Advertisement

Skeleton Submission

744 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Jul 7, 2011 at 17:58
by   bert1969
Okay My friend, assumming that I encounter Scenario 3 or 4 which is to proceed with hearing without them having the reply affidavit, I believe I'll have to get prepared for this whether I like or not.

I guess I'll have to and I'm prepared for it equip with your guidance and assistance for a Skeleton Submission (Rangka Hujahan). I really need your on this. We have come this far and I really look forward in winning this one preferably by tomorrow.

Supposingly we proceed with the hearing, here's my draft version of Skeleton Submission.

RANGKA HUJAHAN DEFENDAN
(menentang permohonan plaintif untuk lanjutan masa perlaksanaan)

Puan, pihak defendan memohon agar permohonan plaintif hari ini ditolak kerana semua alasan yang telah diberikan oleh pihak plaintif adalah tidak munasabah dan tidak boleh diterima.

1. Pihak defendan membantah sama sekali kesemua alasan yang telah diberikan oleh plaintif di dalam Afidavit Sokongan Plaintif kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh plaintif tidak ada kaitan langsung ataupun kena-mengena dengan defendan.

2. Pihak plaintif juga mendakwa bahawa kelewatan ini adalah disebabkan “pihak defendan pada awalnya telah cuba menyelesaikan tuntutan tersebut dengan membuat beberapa kali pembayaran selepas penghakiman direkodkan” .

3. Alasan ini juga tidak boleh diterima kerana tiada sebarang bukti yang bertulis menyatakan pihak defendan telah meminta agar proses perlaksanaan ditangguhkan walaupun beberapa kali pembayaran telah dilakukan. Walaupun pihak defendan pernah membuat pembayaran, namun kelazimannya pihak plaintiff sepertimana dipraktikkan oleh semua institusi-institusi kewangan lain, segala pembayaran yang diterima daripada defendan adalah diterima secara “ tanpa prasangka” (“Without Prejudice”) dan dengan itu plaintif masih lagi boleh meneruskan proses perlaksanaan penghakiman sehinggalah segala jumlah hutang dijelaskan.

4. Menurut Afidavit Sokongan Plaintif, plaintif tidak dapat melaksanakan penghakiman pada jangkamasa yang ditetapkan disebabkan oleh “terdapatnya proses penggabungan di antara Arab-Malaysian Finance Berhad dengan MBf Finance Berhad” dan seterusnya insiden yang disebut dalam perenggan 9 yang juga berkaitan dengan proses penggabungan bukanlah merupakan alasan yang harus diterima oleh mahkamah.

5. Ini adalah kerana sepanjang proses penggabungan diantara dua institusi kewangan ini, tidak ada apa-apa halangan mahkamah, halangan undang-undang ataupun halangan pentadbiran ke atas pelaksanaan penghakiman tersebut sepanjang proses penggabungan bank-bank. Oleh yang demikian, plaintif masih lagi dapat melaksanakan tindakan penghakiman seperti biasa tanpa sebarang masalah sepertimana yang telah dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan lain di Malaysia yang juga pernah terlibat dalam proses penggabungan.

6. Proses penggabungan tidak ada kena-mengena dengan defendan. Segala "penangguhan perlaksanaan" yang dihadapi oleh plaintif hanyalah dalam minda plaintif sahaja.

7. Secara lojiknya, mungkinkah segala proses perlaksanakan penghakiman dan juga proses pungutan kredit oleh jabatan pungutan kredit akan terus tergendala sepanjang jangkamasa penggabungan ini? Secara lojiknya, ianya “TIDAK” kerana segala operasi perbankan tetap akan berjalan lancar seperti biasa, termasuk segala proses perlaksanakan penghakiman dan pungutan kredit sepanjangan proses pengabungan.

8. Pihak plaintif juga menyatakan bahawa sepanjang proses penggabungan ini, “para pegawainya hanyalah sibuk terlibat dalam proses pertukaran sistem pentadbiran dan pengurusan” dan oleh itu tidak dapat melaksanakan penghakiman.

