Advertisement

Cintai Holidays dan Dyna Quest Penipu

1701 Views  ⚫  Asked 5 Years Ago
asked on Mar 25, 2013 at 17:56
by   diela
edited on Mar 22, 2018 at 14:35
 
Saya mendapat panggilan dari Dyna Quest yang konon katanya lawyer untuk Cintai Holidays suruh bayar penutupan. Sakit hati terus saya buat aduan di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) (Tribunal Pengguna). Tak sampai seminggu pengurus Dyna Quest Ashra** call kata minta maaf. Siap mention tak perlu bayar apa-apa sudah. Kalau ada orang call minta duit terus bagitau dia.. hohoho.. aku sudah bebas daripada penipuan Cintai Holidays Sdn. Bhd.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
19 Answers
« Previous   1   2   Next »

answered on Jan 27, 2018 at 11:14
by   Nina
edited Mar 22, 2018 at 16:46
 
I pun dapat call yang sama dia nak bekukan all my account and asset. If saya nak settle saya kena buat payment RM11,700 kalau bawa kes ke mahkamah saya kena bayar lebih daripada RM42,000. Saya dah buat report pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan National Consumer Complaints Centre (NCCC) Malaysia. KPDNKK dah beri feedback mereka sedang siasat kes ini...
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 6, 2018 at 22:35
by   Adam
edited Mar 22, 2018 at 16:48
 
Saya juga dapat panggilan yang sama dari seorang perempuan Melayu nombor telefon 019338912*. Katanya dari Jabatan Insolvensi nak bekukan akaun bank kerana tak sambung Cintai Holidays. Saya terus buat report polis. Lepas ini nak buat report kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM). Mari kita ramai-ramai ajar sikit Syarikat Cintai Holidays ini. Sudah 15 tahun mengacau hidup saya. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 8, 2018 at 23:17
by   Dhiya
edited Mar 22, 2018 at 16:54
 
Nak tipu sekali lagi. Saya pun dapat panggilan dari seorang perempuan.. 019-279 912* / 019-236 912*.

Ayat yang sama. Katanya dari pihak Jabatan Insolvensi.. nak beku kan account sebab saman dikeluarkan pihak Cintai Holidays. I bayar sekali masa 2006.. then sebab rasa tertipu bila mereka suruh bayar untuk tahun kedua, I request cancel.. kena marah-marah juga.. Last-last, sebab card credit hilang, memang terus cakap I nak cancel dan tak nak bayar sesen pun. 

Katanya pihak Cintai dah call dan sent surat 3 kali tak ada feedback. Amboi.. 11 tahun baru nak datang sibuk cakap kita tak bayar yuran tahunan sebab itu nak bekukan account.. hampeh saja..

Nak report macam mana ini? 
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 15, 2018 at 15:01
by   Nita
edited Mar 22, 2018 at 17:00
 
Saya baru dapat call dari Jabatan Insolvensi nak freeze my akaun sebab I tak bayar yuran tahunan. Lepas itu dia cakap dah hantar surat 3 kali pada saya, alamat office. Office dah lama pindah. Saya pun dah lama berhenti. Lepas itu, mahkamah rendah KL call pula. Bawa bincang... so penyelesaian, saya kena bayar RM9,000 untuk tutuk kad. Lepas itu manager pejabat Cintai call pula. Sebelum pukul 3 kena bayar RM9,000 untuk tutup kes. Masa itu pukul 1 petang. Saya call nombor officer semua tak dapat. Dulu saya pernah naik office jumpa manager. Kes dah settle sebab saya ambil keahlian sekali seumur hidup. Lepas pukul 3 terus proceed kes mahkamah. Suami tengah siasat ni...
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 15, 2018 at 15:07
by   Nita
edited Mar 22, 2018 at 17:06
 
Orang yang call dari pejabat Insolvensi suara perempuan India. Guna nombor handphone Celcom. Lawyer dari mahkamah rendah pun suara perempuan India, nama Roslina, guna private nombor. Manager dari Cintai, nama Izzati, suara perempuan India. Saya dengar tiga-tiga suara semua macam orang yang sama sebab lama sangat cakap berjam-jam habis masa layan diorang. Kalau sebelum pukul 3 hari ini tak nak bayar RM9,000 untuk tutup kad keahlian saya akan kena saman mahkamah RM32,000 di Mahkamah KL.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 15, 2018 at 15:15
by   Nita
edited Mar 22, 2018 at 17:24
 
