Advertisement

CINTAI HOLIDAY MALAYSIA

316 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Sep 2, 2013 at 18:41
by   aida
Saya dah banyak kali dapat panggilan dari wakil Lawyer Cintai Holiday. Alasan yang diberi kerana saya tidak membayar yuran tahunan card mereka. Masalahnya, saya tidak pernah menggunakan perkhidmatan tersebut. Bila saya maklumkan kepada "wakil Lawyer" yang saya tidak pernah menggunakan perkhidmatan tersebut, mereka kata dia akan rujuk balik kepada CINTAI HOLIDAY. Semua ni berpunca daripada penggunaan Kad Kredit. Dan sebab itulah saya terpaksa menanggung bayaran kad kredit saya akibat perkhidmatan yang tidak pernah saya gunakan.  Sampailah pada 28/08/2013 seorang lelaki yang katanya dari pejabat peguam akan menghantar surat saman yang akan membicarakan kes di mahkamah persekutuan Kuala Lumpur kerana saya gagal membayar yuran keahlian. Sedangkan saya ni dah x gunakan kad Kredit dan tidak pernah menggunakan perkhidmatan Cintai Holiday. Pening saya. Dia siap kata dalam tempoh 14 hari surat saman itu akan sampai kepada saya. Adil ke kena bagi duit pada syarikat atau individu yang kita tidak pernah gunakan perkhidmatan mereka. Saya kata kepada wakil mereka saya akan buat repot. Dia siap ugut balik pergilah buat report. Kamu akan dipersalahkan. Harap dapat bantuan dari pihak berkenaan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]

Know someone who can answer? Share a link to this question via email, Google+, Twitter, or Facebook.

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.