Advertisement

Panduan Menulis Afidavit

458 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 25, 2020 at 20:03
by  
edited on May 17, 2021 at 22:30
 
[Copyright by William Chan, aao]

Sepanjang beberapa tahun penglibatan saya di forum ini saya dapati ramai menghadapi masalah menulis Afidavit.

Tidak terkecuali, para peguam juga melakukan kesilapan dalam mendraf afidavit.

Di sini saya akan membantu dalam memperbaiki kemahiran menulis afidavit anda.

Peraturan Utama dalam Penulisan Afidavit.

1. Rancang strategi sebelum menulis.
2. Jangan tulis hujahan.
3. Tulis mengikut naratif orang pertama.
4. Perenggankan setiap isu dan berikan nombor turutan.
5. Tulis setiap perenggan agar ia mudah di jawab.
6. Nyatakan pekerjaan anda.
7. Lampirkan ekshibit jika perlu.
8. Jawab semua fakta penting.

Nota:
Afidavit mesti dalam Bahasa Melayu untuk Semenanjung Malaysia.

Afidavit boleh dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu di Malaysia Timur.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
8 Answers

answered on Aug 25, 2020 at 20:04
by  
1.  Rancang strategi sebelum menulis.

Jika bekas isteri mahu mengambil kereta dan anak dan anda sebenarnya lebih pentingkan anak, maka draf lah penyataan dengan memberikan tumpuan pada isu hak penjagaan anak.

Jangan pula membazir masa menulis mengenai kereta kerana hakim boleh hilang tumpuan.
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2020 at 20:04
by  
2. Jangan tulis hujahan.

Ini lah kesilapan besar yang ramai lakukan.
Tulis fakta, penyataan dan dakwaan dalam afidavit.
Hanya tulis hujahan dalam dokumen Hujahan Bertulis anda kemudian nanti.
Lihat contoh berikut:

* Bank kenakan caj penalti dan tambahan faedah yang bertentangan dengan undang undang perbankan. <--  Salah

* Bank kenakan caj penalti dan faedah berlebihan. <-- Betul
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2020 at 20:05
by  
3. Tulis mengikut naratif orang pertama.
 
Defendan lihat plaintif cium amah tersebut. <-- Salah (naratif orang ketiga)
Saya lihat plaintif cium mah tersebut. <--Betul (naratif orang pertama)

Ibu saya lihat plaintif cium amah tersebut. <--Salah (suruh ibu mengikrarkan dalam afidavit nya sendiri)
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2020 at 20:06
by  
4. Perenggankan setiap isu dan berikan nombor turutan.
5. Tulis setiap perenggan agar mudah di jawab.
 
1. Bekas isteri saya ada teman lelaki baru oleh kerana itu dia mungkin akan bertukar agamanya dan menukarkan agama anak kami. 
( terdapat 3 isu di sini, lebih baik pecahkan menjadi 3 perenggan tersendiri)
 
1. Bekas isteri ada teman baru.
2. Disebabkan teman baru ini mungkin bekas isteri akan menukar agama beliau.
3. Disebabkan teman baru ini juga berkemungkinan dia akan menukar agama anak kami.
 
Kita menulis begini kerana setiap satu isu itu boleh menerima jawapan yang berlainanan dari pihak bekas isteri kemudian.
Jika kita meletakkan 3 isu sekali gus dalam satu perenggan, jawapan yang di terima kemudian boleh menjadi tidak begitu jelas. (kepada hakim)
Sebagai contoh, jika kesemua 3 isu itu dalam satu perenggan dan jawapan diterima adalah bekas isteri menafikan dakwaan perenggan tersebut, maka isu yang mana satukah antara 3 isu itu yang sebenar benar di nafikan?

 
1 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2020 at 20:07
by  
6. Nyatakan pekerjaan anda.

Ketika membaca afidavit anda, hakim juga akan cuba menilai watak atau kewibawaan anda, samada anda adalah seorang yang boleh dipercayai.
Maka adalah penting untuk menyatakan apakah kerja yang anda lakukan demi menanggung kehidupan anda dalam afidavit.

Sebagai contoh, jika anda nyatakan pekerjaan anda adalah seorang peguam, maka akuan bersumpah anda  pastilah akan membawa pertimbangan lebih berat dari, katalah, seorang petani, atau, adakah sebaliknya?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2020 at 20:07
by  
7. Lampirkan ekshibit jika perlu.
 
Walaupun adalah satu kesalahan jenayah untuk menipu dalam afidavit, masih ramai yang menipu dalam afidavit kerana terdesak untuk memenangi kes mereka.
Para hakim menghadapi kesukaran dalam menentukan antara penipuan dan kebenaran.
Itu lah sebabnya anda perlu melampirkan dokumen bukti sebagai sandaran kepada akuan bersumpah anda.
Tandakan setiap ekshibit dan pastikan setiap ekshibit itu dilampirkan dengan muka surat iringan untuk dicop oleh pesuruhjaya sumpah.
 

 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 25, 2020 at 20:08
by  
8. Jawab semua fakta penting.

Jika afidavit anda di tulis sebagai jawapan kepada afidavit yang lain, pastikan anda secara khusus menjawab setiap penyataan dan dakwaan yang anda tidak setuju.
 
Dari segi undang undang penafian yang tidak spesifik boleh di terima  sebagai satu pengakuan, melainkan dakwaan itu terlalu bodoh, tidak masuk akal, tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai.

 
0 found this helpful
Helpful

answered on Sep 6, 2021 at 06:58
by  
@rara
Saya baru terima NK pada Jumaat, 3.9.2021 dan arahan meminta bayaran dlm tempoh 7 hari kepada Bank Rakyat di Kuching, Sarawak. Selama 2 hari hujung minggu saya cuba cari info bagaimana nak membalas NK dan terjumpa ruang ni. Saya memang tidak dapat membayar kerana masalah kewangan. Saya telah dapat beberapa cara untuk membuat afidavit, saya juga dapat tahu perlu ke bank untuk cuba buat bayaran dan ini akan saya lakukan hari ini, kemudian ke pejabat pesuruhjaya sumpah. Soalan saya 
1. Saya kini bekerja di Labuan, kes pula di High Court Bintulu Sarawak. Macam mana cara saya untuk serahkan afidavit? Adakah saya boleh fax dan kemudian kirim afidavit tersebut by courier? Sekarang musim covid-19 adalah sukar untuk masuk ke Sarawak. Mohon bantuan sebab masa saya untuk membuat afidavit terlalu singkat. Terima kasih
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.