?
A. Bayaran penuh yang dibuat oleh PYM adalah sebanyak
RM10,214.00. Berikut adalah pecahannya:



i. Yuran agensi                       RM5,880.00
1/. Gaji pendahuluan (4 bu/an 16 hari)RM2,947.00
Ill. Levi                             RM  435.00
IV. FOMEMA                            RM  166.00
v . JP Visa                           RM  452.00
vi. Yuran Prosesan                    RM  150.00
Jumlah                                RM10030.00
+ Wang tambahan                       RM  184.00
Jumlah yang telah dibayar oleh PYM    RM10214.00

B. Penentang telah membayar refund kepada PYM sebanyak
RM5,880.00 dan pecahan amaun tersebut adalah seperti berikut:

RM10.214 00 - RM550.00 (gaji 11 hari. PRA pertama) - RM3784.00
(kos yang telah dikeluarkan untuk membayar PRA kedua)- RM5,880.00

PYM pula dengan lebih detail telah memberikan formula amaun
tuntutannya iaitu seperti benkut:
• levi            32/730xRM426=RM18.67
• FOMEMA          32/730xRM164=RM7.18
• JP Visa         32/730xRM444=RM19.46
• Yuran Agensi    32/730x5880=RM257.75
• Gaji PRA kedua  32/730x7200=RM631.23
(600 x 12 = RM7,200)
Jumlah                  RM939.00
Jumlah bayaran sebenar PRA kedua ialah RM9,664 00 - RM 939.00 =
RM 8,725.00
Oleh itu RM 8.725.00 - RM 5.880.00 (jumlah yang dibayar Penentang)
= RM 2,845.00. PYM menyatakan angka 32 diperolehi adalah hari bekerja
PRA kedua manakala 730 adalah tempoh 2 tahun kontrak iaitu 730 hari)

Setelah meneliti hujahan kedua belah pihak, saya berpendapat wang
RM5,880.00 yang telah direfund oleh Penentang adalah tidak mencukupi
Alasan saya seperti berikut :-
a) PRA kedua hanya bekerja selama 32 hari lalu melarikan diri
daripada rumah PYM. Tempoh beliau bekerja dengan  PYM terlalu
singkat dan tidak munasabah;
b) Tiada sebarang keterangan mengapa PRA kedua -melarikan diri
Oleh itu tiada keterangan PRA tersebut lari atas sebab yang boleh
difikirkan munasabah mengapa beliau lari disebabkan oleh PYM
sebagai contoh PRA telah didera oleh PYM;
c) Penentang  sebagai agen yang membawa masuk harus
menanggung sepenuhnya liability kerana Penentang adalah pihak
yang membekalkan perkhidmatan pembantu rumah kepada PYM:
d) PYM tidak seharusnya menanggung kos sehingga: hampir 50%
daripada keseluruhan jumlah yang telah dibayar disebabkan
kecuaian Penentang sendiri iaitu gagal membekalkan perkhidmatan
sebaik mungkin kepada PYM,

Saya telah mengambil kira kos yang tetah dikeluarkan bagi pengambilan
PRA yang kedua iaitu sebanyak RM3.784. Kos ini yang sepatutnya
ditanggung 50% oleh kedua belah pihak dan kos ini yang telah
dikeluarkan sebenarnya. Oleh itu jumlah amaun yang sepatutnya dibayar
dalam tuntutan ini adalah sebanyak RM 1,892.00.

Penentang menyatakan bahawa tuntutan PYM di Tribunal adalah tuntutan
kali kedua kerana bayaran refund sebanyak RM5,880.00 telah dibayar
kepada PYM. Pada pendapat saya tiada sebarang perjanjian yang
menghalang daripada PYM untuk membuat tuntutan sekiranya refund
yang diperolehi adalah tidak mencukupi Tuntutan PYM di tribunal hanya
atas baki bayaran dan bukan atas keseluruhan bayaran yang telah dibuat.
Secara kesimpulannya. saya benarkan sebahagian tuntutan PYM dalam
kes ini.

AWARD BORANG 10
Penentang hendaklah membayar sebanyak RM1,892.00 kepada PYM
dalam masa 14 hari.
t.t.
BADIUS XXXXX XXX XXXX XXXXX
PRESIDEN
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
MALAYSIA
Tarikh : 25 .Julai 2012
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 4, 2013 at 13:23
by   Bullied
I found out that the Akta perlindungan pengguna (pindaan) 2010 come into force on 1 feb 2011. It affects cases filed after that date. So I will research in that area. I will try to ask a copy of this Acts from Tribunal. Also will ask if they can give me case law references that came up for Jud Review after Feb 2011 and related to this Amended Act.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 7, 2013 at 18:43
by   Editor
We'll be closing this thread. Please click here for continued discussion of Judicial Review of Consumer:
http://www.lawyerment.com.my/boards/article-Malaysia_Business_Consumer_Bankruptcy_Law-2635.htm
0 found this helpful
Helpful


« Previous   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.