Advertisement

Hutang kad kredit: Adakah penjawat awam boleh dilucutkan jawatan atau dikenakan tindakan tatatertib?

7763 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Sep 12, 2013 at 22:55
by   kersani
edited on May 18, 2016 at 07:28
 
Saya antara penjawat awam yang terbeban kerana kegagalan melunaskan installment kad kredit.

Sedikit aib tentang saya:

Saye memiliki 5 kredit kad dari 4 bank. Total outstanding hampir RM20,000. Kad sudah kena blok pun. Surat mahkamah dah berjela sampai. Debt collector harassment... Jangan cakap lah! Dengan baki gaji kurang RM1,200... tolak sewa rumah, instalment kereta, bil itu ini, susu lampin anak lagi... sudah tak tersusun dah urusan kewangan saya.

Saya maklum dengan debt collector harassment ini, saya tahu tentang tindakan tatatertib ke atas penjawat awam atas keberhutangan yang serius ini. Baru-baru ini, satu panggilan direct terus ke majikan saya, membuatkan saya dipanggil menghadap....panggilan dari pegawai penyiasat kes mahkamah Jalan Duta (katanya...) meminta saya menghubungi semula. Saya tiada kes-kes berat lain melainkan hal kredit ini sahaja.

Saya pula bersikap tidak mengendahkan panggilan dari orang yang bukan kenalan. Saya sudah mark nombor debt collectors ini. Saya tak nak stress kerana ini. Saya cuba bertahan dengan kerjaya yang saya jawat (guru). Saya sudah explain dengan jelas kepada majikan saya tentang polisi atau cara debt collector. Majikan pun sedia maklum tentang masalah kewangan saya.

Soalannya:

i) Saya ada 5 kad. Setiap kad RM4,000-RM5,000 outstanding. Total hampir RM20,000. Adahkah saya akan di fail bankrap dalam tempoh masa terdekat ini?

ii) Pihak majikan menyatakan andai kes saya sabit mahkamah dan denda melebihi RM2,000 saya akan dikenakan tindakan tatatertib atau dilucutkan jawatan (Pekeliling Penjawat Awam). Tergamam saya dengar. Betulkah? Anyone know? Please explain to me better.

iii) Adakah akaun gaji saya akan dibekukan atau dimaklumkan awal. Akaun gaji kena beku atas dasar bankrap kah, macam mana?

Memang saya berazam untuk melunaskan hutang kad kredit ini tetapi masih buntu. Ada agak dengar pasal plan EPP tetapi tak tau boleh apply kah tidak dengan keadaan 'nasi menjadi bubur' macam ini. Nama saya dijaja sehingga ke pegawai dari jabatan... sedihnya dengar. Entah betul kah atau pun sekadar ugutan.

Pohon jasa baik yang maklum hal ini kongsi-kongsikan kepada saya, kalau ada cadangan atau jalan keluar. Saya risaukan kerjaya...akaun gaji kena beku.....
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
23 Answers
 1   2   3   Next »  Last »

answered on Sep 13, 2013 at 21:09
by   emansapik
Hutang mestilah melebihi RM30,000.00 untuk membolehkan seseorang dibankrapkan. Undang-undang penjawat awam, saya tak pasti. Akaun bank tak akan dibekukan kalau tak bankrap. Cuba berhubung dengan pihak bank untuk penyelesaian secara ansuran (kalau dibenarkan). Atau hubungi AKPK.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2013 at 05:30
by   kersani
edited May 18, 2016 at 07:30
 
Terima kasih atas respon dari emansapik...

Mohon buah pendapat dari otai-otai lain......notalawyer....vkpc...1818....dan semua forumers...
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 18, 2013 at 13:58
by   vkpc
edited May 18, 2016 at 07:35
 
i) Saya ada 5 kad. Setiap kad RM4,000-RM5,000 outstanding. Total hampir RM20,000. Adahkah saya akan di fail bankrap dalam tempoh masa terdekat ini?
You tidak akan jadi bankrap sebab setiap amaun hutang kecil sahaja.

ii) Pihak majikan menyatakan andai kes saya sabit mahkamah dan denda melebihi RM2,000 saya akan dikenakan tindakan tatatertib atau dilucutkan jawatan (Pekeliling Penjawat Awam).
Pekeliling itu adalah untuk kes jenayah, bukan kes sivil. You bukan penjenayah. Kenapa takut? Kes sivil tak ada denda.

