Saya telah dituduh melakukan perkara yang tidak senonoh di dalam kenderaan ( seks ) dengan pasangan saya di tempat kerja saya.
Perkara ini hanya berdasarkan andaian dan tanggapan semata - mata tanpa saksi atau bukti bergambar atau sebagainya. Hanya berdasarkan cerita dari mulut ke mulut.
Hal ini berlaku apabila kenderaan saya diletakkan di ruangan parkir tanpa dimatikan enjin melebihi 15 minit, dan selepas itu kenderaan saya beredar keluar dari situ. Pada masa yang sama saya berada di ruang saya bekerja ( kenderaan dipandu orang lain ).
Tuduhan ini dilemparkan tanpa ada saksi mahupun bukti sahih bahawa saya melakukan perbuatan itu, dan tiada siapa pun yang betul - betul melihat siapa pemandunya dengan jelas, hanya berdasarkan andaian sahaja.
Akibatnya saya dan pasangan saya menerima tindakan disiplin hanya berdasarkan aduan sesorang sahaja tanpa dikemukakan bukti atau saksi.
Sehubungan itu juga, kami menerima cemuhan dan tuduhan yang memalukan kami dari kalangan pekerja lain hanya kerana cerita mulut ke mulut walaupun kami memohon agar ditampilkan saksi beserta bukti kami melakukan perbuatan tersebut.
Apa yang perlu kami lakukan?
Advertisement |
Tuduhan tanpa bukti kukuh
75 Views ⚫ Asked 3 Months Ago
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
You must log in to answer this question.
Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.
Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.