Advertisement

RE:cintai malaysia card

732 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Aug 6, 2013 at 20:46
by   shamila
Continued from Cintai malaysia Card
http://www.lawyerment.com.my/boards/article-Malaysia_Business_Law-378.htm

Selesaikan masalah ini dgn buat pembatalan...I pun x layan benda nie..tiba tiba kena saman...nasib baik saya I buat rayuan pembatalan...sebelum tarikh di tetapkan untk buat pembayaran di mahkamah...cuma I bayar 599 shje..I dpt surat dari mahkamah terkejut I...
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
43 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

answered on May 2, 2014 at 22:01
by   wawa
saya baru dapat call dr lawyer diaorang suuruh bayaqrm699...tak guna pun nk kenabayaq...dah kena maki tahun lepas..tahun nih depa tak mengalH...still call...lepas lawyer tuh call...org dr dyna pulak call...kena bayaq before 5.30 ptg nih sebelum depa isu saman...i tak bayaq pun lagi...dalam agreement kata kena bayaq...hoh...sign rasanya diorng nih duk srbelah menyebelah....lepas lawyer tuh call..si dyna nih pulak call...dah bertahun dah depa nih...tak dak tindakan ker..
0 found this helpful
Helpful

answered on May 2, 2014 at 22:46
by   mangsa xkan dtipu lg
Sy pun sama, every akan dpt call dr CH, x habis2 lagi minta duit, nak tutup pun kena byr duit...klu tak, saya akan disaman rm2800...

TAPI! pastikan anda semua minta dokumen2 yang kita sign (kononnya terma & syarat masa mula2 kita join), suruh diaorang hantar email nak tengok kesahihannya... at last sampai sekarang tak sampai2 puuunnn...bertahun2 mcm tu la... nak jawab pun teragak2... nampak sangat PENIPU!!
So janganlah TERTIPU...
0 found this helpful
Helpful

answered on May 26, 2014 at 20:34
by   sudip
saya pun penah kena.. saya dah buat bayaran penutupan last year. tup2 dpt call drpd lawyer suh bayar. yg 1st tu sopan lagi la.. bila saya kata saya dah tutup & dah dpt surat confirmation drpd cintai, dia mintak maaf.. selang sebulan ada lawyer call lagi ckp benda yg sama. saya ckp la saya dah tutup. yg ni pun sopan la gak. dia kata sorry. yg 3rd ni kurang ajar. dia call kata saya tak bayar 3 bulan. kepala hangguk dia la. saya kata sume saya byr & dah setel tutup pun. siap kata saya akan disaman RM3K kalu tak setel. bila saya ckp saya dah dpt confirmation drpd cintai.. tgh ckp ni dia letak telefon. tak ke bangkai tu.. bengang betul la. saya dah pernah complain kat pengguna.. mmg la balas cepat tapi asyik refer sana sini je. last skali dorg suh report polis.. so.. tak tau la sampai bila nk dpt cal2 cmni. ari tu call manager apa tah kat cintai tu En. Ashroff tapi dah berenti. yg angkat call tu mcm bengang bila saya ckp psl dpt call drpd "LAWYER" ni. dia kata dah byk dia dpt komplen mcm tu. siap nak marah kat saya lak. saya kata "i bukan marah u. i call just to double confirm je." then baru dia cool. dia kata jgn byr apape kalau dpt call mcm tu. any advice tak from uoll? letih la wehhh..
0 found this helpful
Helpful

