Advertisement

Saman Malu: SMS sebagai bukti ugutan

2042 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Dec 18, 2011 at 23:32
by   sitiami
edited on Feb 14, 2017 at 07:44
 
Saya telah mengirim SMS kepada pengguna kereta milik saya yang disambung bayar supaya memulangkan semula kereta yang digunakan kepada saya. Saya meminta pemulangan itu kerana pengguna kereta ini gagal melunaskan pembayaran mengikut jadual ansuran oleh bank. Hal ini menyebabkan saya gagal membuat pinjaman daripada bank kerana saya ada rekod pembayaran kereta yang tertunggak-tunggak. Saya juga mengetahui kereta saya itu dipandu oleh pengguna tersebut tanpa roadtax dan insuran. Keadaan kereta saya itu memang banyak kerosakkan tetapi saya tidak menuntut apa-apa bayaran kerosakkan kereta. Malah saya akan menjelaskan roadtax dan insuran serta tunggakkan kereta tersebut. Tindakan saya mengirim SMS itu telah didakwa oleh pengguna kereta itu sebagai ancaman berbau ugutan dan menggangu kententeraman jiwanya. Dia telah mendapatkan pengesahan doktor akan hal ini. Pertanyaan saya ialah boleh kah SMS itu dijadikan bahan bukti ugutan dan pengguna itu boleh menfailkan saman malu tersebut.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
12 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Dec 19, 2011 at 03:50
by   notalawyer
edited Feb 14, 2017 at 07:45
 
Ugutan dan fitnah adalah amat berbeza. Ugutan adalah sejenis perbuatan jenayah, manakala fitnah hanya kes sivil yang boleh membawa saman malu.

Tidak ada kes untuk saman malu kerana SMS anda tidak disebarkan.

Adanya kes ugutan tergantung kepada perkataan-perkataaan yang terkandung di dalam SMS tersebut.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 20, 2011 at 18:55
by   sitiami
edited Feb 15, 2017 at 04:02
 
Dalam SMS saya menyatakan hal
1. "saya tak mahu berususan dengan orang macam awak lagi"
2. "kalau awak tak nak susah, orang bank akan ambil kereta pada bila-bila masa, awak boleh pulangkan kereta kepada saya"..
3. "kalau awak tak nak pulangkan kereta saya report polis"

Macam itu lah SMS saya. Saya sangat bimbang kalau-kalau tindakan saya ini salah. Pengguna tersebut pula berkerja dengan firma guaman dan menyatakan akan mendakwa saya daripada SMS tersebut. Saya nampak macam bodoh sebab tak tahu hal-hal yang boleh disabitkan bersalah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 20, 2011 at 19:08
by   notalawyer
edited Feb 15, 2017 at 04:03
 
Dari perkataan-perkataan dalam SMS, nampak macam tak ada kes ugutan.

Juga tidak ada kes untuk saman malu kerana SMS anda tidak disebarkan.

Kenapa masih bimbang dan takut?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 20, 2011 at 22:39
by   sitiami
edited Feb 15, 2017 at 04:03
 
Terima kasih atas reply... lega!
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 21, 2011 at 15:44
by   McGarrett
edited Feb 15, 2017 at 04:03
 
Patutnya kau suruh sahaja bank tarik tanpa banyak soal... bagi orang yang ambil kereta kau sama dengan bank dan tukang tarik.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 22, 2011 at 20:52
by   natalie
edited Feb 15, 2017 at 04:02
 
Saman malu hanya boleh difailkan jika dia boleh buktikan kata-kata anda menyebabkan reputasi dia terjejas pada orang-orang yang mengenali dia at least. Dengan menghantar SMS pada dia dan hanya dia sahaja yang baca SMS itu, mustahil dia bleh menang andai dia nak teruskan saman malu. So, puan..jangan risau.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 29, 2011 at 21:16
by   sitiami
edited Feb 15, 2017 at 04:02
 
Yup!... Betul! Terima kasih. Tapi saya masih bimbang lagi. Ya lah... sekarang sesiapa pun boleh buat apa-apa saja asalkan menguntungkan walaupun perkara-perkara yang tak masuk akal. Kalau dia buat laporan polis yang saya menipu boleh tak?
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 29, 2011 at 21:56
by   natalie
edited Feb 15, 2017 at 04:03
 
Kalau dia nak report polis, of course lah pintu balai polis sentiasa terbuka tapi apa yang boleh dibuat pun? Polis nak tangkap puan? masuk jail? Atas alasan apa? Cool, rilex...
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 8, 2017 at 03:19
by   shah jehan
edited Feb 15, 2017 at 04:06
 
Saya nak tanya.. kejadian salah faham berlaku di tempat kerja dan si A telah menyerang si B namun si B tidak dapat defend diri nya kerana tidak mahu bergaduh. Tetapi si B terlalu marah dan upload status tidak mahu memaafkan si A dan mencerita kan dia jadi mangsa kekerasan. Setelah beberapa jam, si B sedar dan padam status berkenaan dan buat seperti biasa. Namun si A dapat tahu melalui kawan yg si B ada tulis sesuatu dalam Facebook. Dan si A nak saman malu dengan status tu.

Soalan:
Boleh ke dia saman sebab status telah padam dan tiada langsung disebut nama si A? Dan kemarahan yang diluah kan adalah benar dan tidak memaafkan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 3, 2017 at 00:46
by   Muna
edited Mar 12, 2018 at 02:10
 
Saya ada satu pertanyaan juga mengenai saman malu, yang mana saya difitnah melakukan perbuatan yang tidak pernah saya lakukan. Dan perkara tersebut dinyatakan melalui Whatsapp kepada orang lain. Saya mengetahui perkara tersebut melalui orang yang menerima Whatsapp tersebut. Adakah saya dapat memfailkan saman malu? Sekarang saya cuma perlukan jawapan yang boleh membantu saya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang memfitnah saya. Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.