Advertisement

Melawan Petisyen Kebankrapan

1136 Views  ⚫  Asked 9 Months Ago
asked on Oct 13, 2020 at 20:14
by  
edited on May 25, 2021 at 03:39
 
Pertama sekali terima kasih dengan wujudnya forum ni saya banyak dapat membaca dan membantu saya.

Saya telah diserahkan Notis Kebankrapan secara kediri pada 7 Ogos 2020. Saya tidak hadir ke mahkamah untuk pendengaran notis kebankrapan pada 21 Ogos 2020 kerana saya telah dimaklumkan oleh peguam bank yang saya tak perlu hadir. Tapi ternyata silap mungkin mereka sengaja buat saya tak hadir.

Seterusnya saya diserahkan Petisyen Kebankrapan secara kediri pada 18 September 2020. Saya tak dapat mengelak untuk terima sebab wakil peguam telah datang ke rumah. Dan pagi tadi 13 Oktober 2020 adalah pendengaran kes Petisyen Kebankrapan saya. Dan saya telah hadir dan telah pun memfailkan Notis bertindak sendiri, Saman dalam kamar, afidavit dan notis niat membangkang. Dan Tuan pendaftar telah buat keputusan suruh saya bincang penyelesaian dengan bank, dan naik semula 5 November 2020 untuk penghujahan jika tak selesai.

Masalah saya sekarang, pihak Bank Rakyat berkeras mahukan RM26,000 untuk mereka menarik balik kes. Saya tidak ada tunai sebanyak itu. Dan pihak bank beritahu jika tidak dapat, terserah pada mahkamah dimana saya memang bileh dijatuhkan bankrap.

Saya pernah berdaftar dengan AKPK pada Julai 2019 namun sehingga Januari 2020 saya telah diterminate berikutan saya dihentikan kontrak, dan saya pula bersalin pada april 2020 maka tidak dapat mencari kerja dengan musim PKP lagi. Pihak akpk bersetuju untuk saya memohon semula tetapi pihak bank sudah tidak mahu benarkan saya masuk ke AKPK selagi saya tidak bayar RM26 ribu tunggakan.

Bagaimana saya harus lakukan ya. Saya ada masa sehingga 5 November 2020. Saya tak mahu jatuh bankrap. Saya ada tiga anak.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
23 Answers
 1   2   3   Next »  Last »

answered on Oct 14, 2020 at 00:48
by  
edited May 25, 2021 at 03:52
 
I really hope I can get some help from here. Tuhan akan membalas segala jasa tuan/puan dalam mambantu kami yang bermasaalah. Kami bukan nak lepaskan diri dari hutang, cuma seperti saya, banyak masalah yang bertimpa ditambah dengan kurang ilmu tentang guaman dan mahkamah. Saya sangat-sangat mahu selesaikan hutang. Cuma mendadak sangat yang diminta RM26 ribu disaat saya sedang bermasaalah.

Semoga kita semua dibebaskan dari kesempitan hidup. Saya nak mohon cadangan apa yang boleh saya lakukan sebelum 5 November 2020 untuk saya menentang atau membatalkan petisyen kebankrapan.

Supaya saya ada lebih masa untuk mengumpul wang untuk bayaran tertunggak.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 14, 2020 at 07:50
by  
edited May 25, 2021 at 03:56
 
@norlina1010

For your issues, @harapan besar has made very detailed on what he has done in "setting aside" his Notis Kebankrapan or Bankruptcy Notice cum bankrupt status. You have to study carefully on ALL the instructional court procedures done by his Goodself himself. You may ask him questions in the "Your Questions to Harapan Besar" thread by making references to this thread you have started.

Important proactive, educative and instructional posts by @harapan besar on this website:
(The only secured, proactive and real educative thread(s) based on the Topic/Contents of "some issues with Bankruptcy Notice").

https://www.lawyerment.com/answers/questions/13825/some-issues-with-bankruptcy-notice

https://www.lawyerment.com/answers/questions/13828/your-questions-to-harapan-besar
2 found this helpful
Helpful

answered on Oct 14, 2020 at 17:03
by  
edited May 25, 2021 at 03:58
 
Hi Cik @norlina1010,

1. Oleh sebab penglibatan saya dalam suatu business baru, saya cuma dapat sekali-sekala memberi pandangan berkenaan kes anda. Saya pasti, forumer yang lain yang berpengalam akan sudi member bantuan juga.

2. Harap Cik pamerkan di bawah thread ini, Notis kebankrapan, Petisyen Kebankraopan dan Penghakiman & afidavit menyokong Saman Dalam Kamar dokumen-dokumen tersebut boleh didapati dari Carian Fail di laman web Kehakiman.

3. JANGAN tunjuk butir-butir yang sensitive di sini, seperti, antara yang lain, nombor kebankrapan, nama penuh Cik dan lain-lain.

4. Fakta-fakta yang Cik telah pamerkan di sini, tidak dapat membantu forumer-forumer untuk memberi pandangan yang "meaningful".

5. Sekian sahaja jawapan saya.

"Saya cuma dapat memberi pandangan sekali-sekala sahaja"
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 15, 2020 at 10:55
by  
edited Oct 15, 2020 at 10:58
by   norlina1010








Di atas adalah petisyen kebankrapan dan notis kebankarapan.

Manakala di bawah adalah Notis tuntutan sebelum notis kebankrapan diberi. Saya rasa musykil dengan jumlah hutang. Mungkin ini boleh dijadikan fakta untuk saya menentang petisyen. Sila lihat notis tuntutan di bawah.



