Advertisement

Cintai Malaysia Card and West Dyna Quest Scam

8818 Views  ⚫  Asked 7 Years Ago
asked on Jan 15, 2011 at 20:06
by   Advise Needed
I have the same problem where some one call me threaten me that I must upgrade to gold card if not they will continue charge me annual fee. I think we need to find out a way to stop all these crook. I had never use the service and never sign an agreement to upgrade. How can they force us to upgrade. Should we complaint to the consumer association?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
279 Answers
« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »

answered on Jul 12, 2017 at 01:38
by   Sgt geram
edited Jul 18, 2017 at 11:19
 
Sama macam saya...baru siang tadi dapat call dari nombor 0192769121. Dia perkenalkan dirinya sebagai Azlina bt Harun dari Bank Negara Malaysia. Katanya pihak BNM dapat notis dari mahkamah majistret Kuala Lumpur mengatakan diaorang akan bekukan semua akaun yang ada dalam masa 24 jam. Saya tanya kenapa awak nak bekukan sebab saya tak dapat apa-apa notis pun dari mana-mana lawyer or mahkamah. Saya minta nombor lawyer yang katanya hantar notis. Kata diaorang tu.... dia kata saya tak boleh bagi tapi kalau puan nak cakap dengan lawyer tu saya boleh minta dia call puan. Terus saya cakap tak apa saya nak call mahkamah majistret KL dulu nak cakap dengan lawyer yang namanya "Roslani Harun" tu dan saya akan call Bank Negara Malaysia untuk confirm benda ni....terus letak....saya dah confirmed dengan Bank Negara Malaysia (BNM) yang nombor ini memang scammer. Sakit betul dengan diaorang ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 14, 2017 at 16:54
by   Taneka
edited Sep 8, 2017 at 04:16
 
saya dah confirmed dengan Bank Negara Malaysia (BNM) yang nombor ini memang scammer.

Why apply for expensive "Life" membership in some Scheme if one cannot actually afford it? Why did not terminate it with proper documentations? Why they can still chase for outstanding billings even if the company is no long longer operational? Why sign on the Contract Agreement if you do not read the small prints entombed?
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 13, 2017 at 00:34
by   kena terjah
edited Oct 3, 2017 at 07:24
 
Saya baru dicall dengan nombor ini 019276121. Katanya dari Bank Negara. Bagi tahu semua kad bank saya akan dibekukan sebab saya ada berhutang dengan sebuah syarikat. Syarikat tersebut telah gunakan lawyer untuk dibicarakan kes saya di mahkamah. Surat dari lawyer akan diberi melalui email. Saya tanya, macamana boleh tahu saya berhutang? Dan bagaimanu tahu alamat email saya? Katanya tak boleh bagi tahu... saya cakap terima kasih... terus letak fon. Sebelum letak fon, katanya dia akan beritahu lawyer tersebut untuk postpone kalau saya settle kan...

Terima kasih, kepada yang report di sini. Terus saya search nombor tersebut dalam internet, rupanya scammer... taubatlah... 
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 9, 2017 at 17:25
by   naniss
edited Oct 23, 2017 at 08:02
 
Ini lagi baru.. saya baru dapat call daripada MAIZATUL BT ABDULLAH MANAF dari BAHAGIAN PEMBEKUAN BANK NEGARA. Dia kata akaun saya akan dibekukan. Dia kata dia dapat surat dari MAHKAMAH RENDAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR untuk bekukan semua akaun saya. Saya call Bank Negara dan Bank Negara kata THERE'S NO SUCH THING BAHAGIAN PEMBEKUAN. Dia kata kalau nak beku sekalipun pihak bank atau syarikat yang terbabit akan bagi notis terlebih dahulu.. bukan terus dapat call. Tak lama lepas itu syarikat lawyer yang dimaksudkan itu call saya.. memang sah dari CINTAI HOLIDAYS atau WEST DYNA QUEST ini yang punya kerja.. so berhati-hati!

Lupa nak bagi tahu.. "BAHAGIAN PEMBEKUAN BANK NEGARA" called me via office phone.. not my cell phone.. saya minta nombor BAHAGIAN PEMBEKUAN BANK NEGARA itu dan dia bagi nombor ini 03-92810610.. sebelum bagi nombor ini siap tersilap bagi nombor lagi.. check-check tengok nombor CINTAI HOLIDAYS a.k.a WEST DYNA QUEST.. last sekali diorang kacau saya tahun 2012 kot.. masa tu call kata dia tu LAWYER FIRM.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 12, 2017 at 15:54
by   Eija
edited Dec 18, 2017 at 02:15
 
