Advertisement

Car Accident: Can't claim insurance for driving without driving licence?

2483 Views  ⚫  Asked 8 Years Ago
asked on Feb 28, 2010 at 20:13
by   Botak
edited on Jul 20, 2016 at 20:56
 
Saya ada satu masalah yang besar. Dalam bulan ini, saya ada terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan 3 buah kereta. Masalahnya, saya membuat report ke polis trafik, lesen saya telah mati selama 3 tahun dan saya telah di saman oleh pihak polis. Masalah saman itu saya terima sebab ini adalah kesalahan saya sendiri. Tapi yang saya rasa tidak puas hati sangat ialah dengan syarikat insurans Takaful Ikhlas.

Saya membayar insurans setiap tahun. Jikalau kesalahan saya memandu tanpa lesen itu adalah kesalahan saya dengan pihak kerajaan dan juga dengan pihak polis. Tetapi saya telah membayar setiap tahun pada pihak insurans untuk perlindungan kereta apabila kereta yang di pandu terbabit dalam kemalangan.

Sekiranya saya tidak layak untuk mendapat tuntutan insurans yang telah saya bayar setiap tahun itu adalah satu kerugian bagi orang-orang yang memberi duit insurans premium pada syarikat insurans.

Dengan ini syarikat insurans untung atas angin sahaja ini tidak adil bagi orang macam saya? Sedangkan kesalahan memandu tanpa lesen, saman telah di keluarkan oleh pihak polis. Jadi di mana keadilan bagi orang macam saya kerana satu kesalahan memandu tanpa lesen. Kalau macam ini pihak insurans untung besarlah...

Dah lah insurans saya 1st party di lindungi sebanyak RM8,000, tapi sekarang satu sen pun saya tidak dapat. Kalau macam ini tiada gunalah saya membayar insurans setiap tahun. Bila tidak dapat tuntutan insurans bermakna kereta yang rosak saya harus di tangung sendiri? Memang tak adil? Sudah bayar saman, syarikat insurans tidak benarkan saya membuat tuntutan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
7 Answers

answered on Mar 1, 2010 at 17:39
by   irresponsible
edited Jul 4, 2016 at 06:33
 
You need a valid license in order for you to claim insurance. That is insurance policy, rules and regulation. You go anywhere also nobody can help you on this. Too bad.

Kamu memang memerlukan lesen memandu yang sah untuk membuat tuntutan insurans. Itu adalah polisi insurans, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan. Tiada orang lain yang dapat membantu kamu dalam hal ini. Malangnya.

Memandu selama 3 tahun tanpa lesen yang sah, kamu memang seorang yang tidak bertanggung jawab juga.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 16, 2011 at 00:21
by   Zorro
edited Jul 20, 2016 at 21:03
 
@Botak

Kamu fikir kesusahan kamu sahaja. Cuba fikir, di sebabkan oleh kebebalan awak, kereta orang lain yang terlibat dalam kemalangan sama itu pun, silap-silap tak boleh claim dari insurance awak sebab kira 'void'. Susah sangat kah nak renew lesen memandu? Insurance RM8 ribu boleh bayar, saman dan lesen memandu tak boleh nak bayar?

And now you point your finger to the insurance company for defaulting your insurance claim.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jan 30, 2013 at 14:45
by   Perlu Bertindak
edited Jul 20, 2016 at 21:07
 
Bagi pandangan saya. Perkara seperti ini perlu bertindak. Kita bayar insuran peribadi adalah untuk peribadi. Kita bayar insuran untuk harta benda, oleh itu, pihak insuran perlu membayarnya.

Bermakna, tuan sudah bayar insuran untuk kereta tuan. Jika berlaku apa-apa, sepatutnya pihak insuran perlu membayarnya... sebab itu lah kita insurankannya... sebab itu lah kita membayarnya. Seperti kita membayar insuran diri peribadi.

Perkara seperti ini kita perlu bawa kehadapan.. Jika begini, pihak pengguna seperti tertipu oleh pihak insuran.

Boleh saya tahu insuran apa yang tuan ambil?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 4, 2013 at 21:38
by   janice
edited Jul 20, 2016 at 21:09
 
Sebenarnya kes yang dihadapi tuan memang merugikan. Ya, adalah salah sekiranya memandu tanpa lesen tetapi anda masih berhak kerana sudah membayar insuran. Sudahkah anda hubungi seorang peguam? Sekiranya belum, anda patut hubungi seorang peguam untuk membentangkan kes anda dengan pihak insuran.
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 17, 2013 at 15:04
by   mrashid
edited Jul 20, 2016 at 21:12
 
Setakat yang saya faham tentang polisi insuran, memang mereka tidak cover bagi setiap kejadian yang berlaku akibat dari perlanggaran undang-undang.

Cuba teliti semula polisi insuran anda. Bukan senang-senang insuran company nak lari dari bayar claim sebab mereka sentiasa dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Bisnes mereka bukan kecil-kecil takkan sebab RM2-3 ribu claim mereka nak rosakkan imej mereka.

Tapi tak salah kalau nak ambik lawyer cuma standby la duit lagi banyak. Lawyer memang suka kalau ada kes ni. Menang kalah habuan dapat juga.

Baca polisi dulu sebelum bertindak lebih jauh.
0 found this helpful
Helpful

answered on Dec 27, 2014 at 01:08
by   chatey
edited Jul 20, 2016 at 21:13
 
Kesalahan awak ialah tidak memperbahrui lesen memandu, dan bukannya tak ada lesen memandu.

Cuba cari lawyer yang bagus untuk mengistiharkan kesalah awak ialah tidak memperbahrui lesen memandu dan bukannya tiada lesen memandu. Settlekan Problem A, than we go to problem B, I know how you feel.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 30, 2016 at 15:52
by   sesal
edited Jul 20, 2016 at 21:16
 
Tiga tahun tidak diperbaharui, dikira perlu mengambil lesen dari A-Z. Itu terjadi kepada saya, dikira tiada lesen.
0 found this helpful
Helpful

Your Answer





By posting your answer, you agree to the privacy policy and terms of service.