Advertisement

Waran Sita Barangan Mudah Alih (WSS)

12028 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Jan 10, 2012 at 16:42
by   MatMotor
edited on Feb 20, 2018 at 02:37
 
Hari ini isteri saya menerima SMS berikut: ( ini menyebabkan kami sekeluarga terlalu risau )

EN. FAUZAN BIN ABD JALIL, I/C NO XXXXXX-20-2131, SATU TINDAKAN WARAN SITA  BARANGAN MUDAH ALIH DI DALAM RUMAH (WSS) AKAN D KELUARKAN DAN D JLNKAN DI ALMT BERDAFTAR NO.XX, LORONG XX SECTION XX PJ PD 10 JAN 2012 JAM 3 PM. DI ATAS KEGAGALAN ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN TUNGGAKAN MBF KAD AMBANK. SILA HUBUNGI PN ZAHARAH 010 5073920 UTK PERTANYAAN... KRN PEGAWAI KAMI SUDAH BERADA D IPD BERDEKATAN UTK PENDAFTARAN WARAN

Apa patutu saya buat? Pernahkah sesiapa melalui kes macam ni...barang dalam rumah kena lelong?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
12 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Jan 10, 2012 at 18:07
by   faqs
edited Apr 25, 2016 at 22:47
 
Itu cuma debt collector... abaikan. Adakah pihak mahkamah nak bagi SMS? Bukan diorang bagi surat terus? Jangan tertipu. SMS balik Minah itu. Bagi tahu dia jangan nak tipu. Sekaran saya buat report / polis nak? Awak nak cuba scam saya kan? Hahah.. kasih dia takut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 10, 2012 at 21:21
by   MATMOTOR
Terima kasih di atas jawapan anda. Alamat rumah pun tak betul. Dah lama dah pindah. Dah agak dah ni mesti Debt Collector. The debt incur in 2004, means that Statue Limitation can be use.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 19, 2015 at 15:40
by   Sikaki Hutang
edited Apr 25, 2016 at 23:06
 
Kalau dapat SMS itu bayar sahaja lah. Selalunya SMS yang dapat kebanyakan hutang tertunggak lebih 3 bulan. Memang lah diorang agent, tapi diorang dilantik pihak bank.

Punca-punca syarat-syarat nak buat loan jadi ketat sekarang ini ialah ada peminjam yang reti berhutang tapi tak reti nak bayar. Bila dapat SMS macam itu or ada orang datang nak sita barang mula lah mengamuk bagai, tak malu kah? Padahal yang berhutang siapa?

Aku kerja repo sudah macam-macam orang dah jumpa.

Moral of the story: Sila lah jadi orang yang bertanggungjawab dalam berhutang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 19, 2015 at 19:07
by   binawelu
edited Apr 25, 2016 at 23:10
 
@Sikaki Hutang

You buat keje repo ini pun hasil dari orang orang malang yang tidak dapat bayar hutang.

Kalau tidak ada orang orang yang malang dan tidak berpengatahuan dalam undang undang ini, saya ingat you pun akan jadi lebih malang dari mereka. Mungkin you peminta sedekah.

Orang orang malang ini tidak kisah kalau betul-betul ikut saluran undang undang.
Berapa ramai sudah bankrap, you tak tahu kah?

Tapi you, you tidak dapat court order tapi dalam SMS, you tipu cakap dapat court order.

Moral of story: Saya tengok you orang betul-betul enjoy  mengugut dan mendapat income dari kesusahan orang-orang yang di timpa malang.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 25, 2016 at 15:29
by   Pembaca tegar
edited Apr 25, 2016 at 22:58
 
Menipu walaupun untuk mengutip hutang itu kan berdosa..matlamat tak menghalalkan cara..biarlah bekerja tu dengan cara yang betul supaya rezeki kita halal...kelak di akhirat akan disoal.

Sebagai penghutang pula...perlu ada kesedaran sendiri apabila sudah berhutang..jelaskanlah walaupun secara ansuran..tuhan lihat effort kita untuk jelaskan hutang itu sebab macam mana nanti jika ajal kita dijemput awal tanpa sempat kita jelaskan sikit pun hutang-hutang itu...roh kita itu...duduk mana nanti?

Simple...jika tak mampu jangan berhutang...biar miskin asalkan hidup tenang tanpa diganggu si pengutip hutang. Sekian.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 26, 2016 at 00:16
by   kiki
Pembaca tegar,

Posting kamu itu sesuai di pos dalam laman facebook kamu.

Di sini, forumers berbincang dan memberi pencerahan atau jalan keluar kepada mangsa atau kes kes yang sudah terjadi dari segi undang undang yang berkaitan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 24, 2017 at 20:05
by   dikacau
edited Feb 27, 2017 at 04:47
 
Saya pun dah hutang lebih daripada 2 tahun, pernah ada pengutip hutang datang ke rumah I (masa tu I tak di rumah), bila bini cakap orang ni tak de kat rumah, orang tu bagi satu kad suruh call balik.

Itulah yang bikin risau, kalau jiran-jiran terdengar dan tahu I hutang 'buruk' atau nampak memang saya malu kan.

I nak tanya selain daripada call, datang rumah, what else pengutip hutang tu pernah buat?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 3, 2017 at 19:43
by   imran petai
edited Apr 10, 2017 at 06:29
 
Kepada yang berhutang, baik selesaikan HUTANG kamu itu. Semaklah bila orang cuba minta buat bayaran secara elok-elok tetapi tidak beri kerjasama seperti diamkan diri, matikan phone, bagi anak jawap panggilan dan selalu berjanji sahaja. Bila dah terima panggilan dari makamah dan SMS baru nak bertindak macam bagus nak buat report polis atau panggil lawyer. Itu menyusahkan orang jadi hutung harus dibayar.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 4, 2017 at 01:54
by   mike
bila dah terima panggilan dari makamah 
Mahkamah tidak buat panggilan atau sms kepada orang yang berhutang.

..baru la nak bertindak macam bagus nak buat report polis la panggil lawyer la.. 
Jika ada orang menyamar sebagai lawyer atau atau kakitangan mahkamah atau kakitangan bank harus lah di laporkan kepada polis.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 18, 2017 at 15:02
by   FIEL23
edited May 2, 2017 at 08:27
 
Apa yang korang cakap memang betul. Yes, Mahkamah memang tak buat call. Tapi tertakluk dari kes Akta Penghutangan 1957 [Akta 266], yang mana peminjam bersetuju untuk penyitaan dan lelongan sekiranya pihak peminjam gagal untuk pembayaran tersebut.

Jadi jangan salahkan 100% dekat debt collector tersebut dan jangan salahkan peminjam tersebut.

Peminjam pun kalau nak pindah inform lah dekat bank dan jika ada problem why not korang pergi dekat bank tersebut dan discuss. Bila dah kena kacau apa semua korang bising. Setengah peminjam cakap benda itu dari debt collector, ya, memang betul tapi kadang-kadang korang abaikan, tapi korang tak tahu yang benda itu boleh jadi betul.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.