Advertisement

Penjamin untuk pembelian kereta terpakai dari syarikat kredit dan ugutan untuk pembayaran hutang

2813 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Jun 11, 2012 at 16:35
by   suria
edited on Feb 25, 2018 at 03:25
 
Saya ada masalah yang sangat memeningkan kepala. Saya seorang surirumah, berusia 40 tahun. Lebih kurang 4 tahun lepas, saya telah menjadi penjamin kepada abang ipar untuk pembelian kereta terpakai dari Syarikat E** K*****. Saya menjadi penjamin setelah dipujuk oelh kakak saya, dan katanya hanya sebagai referal sahaja dan syarikat itu bukan bank, jadi takkan ada masalah jika terjadi apa-apa.. kerana kesiankan adik beradik dan bodoh, saya setuju..

Kemudian, dalam bulan Mei 2011, saya mula diganggu dengan panggilan minta hutang dan pelbagai ugutan. Rupanya abang ipar itu dah tak buat bayaran dan baki ada lagi dalam RM2700.. Syarikat itu ugut saya, kalau saya tak bayar akan diseret ke mahkamah didenda dan segala kos saya tanggung. Memang saya sangat takut kerana suami tida tahu saya jadi penjamin, dan saya pun memang tak ada duit untuk tolong bayar. Ugutan dan panggilan telefon berlanjutan sampai sekarang Jun 2012. Terkini, pagi tadi peguam syarikat itu call saya, kata yang hutang sudah jadi RM4700 dan rabu ini, 13 Jun 2012 ada sebutan kes di mahkamah dan saya dikehendaki datang pagi.. rasanya dia sebut Mahkamah Jalan Duta dan semua kos guaman saya tanggung. Tapi, takada pun apa apa surat dari peguam atau syarikat itu mengenai hal ini, cuma melalui telefon sahaja..

Kepada sesiapa sahaja yang budiman dan arif, diharap sudi memberi nasihat dan panduan untuk saya kerana hal ini sangat mengganggu fikiran saya. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
4 Answers

answered on Jun 11, 2012 at 17:39
by   vkpc
edited Feb 25, 2018 at 03:28
 
Baki hutang tidak berapa banyak dan boleh diselesaikan jika you beritahu suami you dan semua yang terlibat duduk berbincang.

Call balik "peguam" tersebut dan minta dia (dengan penuh sopan) fax kepada you dokumen saman di Mahkamah Jalan Duta. Mungkin dia bukan peguam tetapi debt collector sahaja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 26, 2012 at 18:57
by   guarantor
edited Feb 25, 2018 at 03:29
 
Saya ada pengalaman yang hampir serupa. Apa yang saya lakukan ialah bagi tahu pada syarikat itu di mana kereta itu dan suruh tarik dan lelong. Selesai masalah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2018 at 12:16
by   help me
edited Feb 25, 2018 at 03:30
 
Dah settlekah masalah tentang ni? Nak tahu jawapan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 5, 2018 at 20:46
by   kiki
edited Feb 25, 2018 at 03:30
 
Dah settlekah masalah tentang ni? Nak tahu jawapan.
Apa masaalah kamu..?
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.