Saya pun baru kena semalam...dapat panggilan dari nombor 019276912X mengatakan dia Puan Fadzilah dari Bank Negara. Dia tanya ada dapat apa-apa notis tak dari mahkamah tentang pembekuan akaun saya. saya cakap tak. Dia tanya lagi samada saya ada berhutang dengan mana-mana syarikat atau kerajaan. Saya kata mesti la ada tapi every month saya akan bayar cuma kadang-kadang lambat. So, dia explain pada saya mengatakan Bank Negara telah mendapat notis dari syarikat tersebut untuk membekukan semua akaun saya. Terfikir juga saya, hutang sebesar mana la yang saya buat sampai syarikat tersebut minta Bank Negara bekukan akaun saya? Lalu saya minta dia share syarikat mana yang hantar notis sampai macam tu sekali tapi dia cakap procedur Bank Negara tak membenarkan dia bagitau. Dia tanya saya samada saya mahu berurusan dan berbincang dengan syarikat tersebut untuk settle. Kalau tidak, dia mewakili Bank Negara akan meneruskan pembekuan semua akaun dibawah nama saya dan saya akan dipanggil untuk naik mahkamah. Saya begitu naive, so saya pilih untuk berurusan dengan lawyer dari mahkamah dan Puan Fadzilah akan email lawyer mahkamah ni untuk menghubungi saya.
 
Cepat betul, tak sampai beberapa minit, lawyer mahkamah ni call saya dan menerangkan bahawa dia telah mendapat saman dari syarikat Cintai Holiday Sdn Bhd yang menyaman Kementerian Pelancongan kerana saya ada hutang dgn syarikat ni. Kata saya kenapa Cintai Holiday menyaman Kementerian Pelancongan? Katanya Kementerian Pelancongan adalah mewakili saya sebab syarikat ni ada join dalam program yang dianjurkan Kementerian Pelancongan dan syarikat ni dah kerugian disbbkan hutang saya. Kata saya, benda ni saya dah settle bertahun-tahun yang lalu dan laporan polis pun saya dah buat. Lawyer tu tanya saya, kenapa buat laporan polis? Saya hanya menjelaskan yang saya tertipu oleh syarikat Cintai Holiday aka WEST DYNA QUEST tu. Macam-macam la dia tanya saya dan memberi saya pilihan samada saya nak settlekan benda ni di mahkamah (proses pembekuan semua akaun saya oleh Bank Negara akan bermula) atau menjelaskan segala hutang-hutang dengan pembatalan membership dengan bayaran RM9,000. Saya tanya jika saya membuat pembatalan, boleh tak saya dapat pengurangan memandangkan saya tak pernah guna langsung perkhidmatan ni. Dan katanya selepas penolakan GST, saya perlu bayar RM7,200 dan pembayaran perlu dilakukan secepat mungkin hari itu juga. Kalau tidak saya terpaksa naik mahkamah dan semua akaun saya Bank Negara akan bekukan secepat mungkin. Saya perlu memberi keputusan dalam masa sejam. Saya minta phone nombor dia jikalau saya nak inform dia cepat sebab masa dia call, hanya tertera Caller ID sahaja. So, dia bagi phone nombor ni 016979504X untuk saya hubungi dan nama dia adalah Puan Roslina Bt Abdullah Sani. Sebelum tu saya nak bagitahu, permulaan dia call saya, suasana riuh rendah kat belakang. Saya ada menegur tapi katanya, suasana kat mahkamah memang macam ni. Saya dah pelik sebab saya juga pernah berurusan dengan pejabat lawyer dan mahkamah, mana ada bising macam tu, semuanya senyap aje. Terus terang saya katakan saya memang panik tapi dalam masa yang sama berasa pelik sebab hutang yang sedikit pun boleh sampai minta Bank Negara bekukan akaun.
 
Saya tiada pilihan dan minta pertolongan kakak saya tapi kakak saya seperti macam tak percaya sebab dia juga pernah memiliki syarikat dan sebarang pembekuan akaun perlu disusuli oleh surat dari mahkamah dulu. Dalam masa yang sama, saya ada menghubungi Puan Fadzilah dari Bank Negara ini kembali untuk meminta pandangan. Pelik, Puan Fadzilah ni langsung tak membantu dan meminta saya meneruskan pembatalan memberships saya dan membuat pembayaran segera.
 
