Advertisement

Cintai Malaysia Card and West Dyna Quest Scam

8844 Views  ⚫  Asked 7 Years Ago
asked on Jan 15, 2011 at 20:06
by   Advise Needed
I have the same problem where some one call me threaten me that I must upgrade to gold card if not they will continue charge me annual fee. I think we need to find out a way to stop all these crook. I had never use the service and never sign an agreement to upgrade. How can they force us to upgrade. Should we complaint to the consumer association?
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
279 Answers
« Previous   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   Next »  Last »

answered on Jul 5, 2013 at 21:09
by   Mangsa
Salam WaWa,

saya pun baru pagi tadi diorang call....sekarang ni cintai malaysia tengah aktif mendapatkan mangsa2....
tadi perempuan melayu call cakap nak saman...so saya cakap samal lah...sekarang pun saya boleh pergi makamah...pas tu dia terus putuskan talian....

saya dah whatsapp dengan Mangsa Terbaru dia dari kedah...cuba la WaWa what dengan dia....so kita boleh membantu antara satu sama lain.....
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 8, 2013 at 21:30
by   pak din
tadi somebody dr cintai Malaysia call aku no dia 0123358627. dia kata dia dari federal constituition nak ambik tindakan mahkamah kat aku sbb tak bayar outstanding RM3000. Aku suh dorang fax segala document. dia jawab dia bukan agensi penghantaran. Aku bg tau kat kawan aku kat kehakiman putrajaya. dia punya lah gelak sbb term "federal Constituition" tu. Dah la guna term tak betul ada hati nk bawak ke mahkamah. bodoh punya cintai malaysia.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 8, 2013 at 22:20
by   Hakimhusna
salam..
kawan2 yg menerima ugutan surat saman @ bayaran drpd west dyna ataupun cintai...silalah baca thread saya dalam cintai malaysia card bertarikh 7  jun2013... saya dah buat report kepada ncc dan kementerian pelancongan dan kebudayaan. di situ sy sertakan reply drpd  kem. pel dan kebudayaan.

kesimpulannya, just ignore call drpd diorang dan JANGAN BAYAR  APA APA....
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 9, 2013 at 19:44
by   farah
my advise to everyone her please read carefully before sign up for anything whats the point if keep on blaming cintai malaysia but in reality we failed to think when anybody offer anthing for free.please think nothing is free
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 12, 2013 at 17:51
by   fuan
Tq semua bg info yg berguna buat saya salah seorang mangsa penipuan mereka...saya tak nak layan saman mereka
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 14, 2013 at 06:28
by   mangsa baru
Tak payah nk cerita banyak...saya pn menerima nasib yang sama....setelah saya maki pemanggil yang pertama (0123391062) pada jam 10.44 pagi.....muncul pulak pemanggil yang ke dua (0123350923) pada jam 3.39 petang....menyatakan saya akan dikenakan tindakan mahkamah jika tidak menjelaskan bayaran pembatalan keahlian sebanyak rm599.00..... dua2 pemanggil telah dikenakan tindakan bodoh oleh saya.....nombor je lain...suara tetap sama....pandai mana datang....tapi duk terfikir jugak kalau tindakannya betul....tapi pada hari ini tergerak nak google kes spt ini....syukur kerana terjumpa forum pasal cintai holiday ni...hmmmm...boleh tidur nyenyak la.......tapi saya dah post forum ni dalam msg page kpdn dan tv3 aduan...kita tengok ape tindakan yang boleh depa buat utk kita...klu tak jalan gak....kita post forum ni kat wall fb najib razak....
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 15, 2013 at 21:46
by   hustlebustle
Saya baru di call pada 13 Julai 2013. Caller nama Wani (West Dyna Quest SB- 0123350652) dan Lina (Cintai Holidays- 0123957285). Pada mulanya apabila dengar West Dyna Quest nak buat legal charge, goyang juga, then decide nak bayar RM599 utk cancellation membership dan juga legal charge, terus diorang minta credit card number. Ape hal??? Saya berkeras tolak credit card sebab dah terkena ngn diorang dulu pada 2007 (satu jangka masa yang lama kan). Saya minta number akaun bank supaya senang nak bayar RM599 tu then kene bayar pada hari yang sama sebelum jam 1.00 ptg, or else mereka proceed ngn legal charge. Saya minta delay sampai hari Isnin (14 Julai) sebab bank tak buka hari Sabtu, sebab saya kene draw duit pakai buku bank. Lepas tu dia kata kene call manager then call saya semula. Punya lama tunggu, saya call balik number dia then tanya apa keputusan manager diorang, dah panas time tu, diorang cakap boleh bayar pada hari Isnin. Wonder juga kenapa kedua-dua syarikat tu menggunakan number handphone, kenapa tak gunakan fixed line TM, then diorang cakap itu adalah talian official syarikat yang menggunakan simcard. Dalam masa yang sama, saya bertengang leher juga dengan Lina tu sebab time tu juga saya buka website ni dan bertanyakan perlbagai perkara seperti number syarikat, ramai dah buat aduan kepada NCCC, KPDNKK, Polis. Tetapi Lina tu cakap mereka takde terima apa-apa aduan dan siasatan. Lastly, saya tak setuju nak bayar apa-apa pun dan mereka kata nak proceed dengan legal charge, saya pun cakap teruskan je la....

