Advertisement

Defense against bank

485 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Mar 2, 2012 at 16:28
by   steven
Hi notalawyer,

Do I file my defense and file my Appeal to High Court together ?

Here is my defense.

Dalam Mahkamah Majistret Di Kuala Lumpur
Dalam Wilayah  Persekutuan Malaysia
Saman No : 72-xxxxx-xx/2011

ABC  Bank Bhd ……………………………………………………. Plaintif
XXXXXXXXXXXX (NRIC) …………………………. ……………….Defendan

PEMBELAAN  
Pembelaan Am
1. Tentang Perenggan 3—5, 7,  oleh kerana defendan tidak menerima dan tidak menandatangani dokumen  Surat Perjanjian Pinjaman Terma dengan nombor akaun XXXXXXXXXXX, defendan belum boleh menjawab tuntutan-tuntutan ini sehingga mendapat salinan dukumen tersebut.

2. Tentang Perenggan 6(a)—6(e), setelah defendan dibenarkan memasuki program AKPK, defendan tidak  pernah menerima Penyata-penyata  Akuan Bulanan Pinjaman Terma yang menunjukkan baki hutang dan faedah-faedah yang di cajkan oleh pihak plaintif, oleh yang demikian defendan juga belum boleh menjawab tuntutan-tuntutan ini sehingga mendapat salinan Penyata-penyata Akuan Bulanan semasa defendan dalam program AKPK

Pembelaan Tertentu
3. Tentang Perenggan 6(a)—6(e), semasa defendan dalam program AKPK,  defendan difahamkan oleh pegawai AKPK bahawa faedah yang dikenakan adalah 10% setahun keatas BAKI  pinjaman berterma sahaja,  pihak plaintif tidak boleh mencaj 1% faedah lewat bayaran , 1% faedah keingkaran bayaran dan  5% minima caj .  Oleh yang demikian,  plaintif telah melakukan kesalahan dalam kiraan faedah-faedah dan melanggar peraturan-peraturan AKPK dalam kiraan faedah-faedah tersebut.

4. Defendan menuntut kos pembelaan tindakan ini   

                                      
   
                                                                                         ------------------------------------------

Pembelaan ini telah difailkan oleh
Defendan yang berlamat di ________________
___________________________________________
___________________________________________
Pada tarikh _______________________________
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
51 Answers