Saya bingung. Rakan pejabat sedar dan saya menceritakan pada rakan saya. Rakan saya minta saya segera menghubungi Bank Negara. Terus call Bank Negara  1-300-88-5465 dan Puan Ramizah yang Menjawab. Puan Ramizah cakap, itu semua tipu lagi-lagi kalau berkenaan dengan Cintai Holiday aka WEST DYNA QUEST. Puan Ramizah meminta saya jangan angkat lagi segala panggilan dari kedua-dua pihak ini dan block terus no phone diatas. Jika terjawab panggilan ni, bagitahu diaorg yang report polis dah dibuat dan sila berhubung dgn pihak polis. Puan Ramizah juga bagitahu yang Bank Negara tiada hak untuk membekukan akaun sesiapa pon. Wah! Tertipu rupa-rupanya saya...Saya dah kena scam..
 
Boleh dikatakan setiap tahun saya akan mendapat panggilan seakan-akan ini yang mengatakan dari lawyer firm la, insurans, towing company la dan kebanyakan tahun, saya tidak mudah tertipu, tapi semalam saya seakan-akan macam tertipu tapi alhamdullillah... syukur... hingga ke saat ini dari pagi tadi, ada panggilan masuk Caller ID sebanyak 4 kali tapi satu pun saya tak jawab sebab saya ikut nasihat dari Puan Ramizah dari Bank Negara...
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 6, 2018 at 23:15
by   Adam
Petang tadi jam 3.13 dapat call dari sorang minah +60193389121 kononnya dari jabatan insolvensi ugut nak bekukan akaun bank sebab tak bayar kepada Cintai Holidays. 4 tahun lepas dapat call dari peguam mahkamah nak saman pasal cintai holidays juga. Saya minta nama dan nombor ic dia untuk buat laporan polis.Minah ni terus marah-marah. Saya terus buat laporan polis dan nanti nak buat aduan kepada suruhanjaya komunikasi dan multimedia. Tiba masanya kita ramai2 ajar syarikat cintai malaysia ni. Mengganggu hidup saya dah 15 tahun,
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 12, 2018 at 11:45
by   Sha anja
Sayapun baru dpt call tadi dari no legal diorg 01160672003 and another no 01161568365 dari staff cintai malaysia dah la terkena 2 kali before ni ..Harap2 tangkapan dibuat pd nereka yg terlibat ...
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 14, 2018 at 14:15
by   aween
dapat panggilan telefon dari nombor 01160672003 suara perempuan dari bank negara. dia kata nk bekukan akaun sbb syarikat Cintai Global Network nak saman.. dah tau scammer trus letak telefon then no call lagi. agaknye saya xlayan dia bagi sms ni

Dear Miss xxxxxxxxxx bt xxxxxx ic no xxxxxxxxx we would like to inform you that the following company Cintai Global Networks has submitted a trade reference on you dated 20-02-2018 a trade reference is thr payment experience information provide by above company on its customer. if you have dealth with the trade referee above and would like to settle it amicably please contact us 03-26183000/01160672003  during office hours. thank you.

call bank negara dorg kate ni macau scam. so xyh takut sbb bank negara hanya akan call kalau kite ade kes dgn dorg atau jadi saksi untuk kes tu pun pakai tepon pejabat bukan tepon hp..so hati2..
0 found this helpful
Helpful

answered on Feb 14, 2018 at 18:07
by   Shukri
Saya juga ada menerima panggilan dari nombor seperti berikut pada 13 Feb 2018 sekitar jam lebih kurang 6.15 petang...

1. 019-2369121 (katanya dari Jabatan Insolvensi Negara memaklumkan hal saya yang bakal disaman CINTAI sebab tak bayar yuran tahunan membership kejadah haram company nih! Dan staff tersebut memaklumkan akan memberi tahu kepada pihak peguam mereka mengenai hal ini bagaimana untuk diselesaikan dan peguam tersebut akan menghubungi saya dalam kadar yang segera... Katanya lah...)

...dalam tak sampai setengah berikutnya dapat lagi satu panggilan bernombor seperti berikut...

2. 016-9795046 (ini panggilan daripada peguam yang dimaksudkan oleh petugas yang bernombor telefon seperti diatas... Perkara yang sama, minta saya bayar tuntutan hutang berjumlah RM30+++.++!!!... Die memberitahu die peguam di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur... Saya minta alamat untuk saya datang periksa dengan lebih detail dengan SAMAN TUNTUTAN HUTANG yang diberitahu pada saya.... Haram tak bagi apa info langsung dan kesudahannya die memberitahu akan menghantar surat saman kepada saya, dan dari situ barulah saya boleh buat semakan dengan lebih lanjut... Memang haram jadah sungguh puak puak penipu nih!!! Esok saya nak kemaskini status perkara ini dengan Jabatan Insolvensi Negara di Menara TH Perdana... Saya akan update apa maklumbalas dari pihak JIN)

Tq...
0 found this helpful
Helpful


« Previous   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   Next »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.