Hari ini (15 Julai) saya call seorang sahabat yan bekerja dengan Law firm. Dah terangkan kepada dia panjang lebar then nasihat dia - TAK YAH LAYAN PANGGILAN MACAM TU, KAU BUAT REPORT POLIS JE SEBAB MEREKA UGUT KAU. Btw, takkan law firm Cintai Holidays adalah West Dyna Quest Sdn Bhd? Sebab kalau law firm yang betul mesti ada nama contohnya Abu and Ali Co. atau Abu and Ali Advocator and Solicitor.

Konklusinya, JANGAN LAYAN DIORANG, JANGAN BAYAR APA-APA

p/s: Cuma saya syak kenapa mereka masih aktif hingg sekarang adalah kerana maybe mereka dilindungi oleh 'PIHAK TERTENTU YANG BERKUASA'. Ini bukan hasutan, cuma conscience saya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 18, 2013 at 22:15
by   anis
anis pun baru je dapat call dari 012-3319610 ngaku sbg Farah Abdullah kononnya arrangekan card bagi pihak cintai holiday.  Dia buat2 prihatin n tanya samada saya ada masalah dgn cintai holiday.  bila saya citer mslhnya, dia kata saya kena buat cancellation n explain pjg lebar pasal law ttg lifetime card ni.  katanya utk cancel biasanya kita kena bayar rm800 tp optional.  If saya nak dia kata dia akan uruskan untuk cancellation.  saya kata bagi saya masa sbb nak check ngan authority pasal ni.  Sib baik google jumpa komplen yg serupa.

saya dah pernah komplen kat nccc, kpdnkk n lain2 tp cam takde tindakan je.. tiap2 tahun receive call pasal cintai holiday.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 22, 2013 at 19:46
by   ASSROF
Call the company manager H/P Number 012-330 2359
0 found this helpful
Helpful

