Advertisement

Hak sebagai pelabur dalam sebuah syarikat bumiputera

417 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Nov 16, 2014 at 00:34
by   Siti
Salam.. Saya nak tanya tentang masalah yg terjadi.. Saya telah melaburkan modal dalam sebuah syarikat berjumlah rm40k. Pemilik syarikat telah mempunyai 1 bisnes terdahulu dan ingin mengembangkan bisnes beliau tapi kekurangan modal. Saya membuat sendiri perjanjian antara saya dan company tanpa merujuk kepada peguam terlebih dahulu. Perjanjian hanya mendapat cop dari LHDN. Isi perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa saya akan menikmati keuntungan (percent) dr modal yang dilaburkan serta ianya bergantung kepada keuntungan dan rugi company. Namun, hanya 3 bulan pertama saya diberikan minimum percent dr company mahupun duit yang di kreditkan dalam account company melebihi sejuta. Pengarah syarikat turut memberikan kereta mewah kepada pekerja dan memberikan rm20k kepada pekerja untuk mempromosikan bisnes beliau di utara. Setiap pergerakan keluar duit tidak diberitahu pada saya mahupun rakan prlabur yang lain. Pengarah turut menukar kenderaan mewah beliau.. Namun, bila di tanya tentang duit bulanan yang dijanjikan. Pengarah meminta masa untuk dan memberikan alasan tidak punya untung pada bulan tersebut. Dan bila diminta penyata kewangan syarikat, ia gagal kemukakan.. Setelah 7 bulan saya menunggu, dan akhirnya pengarah mengatakan akan memulangkan modal tanpa memberikan sebarang dividen kpd saya. Modal yang saya laburkan untuk membuka 2 bisnes dan bisnes tersebut telah berjaya beroperasi. Bagaimanakah sya hendak menyaman syarikat ini? Dan adakah potensi untuk sy menang kes ini.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Nov 17, 2014 at 04:28
by   Editor
[Topic moved from Business & Consumer Bankruptcy Law board]
0 found this helpful
Helpful

answered on Nov 19, 2014 at 04:31
by   vkpc
Salinkan perjanjian bertulis di sini untuk pencerahan.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.