9. Ini adalah merupakan suatu alasan yang tidak munasabah sama sekali dan tidak boleh diterima kerana pada hakikatnya, pihak plaintif adalah merupakan suatu institusi kewangan yang besar dimana ianya mempunyai rangkaian sumber manusia yg sistematik, merangkumi ramai individu dan pegawai pegawai yang tertentu dalam  tugasan harian masing masing. Mereka yang terlibat dalam proses pertukaran sistem pentadbiran dan pengurusan adalah kebanyakannya terdiri daripada pegawai pegawai atasan serta pegawai pegawai telah dikenalpasti khas untuk melaksanakan proses pengabungan manakala pegawai pegawai di jabatan pungutan kredit sebagai contohnya masih lagi menjalankan tugasan hariannya seperti biasa. Justeru itu, alasan ini mesti ditolak.

10. Alasan-alasan yang boleh diterima oleh Mahkamah mestilah mengandungi unsur-unsur kejutan ataupun unsur-unsur kemalangan.

11. Pihak Plaintif juga gagal menyebut dalam afidavitnya berapa lama masa tertangguh disebabkan oleh proses penggabungan bank-bank.

12. Jika plaintif benar-benar serius untuk melaksanakan penghakiman, plaintif sepatutnya membuat permohonan untuk lanjutan masa selepas 6 atau 7 tahun, bukannya selepas 11 tahun seperti sekarang. Jika semua alasan plaintif yang disebut diterima dan diambilkira oleh Mahkamah, jumlah masa dari semua alasan juga tidak sampai ke tahun ke-11 (sebelas).

13. Mengenai perenggan 13, Afidavit Sokongan Plaintif, pihak defendan sekali membantah kerana Pihak plaintif telah mendakwa bahawa pihak defendan “tidak pernah mencuba untuk menjelaskan baki yang masih terhutang tersebut” tetapi jelas sekali ianya telahpun bercanggah dengan dakwaan plaintif yang menyatakan pihak defendan pernah cuba menyelesaikan tuntutan tersebut dengan membuat beberapa kali pembayaran selepas penghakiman direkodkan seperti yang disebutkan di dalam perenggan  6,  Afidavit Sokongan Plaintif. Tingkah laku plaintif dengan memberikan hujah yang bercanggah ini adalah semata mata cuba memutar belitkan kenyataan dan pendekata tidak hormat kepada pihak mahkamah yang mulia ini.

14. Dengan itu, adakah kelewatan melaksanakan penghakiman boleh dibenarkan berdasarkan alasan alasan sebegini?

15. Jika permohonan ini dibenarkan, ianya akan membuka pintu kepada semua jenis alasan yang tidak munasabah.  Hak-hak defendan akan terprejudis jika permohonan ini dibenarkan.

16. Kesimpulannya, plaintif tidak ada sebarang alasan yang boleh diterima oleh Mahkamah. Akibatnya Plaintif telah banyak membazirkan masa mahkamah dan pihak defendan dengan sia-sia.

17. Dengan ini pihak defendan meminta agar permohonan ini ditolak dengan kos RM500 kepada defendan.

Please help me out with this and tweak the contents as you feel necessary.

Thank you very much.

(I will call the Male lawyer again shortly and find out more. Will get back to you with some feedbacks)
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
38 Answers
 1   2   3   4   Next »  Last »

answered on Jul 7, 2011 at 18:31
by   bert1969
Friend,

Juz now you mentioned that maybe they are planning to have a "surprise attack" or Serang Hendap. What do you think they normally do in this case?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 19:23
by   bert1969
Juz called up the legal firm, I requested them to email the Reply Affidavit to me. Now awaiting....

I have a feeling things are getting slightly tricky now.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 19:29
by   bert1969
They just received the Afidavit from the Bank as claimed earlier and will only filed it tomorrow.

The clerk in charge also dare not email to me now and need permission/instruction from the lawyer in charge. The lawyer hasn't checked into the office yet/still out for lunch.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 19:45
by   notalawyer
Your new skeleton is getting better by the minute, but still can be improved.
I will improve it by tonight.  Do you have a printer at home to print it out tonight?

Funny, If the law firm have received the affidavit, they should rush to file it today.
Why file it tomorrow? They are asking for trouble from the judge.

If they file tomorrow, maybe we should ask the court to reject the affidavit.
Normally I don't like to do this, (complain about technical issues) but they are getting too sneaky.

I was just joking about the surprise attack, don't worry we have everything under control.