answered on May 26, 2014 at 20:42
by   sudip
sorry.. pembetulan.. dia kata 3 tahun tak bayar..
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 10, 2014 at 00:07
by   tipah tetipu lagi
Aduiii....sama sgt kesnya...saya sgt2 takut pasal ni tapi tak tahu nak buat apa hinggalah arini dapat 2 kali call dari 'lawyer' dan samalah critanya dgn mangsa2 yg ada kat cini dan baru arini pandai nak cari dalam uncle google ni dan tejumpalah theard ni. Alhamdulillah membantu sgt2 dan saya rasa boleh tido lena mlm ni dgn maklumat2 dari kawan2 semua...trima kasih sgt2
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 10, 2014 at 18:14
by   Sabahan
Sa..pun baru dapat call dari lawyer..kena suruh hadir p mahkamah ..calling from seremban...kena suruh batal or dtg p mahkamah..kalu batal kena suruh byr 699...kalu dtg mahkamah..kemungkinan kena charge 3000...yg mana sa tidak pernah pun guna kad tersebut...hmm..i said..call me back afterwards..let my lawyer talk to u..
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 10, 2014 at 21:19
by   melia
saya pekerja cintai 2u, west dyna, kami memang dilatih supaya mengugut pelanggan supaya membayar yuran, gaji saya dah 2 bulan kena potong sebab tak dapat pelanggan yang membayar, kalau ada yang membayar, barulah gaji dapat full, syarikat ini memang penipu, gaji kami selalu je kena potong, kami kena dapatkan pelanggan supaya ditipu, kononnya untuk promosi, saya dah taubatlah tak nak buat kerja ni lagi, banyaknya dosa saya ni, tadi dah hantar surat letak jawatan, kepada sesiapa yang dapat panggilan cintai malaysia card, jangan percaya, itu semua tipu, surat saman dan sebagainya pun tipu, kami diberi skrip nak jawab semua soalan pelanggan, kalau jawab ini, kami jawab itu, kalau jawab itu, kami ada semua cara nak jawab, kami sudah dilatih. Lawyer itu pun tipu, surat saman pun tipu, dalam sebulan, syarikat memperoleh beribu-ribu pendapatan atas angin hasil daripada penipuan ini, no tel yang diguna pun adalah nombor pakai buang, tak didaftar atas nama sesiapa. kadang-kadang ada juga antara kami yang menyamar sebagai pegawai polis telefon kononnya nak bawa ke balai, itu pun tipu, kegiatan ini susah nak dikesan sebab tiada bukti, kamu tak boleh ambik apa-apa tindakan
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 10, 2014 at 21:38
by   siti
saya juga mangsa kes yang sama, saya sudah membuat bayaran pembatalan rm699 pada tahun 2010, tetapi pada tahun 2011, syarikat cintai 2u mintak bayaran pembatalan yang kedua, jika tak bayar, surat saman akan dihantar, saya takut sangat jadi bayar lagi pembatalan rm799 kepada mereka, ingatkan dah selesailah pasal kad ini, rupa-rupanya tak selesai jugak, pada tahun 2012 mereka mintak lagi bayaran rm599 untuk pembatalan, jika tak bayar mereka akan hantar surat saman kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, takut jugak rasa hati, terus bayar rm599, tak selesai jugak rupanya, pada tahun 2013, ada seorang lawyer namanya wani mewakili syarikat cintai 2u nak saman saya rm3000, saya geram sangat dan letak telefon, mereka ni  tak berputus asa terus telefon, saya tutup hp, mereka telefon pejabat pulak, saya terus buat laporan polis, mereka tak berhenti telefon jugak, saya beritahu mereka saya sudah buat laporan polis, mereka kata bukan kami yang berhutang, kami nak takut apa, kamu yang berhutang dan tak bayar, geramnya, mereka ni dahlah menipu, tak takut laporan polis, tak takut undang-undang, akhirnya saya berpindah dan tukar no hp, mereka berjaya kesan dan tepat jam 3ptg tadi, mereka ugut nak saman rm5200 di mahkamah tinggi kuala lumpur, camne cara nak selesaikan benda ni, takda kesudahan, sesiapa yang tahu cara, tolonglah saya...
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 10, 2014 at 21:50
by   shima
Jgn buat apa2 bayaran pembatalan...itu semua tipu...I pun x layan benda nie..tiba tiba kena saman...surat saman palsu!....I dah buat report polis.....nasib baik saya tak buat rayuan pembatalan...syarikat ni penipu....pekerja-pekerja mereka memang sudah dilatih.....sila buat aduan terus kepada KPDNKK disertakan laporan polis supaya mereka dapat mengumpul maklumat mangsa untuk diambik tindakan seterusnya kepada syarikat cintai 2u dan West Dyna...syarikat ni tak stabil dan pihak kerajaan tengah memerhatikan segala pergerakan mereka...pihak kerajaan tengah mengumpul bukti untuk diambik tindakan...bersama2 kita banteras penipuan mereka.....
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 10, 2014 at 22:01
by   shamila
I ingat thread ni betul...tetapi rupa-rupanya salah....sebenarnya syarikat cintai tu betul....syarikat lawyer pun betul....nasib baik I dah bayar bayaran penutupan.....selamat hidup I....
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.