Advertisement

Saman Malu dan Ganti Rugi

1606 Views  ⚫  Asked 4 Years Ago
asked on Nov 28, 2013 at 20:49
by   Mr G 50
edited on Jun 12, 2017 at 08:39
 
Saya seorang kakitangan kerajaan, masalah bermula apabila satu kes timbul tetapi saya tidak disabitkan kesalahan, ini maknanya saya tidak dituduh mana-mana mahkamah kerana kes berlaku bukan disebabkan oleh punca saya, cuma saya sebagai ketua jabatan.

Malangnya pihak majikan iaitu kerajaan telah menawarkan pada saya untuk pencen awal, saya tidak bersetuju. Namun begitu, pihak kerajaan telah membuat persiapan pencen pilihan saya dan permohonan pencen awal saya telah ditandatangani oleh orang lain. Ini menyebabkan saya terpaksa pencen awal secara terhormat. Ini menyebabkan saya kecewa, setelah disiasat memang confirm tandatangan saya dipalsukan dan permohonan saya yang palsu diperolehi selepas keputusan oleh Menteri dan Agung diperolehi.

Ini bermakna ada komplot jahat untuk menganiaya saya berpencen tanpa persediaa rapi. Jesteru itu, saya memohon pandangan dari pihak tuan, pertama saya ingin menyaman malu dan gantirugi disebabkan pihak ketiga yang menandatangani permohonan saya maka saya kehilangan mata pencarian yang mana saya boleh bekerja lagi selama 10 tahun dan gaji bulanan saya telah mencecah RM10,000 termasuk elaun. Kedua saya malu apabila pihak staf saya mungkin tersilap tafsir bahawa saya pencen awal sebab ada kes, walhal saya pencen biasa atau pencen awal. Tiga perkara saya mohon:

   1.  Gantirugi Mata Pencarian.
   2.  Saman malu dan tauladan
   3.  Atau kerja semula jika mahkamah lulus.

Saya harap pihak tuan dapat membantu saya. Saya tak tahu nak bertindak dan buat apa sekarang, masa ini saya dalam proses untuk berpencen. Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Nov 29, 2013 at 11:49
by   vkpc
edited Jun 12, 2017 at 08:41
 
setelah disiasat memang confirm tandatangan saya dipalsukan

Pemalsuan tandatangan adalah sejenis perbuatan jenayah. Buat laporan Polis atas pemalsuan ini dulu dan ambil salinan laporan tersebut.

Selepas itu, suruh lawyer hantar surat kepada majikan/boss anda dengan arahan jangan sarakan anda. Jika disarakan, anda akan mengemukakan saman di Mahkamah Perindustrian.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 11, 2013 at 03:03
by   arun1011
1. Ada kamu membuat laporan polis terhadap tandatangan "palsu" tersebut selepas mendapat tahu bahawa itu bukan tandatangan kamu?

2. Sekiranya ada bukti kukuh bahawa tandatangan kamu dipalsukan, kamu boleh mengambil kes di Mahkamah Tinggi untuk satu deklarasi bahawa pencen kamu adalah tidak sah.

3. Kamu tidak boleh membawa kes ke Mahkamah Perusahaan kerana Mahkamah Perusahaan tidak ada bidang kuasa terhadap kakitangan kerajaan.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy, cookie policy and terms of service.