Yang peliknya Jabatan Insolvensi dan Cintai guna nombor handphone. Tak guna nombor office. Nombor office yang dia bagi dan saya Google dan call beberapa kali tak angkat. Company apa macam itu. Pihak Cintai sudah hantar nama saya ke Kementerian Pelancongan. So Kementerian Pelancongan yang repot ada Jabatan Insolvensi. Saya tanya kawan saya.. dia tak boleh bekukan akaun kita. Surat mahkamah pun tak keluar lagi. Dia cakap saya tak ada record CCRIS dan CTOS. Saya ada kes lambat bayar loan sebelum ini. So nama memang kena CCRIS dan CTOS. Menipu benar. Dulu saya rajin check nama di Bank Negara. Saya pun kerja bank dulu. Kawan saya cakap kena ada perintah mahkamah bankrap dulu baru lah bekukan akaun. Surat mahkamah penerima saman kena ada rekod terima. Dia hantar surat yang konon-konon tempat kerja lama saya guna kurier servis. Siapa pula yang sign sebab tempat itu dah tak ada office, tak ada orang, kawasan larangan. Nampaknya penipu. Setiap tahun hantar surat pada hal wujud lagi nombor telefon saya ini. Saya angkat sahaja. Alasan sahaja tetiba nak settle terus-terus kena bayar RM9,000 dalam masa sejam.
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 26, 2018 at 15:23
by   ctaisya
edited Mar 22, 2018 at 17:08
 
Nak selesaikan macam mana? Ayah saya pun kena call. Sebelum ini sah bayar dekat RM3,000 untuk tamatkan. Selepas 6 tahun telefon balik suruh bayar RM8,000. Jika tidak masuk mahkamah. Nak buat macam mana ni?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 10, 2018 at 14:28
by   Guest
edited Apr 24, 2018 at 17:29
 
Baru terima call juga. Cerita berubah. Mula-mula kenalkan diri sebagai pegawai penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Dah serbu dan rampas file-file. Jadi sekarang konon tengah siasat aduan-aduan dan tanya apa masalah dengan syarikat ni. Lepas tu boleh pula bagitahu ikut rekod syarikat, tak bayar yuran.

Tiba-tiba masuk cerita ada tunggakan dan akan hantar surat mahkamah. Bila cakap 'owh nak scam saya lagi ke?' terus marah-marah dan hempas telefon.

No tel: +60198444704 (nombor caller itu)
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 25, 2018 at 15:19
by   Fauziah
edited Apr 30, 2018 at 16:33
 
Baru-baru ini saya terima panggilan daripada Insolvency Department dari number 0327879132. Nama pegawai itu kalau tak salah Christina. Dia kata akaun bank saya akan dibekukan kerana tak bayar cancellation membership dengan Golden Cintai Networking. Jadi saya tanyalah macam mana nak selesaikan masalah ini. Pegawai tersebut berikan nasihat mereka akan minta pengurus Golden Cintai Networking untuk hubungi saya dan beritahu macam-mana cara nak selesaikan masalah ini.

Tak sampai 10 minit dapat panggilan daripada pengurus Golden Cintai Networking di talian 017-2213963. Nama dia Asliza kata kalau nak selesaikan kena bayar RM9,000. Saya pun buntu tak tahu nak buat apa. Kemudian mereka beritahu kalau bayar RM9,000 kira ini adalah untuk pembatalan. Selepas ini tak ada sebarang bayaran, jadi saya pun setuju. Kemudian saya terima SMS seperti berikut RHB BANK (21410100089450) GOLDEN CINTAI NETWORKING, SILA BUAT PEMBAYARAN SEPERTI DIPERSETUJUI OLEH PIHAK ENCIK/PUAN IAITU RM5000 PADA HARI INI SEBELUM PUKUL 5PM. SELEPAS PEMBAYARAN INI DIJELASKAN SILA HUBUNGI PIHAK PEMBATALAN UNTUK SEMAKKAN. DOKUMEN AKAN DIPOSKAN DAN DI EMAILKAN. JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN SELANJUTNYA SILA HUBUNGI PIHAK KAMI UNTUK KETERANGAN .TIADA SEBARANG PEMBAYARAN SELEPAS INI. TERIMA KASIH.

Nasib kawan saya cadangan saya hubungi Jabatan Insolvensi bila saya hubungi mereka beritahu ini semua scam jangan bayar apa-apa dan mereka nasihat saya buat adaun. So saya pun tak bayar apa-apa tapi mereka masih hubungi saya. Nasib saya tak bayar kalau tak habis hangus duit saya daripada syarikat penipu ini.
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.