Advertisement

Cintai Holidays dan Dyna Quest Penipu

4941 Views  ⚫  Asked 6 Years Ago
asked on Mar 25, 2013 at 17:56
by  
edited on Mar 22, 2018 at 14:35
 
Saya mendapat panggilan dari Dyna Quest yang konon katanya lawyer untuk Cintai Holidays suruh bayar penutupan. Sakit hati terus saya buat aduan di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) (Tribunal Pengguna). Tak sampai seminggu pengurus Dyna Quest Ashra** call kata minta maaf. Siap mention tak perlu bayar apa-apa sudah. Kalau ada orang call minta duit terus bagitau dia.. hohoho.. aku sudah bebas daripada penipuan Cintai Holidays Sdn. Bhd.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
43 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

answered on Dec 3, 2018 at 16:27
by  
edited Dec 18, 2018 at 14:43
 
Scammer betul.... Mereka masih menggunakan modus operasi yang sama.

Tengah hari tadi jam 1.15, saya dihubungi pegawai dari CITOS (032787918*) tentang bakal dihadapkan ke mahkahmah dan pembekuan akaun. Kes yuran tertunggak RM58,000 nak kena settle. Bukan keahlian seumur hidup tapi bayaran seumur hidup. Lepas 10 minit, manager  Golden Cintai (017356201*) pula hubungi, dengan rundingan boleh dikurangkan dengan pembayaran pembatalan RM9,000 sebelum jam 4.00 pm. Layan lah sekejap sebab waktu lunch. Bila bagi tahu saya tak mampu nak bayar selepuk boleh pula dibuat ansuran dengan syarat bayar RM3,000 sebelum jam 3 pm....tanpa sebarang bukti pembatalan ahli. Pastu diikuti dengan SMS (017221396*) berserta nombor akaun dan follow up call (017983050*) tak cakap lah berapa kali. Tak ada apa-apa tindakan boleh diambil? Buat kusut fikiran saja. Sampai klien call pun jadi cuak nak angkat talipon.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 8, 2019 at 12:27
by  
edited Jan 20, 2019 at 15:00
 
Sama... Saya baru dapat panggilan 8 Januari 2019 daripada CTOS, katanya Fazlina. Pihak Cintai Holidays nak blacklist saya & nak tuntut RM48 ribu untuk perkhidmatan yang saya tak guna sejak 2011. Apa perlu saya buat? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 16, 2019 at 17:03
by  
edited Jan 20, 2019 at 15:00
 
I baru dapat call dari Pejabar CTOS CCRIS katanya I nak kena saman RM43K kalau I tak nak bayar RM599. Pihak Cintai Holidays cakap I signed untuk seumur hidup bayar, so kena bayar sampai mati. Kalau tak pakai tu masalah you... arghhhh... geram... so kawan-kawan yang kena ni kena buat apa? I bayar tahun 2009. Then I berhenti kerja so I stop all my credit card sebab itu dia cakap I kena bayar tunggakan semua RM43k.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 17, 2019 at 14:30
by  
edited Jan 20, 2019 at 15:00
 
Saya baru sahaja di hubungi oleh CTOS... Tak tahu nak buat macam mana... Tolong bantu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 17, 2019 at 18:11
by  
edited Jan 20, 2019 at 15:00
 
Gigih betul Cintai ni,  call lagi hari ni,  nasib truecaller papar "scam", masih pakai nombor sama, 03-2787 9132.

Baru sahaja dua bulan lepas call kata akaun saya insolvent.. Hmmm.. cerita 20 tahun lepas pun, berapa kali kena jerit kan telefon pun gigih lagi call.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 17, 2019 at 18:27
by  
edited Jan 20, 2019 at 15:00
 
Macam mana nak buat? Tensyen betul lah dengan Syarikat Cintai ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 18, 2019 at 17:36
by  
edited Jan 20, 2019 at 15:01
 
Baru saja dapat call kejap tadi. Sekarang diorang guna CTOS CCRIS pulak. Sebelum ni mahkamah. Jumlah pun dah naik RM48k.  

Saya layankan saja tapi saya rasa yang call tu pun macam tau yang saya sekadar melayan saja. Jadi dia tak ada cakap lelebih. Pada sesiapa yang dapat call macam ini dari Cintai Holidays, jangan panik.  Diorang tu penipu. Scammer. Jadi, jangan terpedaya dengan ugutan diorang nak bawak mahkamah dan declare bankrapsi bagai.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 19, 2019 at 16:50
by  
edited Feb 26, 2019 at 06:45
 
Saya pun dapat call kononnya dari CTOS informing me yang Syarikat Cintai Holidays dah serah dokumen pasal saya tak bayar tunggakan hutang sebab terminate contract dengan syarikat mereka. Kena bayar RM12,000 hari ini juga untuk settlekan kes ni. Bila saya cakap tak ada sebanyak itu, boleh mereka cakap bayar half pun tak apa. Yang peliknya dari mana mereka dapat nombor talifon terkini saya. Selepas berlaku pagi tadi, saya terus call CTOS customer service centre cakap tak pun orang yang bernama Zarina di situ.
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 5, 2019 at 12:55
by  
edited Mar 27, 2019 at 16:19
 
Saya pun terima call dari Zarina CTOS (03-27879186) dan terima call Safizah (017-2213963) dari pengurus Syarikat Cintai saya perlu bayar RM48k. Kalau nak tamatkan mereka bagi diskaun RM12k. Call CTOS customer service, mereka bagitau tak ada staff nama Zarina dan mereka tidak akan call mana-mana individu secara terus. Aduh, seorang boleh ambil tindakan kepada pihak syarikat tersebut. SCAM!
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 7, 2019 at 17:40
by  
edited Mar 27, 2019 at 16:34
 
Saya dapat panggilan dari nombor 03-27879186, Puan Maslina. Katanya dari CTOS. Cerita yang sama saman daripada pihak Cintai Holidays. Bagi saya nobor 017-2213963, perempuan India nama Malisa. Tuntut bayaran RM48K sebab saya berhenti jadi ahli seumur hidup tanpa ikut proses yang betul. Sedangkan saya dah inform syarikat tu saya nak berhenti jadi ahli pada tahun 2010. Lepas 9 tahun tetiba dapat call kata saya tak bayar yuran. Bagi diskaun RM15K, suruh selesaikan dalam masa 14 hari. Saya kata tak ada duit. Mereka minta bayar dulu RM5000, lepas tu yang RM10K boleh bayar ansur. Hari ini call lagi, bagi rebet RM2000. Saya kena bayar RM4000 dulu sebelum pukul 6.00 petang ini. Saya berkeras tak nak bayar sebab tak dapat apa-apa surat pengesahan tentang bayaran RM5000 tempoh hari. Malisa kata nak bincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu. Esok lusa mesti call lagi. Apa nak buat?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.