Advertisement

Keraguan dlm proses lelongan rumah

484 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Sep 30, 2015 at 07:47
by   Mr B
Selamat sejahtera saya ingin tanya tindakan bank melelong rumah saya.
Untuk makluman pihak tuan...saya kehilangan kerja pada selama setahun dan hanya bermula kerja pada bulan Mac 2015...Pada 14 April 2015.Pada 14 April 2015, Pn.N daripada Mbank telah menelefon saya dan mengatakan bahawa rumah saya akan dilelong pada 21 April 2015...Saya telah memaklumkan kepada beliau bahawa saya telah baru bekerja dan memberitahu tentang bayaran yang saya boleh buat untuk menyelesaikan hutang saya...beliau meminta saya untuk menyelesaikan sebanyak 20K dalam masa seminggu..saya meminta beliau memberikan cadangan lain tetapi tidak dipedulikan..sebaliknya beliau memberitahu saya masih perlu membayar sebanyak 20K lagi setelah rumah saya dilelong..Kenapa pihak bank juga tidak menefon saya hampir beberapa bulan untuk menyemak bayaran saya...
setelah lelongan tanpa ada perintah mahkamah..rumah saya telah dipecah masuk sebanyak empat kali ketika saya keluar kerja..dan sekarang pintu rumah saya dipecahkan dan grill rumah diwelding tanpa ada notis untuk saya keluar dari rumah.meter elektrik dan air juga telah dipotong..untuk makluman tarikh 120 hari selepas tarikh lelongan adalah pada 19 ogos 2015.
Sepatutnya bank memberikan statement kepada saya selepas 14 dari dari tarikh penjelasan baki pembayaran oleh penawar yang berjaya...namun sampai sekarang saya tidak menerima sebarang surat daripada pihak bank...ada seorang cina menelefon saya dan mengertak saya akan mencampakkan semua barang saya jika saya tidak keluar dengan segera kerana dia hendak renovate rumah tersebut..pada 21 September 2015.
Adakah wajar tindakan pihak bank ini?untuk makluman tarikh 120 hari selepas tarikh lelongan adalah pada 19 ogos 2015.saya juga dapat maklumkan drp bank bahawa penawar tlh bayar baki bayaran pada 19 ogos guna cheque..consider diterima ke?Dan bole ke bank bagi no.tel saya kpd bidder
Mohon penjelasan
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Oct 1, 2015 at 21:48
by   rayna
cagaran rumah melalui memorandum of charge atau deed of assignment?
kalau memorandum of charge, ada terima sebarang notis dari mahkamah?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 2, 2015 at 04:22
by   vkpc
rumah saya telah dipecah masuk sebanyak empat kali ketika saya keluar kerja..dan sekarang pintu rumah saya dipecahkan dan grill rumah diwelding tanpa ada notis untuk saya keluar dari rumah.meter elektrik dan air juga telah dipotong..untuk makluman tarikh 120 hari selepas tarikh lelongan adalah pada 19 ogos 2015.
Siapa yang buat semua ini?

Jika Tuan berdegil tidak mahu pindah, pemilik rumah yang baru tidak boleh buat apa-apa.
Pihak polis pun tidak akan campur tangan.

Pemilik rumah baru terpaksa pergi mendapatkan Perintah Pengosangan Rumah dari Mahkamah, tetapi ia akan mengambil masa yang lama dan juga mahal.  ( fee peguam ).
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.