Advertisement

Saman Malu: SMS sebagai bukti ugutan

3342 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Dec 18, 2011 at 23:32
by   sitiami
edited on Feb 14, 2017 at 07:44
 
Saya telah mengirim SMS kepada pengguna kereta milik saya yang disambung bayar supaya memulangkan semula kereta yang digunakan kepada saya. Saya meminta pemulangan itu kerana pengguna kereta ini gagal melunaskan pembayaran mengikut jadual ansuran oleh bank. Hal ini menyebabkan saya gagal membuat pinjaman daripada bank kerana saya ada rekod pembayaran kereta yang tertunggak-tunggak. Saya juga mengetahui kereta saya itu dipandu oleh pengguna tersebut tanpa roadtax dan insuran. Keadaan kereta saya itu memang banyak kerosakkan tetapi saya tidak menuntut apa-apa bayaran kerosakkan kereta. Malah saya akan menjelaskan roadtax dan insuran serta tunggakkan kereta tersebut. Tindakan saya mengirim SMS itu telah didakwa oleh pengguna kereta itu sebagai ancaman berbau ugutan dan menggangu kententeraman jiwanya. Dia telah mendapatkan pengesahan doktor akan hal ini. Pertanyaan saya ialah boleh kah SMS itu dijadikan bahan bukti ugutan dan pengguna itu boleh menfailkan saman malu tersebut.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
13 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Feb 22, 2018 at 16:34
by   Nurul
edited Mar 12, 2018 at 02:11
 
Saya telah tak sengaja menghantar status mengutuk seseorang dan telah menyebut namanya. Sumpah saya tidak sengaja dan saya telah diugut untuk membayar saman sebanyak RM50,000. Saya tidak berkemampuan. Apakah yang patut saya lakukan?
0 found this helpful
Helpful

answered on May 3, 2018 at 22:47
by   Kana
edited May 6, 2018 at 18:46
 
Kalau orang itu ugut saya kata keluarkan gambar saya dan edit... Apa tindakan akan pihak polis ambil? Boleh saya buat report untuk safety saya... bukan report atas orang itu!
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 4, 2018 at 18:05
by   Hazwani
edited Jul 10, 2018 at 04:55
 
Nak tanya kalau orang itu ugut saya macam dia kata 'kalau awak report polis, saya akan buat saman malu' adakah itu ugutan atau bukan? Kalau ia ugutan bolehkah saya menyamannya semula.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.