answered on Jul 28, 2013 at 21:23
by   Ddin
Selamat sejahtera kepada pembaca semua.
Hampir semua agen dan kakitangan Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd. (454917-W)KKKP/PL 3426, Cintai Global Holding (M) Sdn. Bhd. ( 47484-V)  dan terbaru West Dyna Quest Sdn. Bhd. (527019-H) adalah "penyangak". Mereka buat bisnes dapatkan pelanggan secara penipuan dan ugutan. Mereka lebih gemar memasang jerat pada mangsa yang sibuk...sebab mangsa yang sedang sibuk jarang berfikir panjang ketika membuat keputusan. Sebagai contoh, kisah yang berlaku keatas diri saya sendiri.
Pada Disember 2007, seorang "penyangak" dari Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd. telah menelefon saya bertanyakan adakah saya pemegang kad kredit. Saya menjawab ya. Kemudian "penyangak" menyatakan arahan Bank Negara bahawa setiap pemegang kad kredit wajib menyertai mana-mana  satu "previllage membership" supaya kad kredit tersebut mendapat pengecualian yuran tahunan sepanjang hayat. Sekiranya saya tidak meyertai mana-mana satu "previllage membership" Bank Negara akan mengenakan yuran tahunan kepada penggunaan kad kredit saya dan yuran tahunan akan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Kenyataan tipu ugut dari "penyangak" menyebabkan saya setuju menyertai pakej yang ditawarkan oleh Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd. dengan caj RM399 iaitu Cintai Traveller's Gold. Sewaktu penerangan, "penyangak" ada menyatakan bahawa  yuran keahlian hanya sekali seumur hidup. Sewaktu meembuat peersetujuan, "penyangak" menggunakan akad "Dengan nama Allah, saya terima dan akan uruskan keahlian En...." Setelah menerima booklet dari mereka, saya dapati tidak mampu untuk menggunakan voucher yang diberikan kerana 100% voucher hanya boleh digunakan untuk lawatan ke luar negara tertentu dengan pengurangan bayaran sebanyak RM50. Selain itu mereka memberikan voucher percutian percuma di dalam negara untuk 3 hari 2 malam. Memandangkan saya bekerja di syarikat swasta dengan cuti tahunan ketika itu hanya 8 hari, maka saya terlepas peluang menggunakan voucher tersebut. Saya dapati pakej ini langsung tiada manfaat untuk saya. Jadi saya hanya simpan booklet dan tidak hubungi Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd. kerana wujud perasaan "BENCI" pada mereka.
Kemudian pada 2009, sekali lagi "penyangak" dari Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd meminta bayaran dari saya dengan tujuan memperbaharui insuran kemalangan diri yang disertakan didalam pakej. Saya menolak dengan mengatakan saya sememangnya telah mempunyai polisi insuran kemalangan diri dan insuran hayat sejak 2001 lagi. Selang 1 hari "penyangak" yang lain pula telefon membuatkan kepastian penolakkan saya memperbaharui insuran kemalangan diri. Saya dengan tegas dan sedikit marah menjelaskan kepada beliau saya rasa tertipu dan tidak akan ada urusan dengan pihak beliau.
Terbaru adalah di antara 18/7/2013 hingga 22/7/2013. Saya telah dihubungi oleh wanita yang tidak dikenali sebanyak 6 kali dengan 2 nombor telefon yang berbeza. 3 kali panggilan yang awal, wanita tersebut tidak sempat memperkenalkan diri kerana saya terus menjawab telefon dan menyatakan sebenarnya saya sedang dalam mesyuarat dan perbincangan. Saya ada menetapkan masa yang saya sedia menjawab panggilan dia. Masa yang saya tetapkan adalah waktu rehat di tempat saya bekerja. Tetapi dia tetap menelefon pada masa saya sedang bekerja dan kebetulan sedang bermesyuarat. Jadi saya abaikan panggilan tersebut. Kemudian pada 22/7/2013 lebih kurang jam 1.50 petang, saya menerima panggilan masuk telefon bernombor 012-3326150 lalu seorang wanita memperkenalkan diri sebagai Biha, perunding daripada West Dyna Quest Sdn. Bhd. menjelaskan bahawa Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd. yang mana sebelum ini memberikan saya pakej Cintai Traveller's Gold, telah memfailkan saman ke atas saya sebanyak RM1800. Sewaktu menerima panggilan daripada Biha, saya baru sahaja selesai mesyuarat dan sedang tergesa-gesa menuju ke mesyuarat satu lagi yang telah ditetapkan pada jam 2.00 petang. Bila mendengar perkataan saman, saya agak terkejut dan berhenti di satu sudut untuk meneruskan perbualan telefon walaupun saya sedar saya telah melanggar etika