Advertisement

Kesakitan Berlarutan dan Telefon Bimbit

256 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Nov 17, 2015 at 08:04
by   Sharul
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, nama saya Sharul. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih atas jawapan/bantuan pihak tuan/puan menyelesaikan kekeliruan saya ini.

Baru-baru ini saya dan isteri telah terlibat dalam satu kemalangan, dan alhamdulillah tiada cedera parah pada mana-mana pihak. Dan kemalangan tersebut berpunca daripada kecuaian pihak yang lagi satu. Dan saya telah difahamkan pihak tersebut telah mengaku salah dalam laporan polis beliau. Namun begitu, saya sedikit ralat apabila setelah seminggu berlalu, isteri saya masih lagi mengadu kadang-kadang dada beliau sakit (berpunca daripada hentakan semasa kemalangan). Pihak hospital juga telah melakukan ujian/rawatan pada petang hari kejadian dan didapati isteri saya tidak apa-apa dan hanya diberikan ubat sapu n ubat tahan sakit sahaja. Kemudian, telefon bimbit saya juga telah rosak akibat kemalangan tersebut dan saya telah memaklumkan kepada pihak lagi satu memohon jasa baik beliau membantu saya membiayai kos baikpulih tersebut. Beliau pada mulanya setuju, namun setelah pemeriksaan dilakukan oleh pusat baikpulih tersebut mendapati jumlah untuk membaikpulih telefon adalah RM 1000 lebih. Dan saya telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak lagi satu melalui Whatsapp. Tertera beliau telah membaca mesej tersebut namun tidak membalas. Dan saya beranggapan beliau tidak berminat untuk menanggung kos tersebut. Telefon bimbit tersebut amat penting untuk saya berkerja memandangkan saya sering bertugas luar kawasan. Dan ketiadaan kereta juga amat menyusahkan, saya terpaksa meminjam kereta saudara dan mungkin terpaksa menyewa kereta sekiranya kereta pinjam tersebut tiada. Isteri saya berkerja dari rumah, dan kesakitan yang beliau hadapi sedikit mengganggu produktiviti beliau.

Jadi saya ingin bertanya, apakah yang boleh saya lakukan secara sivil memandangkan tiada lagi layanan kemanusiaan dari pihak lagi satu. Terima kasih atas jawapan yang akan diberikan. Semoga Allah merahmati pihak tuan/puan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Mar 11, 2016 at 01:21
by   jebat
Tidak ada bukti yang mengaitkan kemalangan kepada kesakitan isteri ataupun kerosakan telefon bimbit.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.