Advertisement

Penjamin MARA Teraniaya

3344 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Sep 3, 2011 at 16:08
by   Anonymous
edited on Dec 11, 2017 at 09:50
 
Salam Satu Malaysia,

Saya merupakan penjamin pinjaman pendidikan MARA bermula tahun 2007. Tetapi peminjam enggan membayar. Saya sebagai penjamin rasa teraniaya kerana pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) lebih menyalahkan pihak penjamin daripada peminjam. Sedangkan peminjam 'contactable', tambahan pula beliau telah mempunyai pendapatan tetap serta telah memiliki rumah, kereta dan keluarga. Persoalannya, mengapa pihak MARA tidak melindungi hak saya sebagai penjamin?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
8 Answers

answered on Sep 3, 2011 at 20:54
by   vkpc
edited Dec 11, 2017 at 09:51
 
Adakah MARA cuba membankrapkan you?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 8, 2011 at 16:35
by   Penjamin MARA
Setakat ini  tindakan pihak MARA tidak menuju ke arah itu.
Tetapi saya sebagai penjamin merasa tertekan kerana pihak MARA tidak bersungguh untuk meminta peminjam untuk membayar sedangkan peminjam bekerja tetap. Saya sendiri yang terpaksa berjumpa penjamin untuk minta bayar balik melalui EPF atau potongan gaji.
Jika peminjam tidak membayar, saya sebagai penjamin perlu bertanggungjawab.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 8, 2011 at 16:49
by   vkpc
Saya sendiri yang terpaksa berjumpa penjamin untuk minta bayar balik melalui EPF atau potongan gaji.
Lepas tu, apa yang dia cakap?

Jika peminjam tidak membayar, saya sebagai penjamin perlu bertanggungjawab.
Betul-lah, kan u yang janji akan bayar jika peminjam tak mahu bayar bila u tandatangan sebagai penjamin.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2011 at 14:57
by   Penjamin MARA
Saya merasa teraniaya, kenapa tidak dikenakan kepada pihak peminjam?
Berkenaan dengan EPF, peminjam tidak mahu membuat potongan EPF kerana akan membuat bayaran tetapi peminjam tidak membuat bayaran langsung.
Saya telah di balcklisted kerana masalah ini.

kalau betul saya sebagai penjamin akan bertanggungjawab, kenapa tidak mengambul tindakan pemotongan gaji kepada peminjam, kerana peminjam mampu dalam semua hal kewangan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 19, 2011 at 17:07
by   vkpc
Berkenaan dengan EPF, peminjam tidak mahu membuat potongan EPF kerana akan membuat bayaran tetapi peminjam tidak membuat bayaran langsung.
EPF tak benarkan wang dikeluarkan untuk membayar hutang pendidikan. Hanya pinjaman rumah sahaja yang boleh.

kenapa tidak mengambul tindakan pemotongan gaji kepada peminjam, kerana peminjam mampu dalam semua hal kewangan.
Kerapkali jika MARA mengambil tindakan pemotongan gaji kepada peminjam, peminjam akan tukar pekerjaan atau pun berhenti bekerja. Ini-lah yang sebab mereka tak suka jalan ini.

Kenapa u tak mahu tolong bayar, kan peminjam adalah saudara-mara u sendiri.
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 29, 2017 at 16:34
by   Pencari Jawapan
edited Dec 11, 2017 at 09:53
 
Kenapa u tak mahu tolong bayar, kan peminjam adalah saudara-mara u sendiri.

Apa punya jawapan macam ini? Yang bertanya itu sebab dah habis cara atau kaedah untuk pastikan peminjam yang SENANG LENANG tak bayar pinjaman.... Bagi lah jawapan, panduan atau cara.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 8, 2017 at 17:39
by   mike
edited Dec 11, 2017 at 09:53
 
Apa punya jawapan macam ini?
Haha.. Ini pun satu jawapan bernas juga..

Anyway.. Penjamin social adalah di kecualikan dari tindakan kebankrapan.
1 found this helpful
Helpful

answered on Jul 3, 2018 at 10:34
by   Ijal
edited Jul 10, 2018 at 04:58
 
Sedih dapat jawapan macam ini... tak membantu langsung
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.