bekerja kerana menggunakan telefon pada waktu kerja untuk urusan peribadi. Biha menawarkan saya 2 pilihan memandangkan semakan rekod, saya sama sekali tidak pernah menggunakan perkhidmatan daripada keahlian saya bersama Cintai Traveller's Gold. Pilihan tersebut adalah meneruskan saman atau menutup keahlian Cintai Traveller's Gold supaya tidak akan ada lagi urusan dengan Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd. Katanya lagi, penutupan keahlian akan dikenakan caj sebanyak RM599. Kata Biha lagi, saya akan menerima surat penutupan keahlian dan perlu simpan surat tersebut sebagai bukti. Tanpa rasa sangsi, saya setuju dengan pilihan penutupan keahlian Cintai Traveller's Gold kerana lebih murah berbanding saman. Biha meminta saya membuat bayaran menggunakan kad kredit kerana menurutnya saya akan terima sms notis pembayaraan dari pihak bank sebaik sahaja transaksi dilakukan. Biha meminta saya membacakan nombor kad kredit saya pada masa tersebut juga. Saya menolak kerana perlu menghadiri mesyuarat yang saya sendiri merupakan pengerusi mesyuarat tersebut. Sebaliknya saya menetapkan agar Biha menghubungi saya semula pada jam 3.25 petang. Pada jam 3.20 petang Biha menelefon semula dan meminta saya membacakan nombor kad kredit visa saya beserta 3 nombor keselamatan agar beliau boleh meneruskan proses penutupan keahlian saya bersama Cintai Traveller’s Gold. Setelah nombor dibacakan, Biha menyatakan lagi beliau akan mengirimkan surat penutupan dalam tempoh 5 hari bekerja ke alamat tempat saya bekerja. Tambah Biha lagi, saya akan menerima manfaaat daripada syarikat beliau sebagai tanda penghargaan. Beberapa minit kemudian saya menerima sms notis pembayaran sebanyak RM599 dari pihak bank. Diikuti panggilan telefon daripada Biha menyatakan penutupan keahlian telah berjaya dan memperingati saya agar menelefon beliau sekiranya selepas 5 hari saya masih tidak menerima surat penutupan. Pada 26/7/2013 lebih kurang jam 4.30 petang saya menerima bungkusan yang dikirimkan oleh West Dyna Quest Sdn. Bhd. yang diletakkan di atas meja saya. Setelah pulang ke rumah, saya meneliti kandungan bungkusan dan sangat terkejut dengan isi kandungan surat penutupan di samping voucher-voucher yang serupa sepertimana saya terima pada Disember 2007. Ianya bukan surat penutupan semata sebaliknya surat perjanjian dua hala yang mengelirukan. Kandungan surat menyatakan keahlian saya bersama Cintai Vacation Card telah ditutup berkuatkuasa pada 22/7/2013 dengan caj RM599 merupakan bayaran terakhir dan tidak akan ada lagi bayaran susulan selepas ini. Tetapi pada ayat berikutnya, “Dengan penutupan ini, anda sendiri boleh meneruskan penggunaan dan manfaat kad pada masa akan datang. Oleh yang demikian, saya dengan ini memberi kebenaran pembayaran yang telah dibuat daripada CIMB Bank dan kad bernombor 4511 7619 0085 9096 tiga digit terakhir xxx tarikh luput 8/17 untuk jumlah RM599 pada 22/7/2013 untuk penutupan Platinum Vacation Card Program untuk seumur hidup.” Ayat kedua terakhir pula menyatakan “ Saya juga dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat-syarat keahlian  Benefit Card yang tersebut.” Saya telah tertipu kerana saya hanya bersetuju untuk penutupan keahlian bersama Cintai Traveller’s Gold dan sebaliknya Biha telah mendaftarkan saya sebagai ahli Platinum Vacation Card Program. Pendaftaran keahlian Platinum Vacation Card Program sama sekali tidak diterangkan kepada saya. Saya telah merujuk ke internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan West Dyna Quest Sdn. Bhd. dan menemui laman web http://www.lawyerment.com.my/boards/article-Malaysia_Business_Law-429.htm. Ramai lagi mangsa yang tertipu oleh syarikat yang berkaitan dengan Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd.
Lanjutan tertipu, saya menghubungi pegawai perhubungan pelanggan kad kredit visa, iaitu CIMB Direct Access untuk menyekat kad saya. Pegawai tersebut minta saya jangan menandatangani apa jua surat dan melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Di mana pihak berwajib? Tiadakah tindakan kepada semua syarikat yang mempunyai pautan pada Cintai Holiday (M) Sdn. Bhd.?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   Next »  Last »

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.