There another guy who needs you advice in the other thread.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 19:57
by   notalawyer
You may want to purchase the rules book

Subordinate Court Rules 1980 (English version)
Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980 (Malay version)

from any bookstore like MPH, Popular or Borders if you have budget for tomorrow's big fight.
About RM 30 each.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 20:02
by   bert1969
Thank you for yr prompt reply my friend. Also thank you so much for helping me improving my Skeleton Submission.

Yeah, I totally agree with you that they might be up to something "No Good" bcoz the last time I checked, the lawyer wasn't in yet and the clerk said they also can't contact him. Normally at this time, he is already in the office according to the clerk. I tried to call his handphone twice but didn't pick up. I juz leave a message requesting him to return my call. (But I doubt he'll call, anyway doesn't matter).
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 21:27
by   notalawyer
Now already more than 4pm.
Any news from the law firm clerk?
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 21:36
by   bert1969
Guess what?

Now, everyone including the clerk is missing. The lawyer also don't wanna pick up my calls or return my calls. I wonder why?

What games they are trying to play??
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 21:40
by   notalawyer
Never mind. We now have to assume that there is no affidavit.
If an affidavit happens to magically appear, we will postpone to another day.

It is possible that they may withdraw or be totally absent tomorrow.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2011 at 22:02
by   notalawyer
Skeleton Submission for scenario where hearing proceed without bank affidavit, or new affidavit is rejected by court or bank lawyer is absent.
If the affidavit is filed, you should postpone to fight another day.  Do not rush into it tomorrow.
Read only the Hujahan and Kesimpulan parts aloud at the hearing.
After you win, you can also use parts of the Withdrawal Argument Sheet to ask for higher costs.
Don't forget to ask the judge to fix the costs amount as soon as (within 3 seconds) she pronounces that the application is "ditolak".

RANGKA HUJAHAN DEFENDAN
(menentang permohonan plaintif untuk lanjutan masa perlaksanaan)

Dengan izin Puan Hakim,

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIRUJUK
a) Notis Permohonan
b) Afidavit Sokongan Plaintif
c) Afidavit Jawapan Defendan

KRONOLOGI DAN FAKTA KES
a) Plaintif memperolehi Penghakiman Ingkar terhadap defendan pada DD/MM/YYYY
b) Pada DD/MM/YYYY plaintif memfailkan Notis Permohonan untuk lanjutan masa perlaksanaan
c) Defendan memfailkan Afidavit Jawapan pada DD/MM/YYYY
d) Plaintif tidak menjawab afidavit defendan meskipun diberi masa 5 minggu (35 hari)

HUJAHAN

1. Merujuk kepada Afidavit Jawapan Defendan, pihak defendan telah berjaya menjawab setiap alasan yang dibangkitkan oleh pihak plaintif dan telahpun menunjukkan dengan jelas mengapa alasan-alasan tersebut tidak boleh diterima oleh Mahkamah.

2. Perenggan-perenggan 3 hingga 11 Afidavit Jawapan Defendan semuanya mengandungi kenyataan-kenyataan dan fakta bernas yang tidak dijawab oleh plaintif walaupun dicabar dengan jelas oleh pihak defendan.

3. Memandangkan plaintif sudah tiada jawapan kepada Afidavit Defendan, plaintif mestilah diambilkira sebagai mengakui kebenaran semua kenyataan-kenyataan dalam Afidavit tersebut.

KESIMPULAN
4. Aturan 31 Kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980 membenarkan seseorang yang memperolehi penghakiman masa 6 tahun untuk melaksanakan penghakiman tersebut. Jika Mahkamah membenarkan lanjutan masa perlaksanaan hanya dengan alasan-alasan yang tidak munasabah,ia akan meremehkan tujuan sebenar had masa yang ditetapkan oleh Aturan 31 Kaedah 2.

5.  Penghakiman yang diperolehi oleh Plaintif adalah seumpama sebilah pisau besar yang tergantung di atas Defendan. Defendan berhak mendapat relief dari pisau tersebut selepas 6 tahun mengikut undang-undang, kecuali jika plaintif ada alasan yang boleh diterima mengapa mereka tidak dapat menunaikan hak mereka dalam had masa yang ditetapkan.

6. Dengan ini, pihak defendan meminta permohonan ini ditolak degan kos RM 500.

..........
Defendan
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.