Adakah akaun gaji saya akan dibekukan atau dimaklumkan awal. Akaun gaji kena beku atas dasar bankrap kah, macam mana?
Biasanya akaun gaji jika bukan akaun Maybank (MBB), 99% tidak akan dibekukan. Jangan dengar pembohongan debt collector.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2013 at 01:12
by   kersani
edited May 18, 2016 at 07:42
 
Terima kasih sangat komen dari vkpc....

Info ini saya akan share kan kepada majikan saya. Majikan saya sudahpun dihubungi oleh debt collector ini dan dia termakan hasutan sedikit. Harap komen vkpc ni sahih... dan sangat melegakan saya...

p.s. Mujur saya tiada personal loan atau credit card dari MBB....akaun gaji pun guna  BIMB dan tak ada credit card dari BIMB.

vkpc, saya ada loan kereta tinggal RM7,000 dengan Public bank. Saya ada credit card dari bank itu. Saya maintain dengan installment kereta, cuma kantoi dengan credit card Public Bank RM4,000. Soalan... terkesan tak dengan kereta tersebut (penyitaan, auction, dan sebagainya). Mohon pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2013 at 01:36
by   vkpc
edited May 18, 2016 at 07:44
 
saya ada loan kereta tinggal RM7,000 dengan Public bank. Saya ada credit card dari bank itu. Saya maintain dengan installment kereta, cuma kantoi dengan credit card Public Bank RM4,000. Soalan... terkesan tak dengan kereta tersebut (penyitaan, auction, dan sebagainya).
Tak ada masaalah dengan akaun kereta selagi bayaran ansuran dibayar pada masanya.
Hanya MBB sahaja yang lazimnya kaitkan akaun-akaun yang berlainan.

Debt Collector suka cakap bohong sahaja. Jangan takut. Tak mampu bayar hutang bukan satu kesalahan.

Kalau mereka boleh bekukan akaun gaji you, kenapa kena panggil and ugut-ugut lagi kan?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2013 at 02:09
by   kersani
edited May 18, 2016 at 07:47
 
Masa saya habis banyak di forum ini berbanding dengan facebook....betul-betul banyak input berguna di sini.

Terima kasih vkpc.

Nak tanya lagi lah... berkenaan Limitation Act yang 6 tahun itu...

i) macam kes saya, saya berhenti bayar installment kad kredit setahun lebih rasa nya (bad financial). Kalau saya bertahan sehingga 6 tahun or more... betul kah bank akan berhenti saman? dan tak boleh saman... (mohon pencerahan)

ii) macam mana pula dengan rekod CCRIS & CTOS saya? macam mana nak bagi clear?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 20, 2013 at 13:20
by   kudrat
Awak ni sememangnya penghutang yang tidak boleh dipercayai, ape lagi nak clear senarai hitam?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2013 at 21:51
by   Queen
edited May 18, 2016 at 07:53
 
Bab majikan, ada pekeliling. (kehutangan yang serious). Tindakan yang boleh diambil oleh majikan adalah amaran dan juga tidak boleh lagi mengambil sebarang pinjaman peribadi. ie. ini kerana sebarang pinjaman yang akan dibuat kena melalui majikan (potongan Angkasa kan?)

Saya suspek awak akan diberikan satu tempoh (masa kena warning) untuk cuba menyelesaikan masalah awak. Mungkin 6 bulan hingga 1 tahun dan lapor balik kepada mereka.

Tapi kekadang bila dah jadi begini (dengan majikan), ia akan tersebar ke unit pengurusan sumber manusia dan awak terpaksa menerima beban malu, sekiranya dah jadi 'percakapan di opis'. Faham?

Cubalah selesai dgn pinjaman melalui sedara mara dulu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2013 at 22:39
by   faqs
edited May 18, 2016 at 07:54
 
Pinjaman peribadi still boleh buat asal ada yang sanggup memberi...ada certain koperasi yang still entertain untuk muflis for government servant.

Buah mulut orang memang la...tapi mulut orang ini lama lama senyap la...
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 27, 2013 at 22:44
by   Queen
edited May 18, 2016 at 07:56
 
@faqs

Tolong bagi tahu mana punya koperasi yang berikan pinjaman bagi yang muflis atau bankrap? Thank you.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.