Notis ini menuntut jumlah terakru  sebanyak RM 133,012.94 dengan tunggakan sebanyak RM16,745 setakat 1.6.2020.

Di dalam notis kebankrapan dan petisyen kebankrapan pula, mereka menyatakan, tuntutan lama pada 18.01.2019 RM140,489.30 setakat 13.01.2020, selepas bayaran diterima itu, menjadi RM131,727.94.

Saya musykil, bukankan jumlah dituntut dalam notis kebankrapan dan petisyen kebankrapan sepatutnya yg terakru rm133,012.94 kemudian baru ditambah dengan kos2 guaman yg lain.

Bagaimana ya.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 15, 2020 at 11:04
by  
edited May 25, 2021 at 04:01
 
Tambahan fakta kes saya:

- Notis kebankrapan pertama memang pada tahun 2019 namun saya telah berjaya memasuki program AKPK pada Julai 2019 maka notis itu terbatal.

- Kemudian bayaran saya terhenti pada December 2019 dengan AKPK menyebabkan bank bertindak mengeluarkan semula notis seperti di atas.

- Itu yang saya faham seperti mereka tulis Bayaran yang diterima selepas Penghakiman Ibra' = RM4350 dan RM4416.36.

- Hal ini juga menimbulkan keraguan kerana saya membuat bayaran bersama AKPK dengan bayaran bulan RM1500 sebulan bersama hutang lain. Anggaran jumlah bulanan yang dibayar untuk hutang ini adalah RM800 sebulan. Maka bayaran yang sepatutnya bank terima adalah dalam RM4000 sahaja.

- Mengapa mereka menolak bayaran diterima sebanyak RM8766.36.

Bagaimana pendapat ahli disini dan Encik @harapan besar ya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 15, 2020 at 11:25
by  
edited May 25, 2021 at 04:02
 
Cik norlina1010,

Harap beri maklumat/dokumen berikut:

1. Sesalinan bermeterai (sealed copy) Penghakiman

2. Tarikh Notis Kebankrapan diserahkan

3. Tarikh Notis Kebankrapan

4. Tarikh Petisyen Pemiutang dan tarikh Petisyen Pemiutang diserahkan

5. Tunjuk "full pagraph 4" dalam Petisyen Pemiutang yang menyatakan tarikh tindakan kebankrapan telah dilakukan itu.

Sekian sahaja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 16, 2020 at 10:34
by  
edited May 25, 2021 at 04:06
 
Kepada Encik @harapan besar,

Harap beri maklumat / dokumen berikut:

1. Sesalinan bermeterai (sealed copy) Penghakiman
Saya tak terima yang ini untuk tahun 2020. Tapi untuk tahun 2019 selepas notis pertama seperti berikut.



Dalam notis kebankrapan ada menyatakan Perlaksanaan atas Penghakiman tersebut tidak digantung.

2. Tarikh Notis Kebankrapan diserahkan
Diserahkan kepada saya 6 ogos 2020.

3. Tarikh Notis Kebankrapan
13 Julai 2020

4. Tarikh Petisyen Pemiutang dan tarikh Petisyen Pemiutang diserahkan

Tarikh: 11 September 2020
Diserahkan: 4 Oktober 2020

5. Tunjuk "full pagraph 4" dalam Petisyen Pemiutang yang menyatakan tarikh tindakan kebankrapan telah dilakukan itu.


0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 16, 2020 at 13:00
by  
edited May 25, 2021 at 04:10
 
@norlina1010

saya telah dimaklumkan oleh peguam bank yang saya tak perlu hadir. Tapi ternyata silap mungkin mereka sengaja buat saya tak hadir.

This is the usual answer if one contact the bank lawyers. It is true that you need not attend, but they would never tell you the consequences of not attending.



Read @rajf1 .. I had posted the above in his query. But this time it is non legal people who have advised him (on a legal matter) as not to attend. I have only one mouth, there are so many mouths, being a new reader, who would people believe?

You have unfortunately hit badly by this infringement, not your fault though.
2 found this helpful
Helpful

answered on Oct 16, 2020 at 16:11
by  
edited May 25, 2021 at 04:14
 
@norlina1010

It would be appropriate for me to have a copy of the grounds in your affidavit in support of the Saman Dalam Kamar. (Afidavit Sokongan). Please send it to my email, which is available in my profile, for privacy purposes.

It is up to you.



The image above:

How could they claim lawyers fees when the case is not concluded? (My personal opinion).
Let the Court decide the court costs. The RM 1080 is stated in the Judgement debt.
Whether or not, this will make the Notis Kebankrapan or Bankruptcy Notice defective or not, I have no idea.

And, I did not see any computations of the interests element charged as you did made some payments (or maybe I have missed it).

Any comments from the floor?

(Caveat: The above comment is written by a Q&A registered User. It represents a personal point of view and is in no way associated with others in this forum nor be regarded as legal advice)
0 found this helpful
Helpful

answered on Oct 16, 2020 at 19:12
by  
edited May 25, 2021 at 04:15
 
Hi @jeff005 & @norlina1010,

As I have said earlier, I can only once a while (sekali-sekala) give my opinion due to other commitment.

With regards to the issues:
 
1. "saya telah dimaklumkan oleh peguam bank yang saya tak perlu hadir. Tapi ternyata silap mungkin mereka sengaja buat saya tak hadir."

The reason is because the bank's application is ex parte, if the defendant attend, then the ex parte application will become inter-parte. 
  
2. The RM1320 is the cos incurred by employing lawyer, though the Court allows such claim, but the specific amount is not stated.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.