Advertisement

Dalam Proses Bankrap

5247 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Aug 18, 2020 at 20:21
by  
edited on May 20, 2021 at 04:47
 
Pada penghujung bulan Julai 2020, saya ada menghubungi bank untuk membuat penyambungan bayaran pinjaman semula saya setelah beberapa tahun tidak membuat pembayaran (Saya tidak dapat membuat pembayaran ketika itu adalah kerana sudah berhenti kerja kerana menjaga ibu yang sakit). Ketika itu pihak bank ada memberitahu bahawa saya ada sesi mahkamah pada 25 Ogos 2020 ini. Saya ada bertanya berapa jumlah keseluruhan tunggakan dan baki pinjaman saya. Menurut pihak bank jumlah keseluruhan setakat Jun 2020 adalah RM80k. Kemudian mereka ada memberi surat tawaran dan memberi diskaun menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah RM60k untuk tutup fail tapi perlu dibayar sebelum atau pada 30 September 2020. Saya ada memberitahu pegawai bank tersebut bahawa saya tidak mampu untuk tutup fail dan bayar keseluruhan RM60k sebelum 30 September 2020, jadi saya mohon jika dapat bayar secara ansuran tapi pegawai tersebut kata, "Kalau macam tu saya suruh lawyer proceed je la ya".

Kemudian saya ada berhubung dengan pihak AKPK dan memohon untuk Debt Management Programme (DMP) tetapi permohonan tersebut ditolak kerana sekarang saya berada di tahap "Advance Legal". Jadi saya mencari apa yang perlu saya lakukan di carian "Google" dan terjumpa lawyerment.com dan membaca kisah-kisah tentang proses bankrup serta dari sini juga saya dapat tahu bahawa saya boleh mendapatkan fail-fail saya di mahkamah secara online dengan harga RM12.

Setelah saya melihat Notis Kebankrapan saya (ini baru pertama kali saya lihat selepas download dari laman web kehakiman.gov) saya dapati jumlah tunggakan tidak sama dengan jumlah yang diberitahu oleh saya oleh pegawai bank). Menurut dokumen-dokumen dari mahkamah tersebut saya dapati NK saya adalah melalui surat khabar pada Februari 2020 kerana saya berpindah selepas ibu saya meninggal dunia pada awal tahun 2019.

Saya ada membuat surat rayuan ke pihak HQ bank bagi membolehkan saya membuat pembayaran tunggakan saya secara ansuran tetapi masih belum terima jawapan dari mereka. Jadi, soalan saya:

1) Adakah pada tarikh 25 Ogos 2020 nanti saya akan dibankrapkan atau masih boleh mohon diberi masa sementara menunggu jawapan dari pihak bank?
2) Adakah pada peringkat ini saya boleh pertikaikan kenapa jumlah dalam Notis Kebankrapan berbeza dengan jumlah dari pihak bank?

Untuk rujukan,

Tarikh Notis Kebankrapan: 15.11.2020
Tamat Notis Kebankrapan: 16.02.2020
Lanjutan Notis Kebankrapan sehingga: 16.04.2020
Iklan Notis Kebankrapan: 07.02.2020
Penyampaian sempurna: 14.02.2020

Terima kasih.
0 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
95 Answers
 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

answered on Aug 18, 2020 at 20:25
by  
edited Aug 18, 2020 at 20:32
by   rjaf1






0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2020 at 18:30
by  
edited May 20, 2021 at 05:05
 
1) Adakah pada tarikh 25 Ogos 2020 nanti saya akan dibankrupkan atau masih boleh mohon diberi masa sementara menunggu jawapan dari pihak bank?
Tidak lagi kerana ada lagi satu peringakat serahan Petisyen Pemiutang yang mesti diserah pada kamu sepertimana NK.

Kamu sudah download dokumen, cuba kamu semak (1)..ada atau tidak lawyer memfailkan permohonan untuk menyerahkan petisyen ini terhadap kamu.
Dan (2) ..sekiranya mereka mendapat kebenaran mengambil tindakan perlaksanaan ini setelah 6 tahun berlalu sejak penghakiman pada 2011.

Selain itu kamu juga boleh sendiri (3) dapatkan maklumat dengan menalipon mahkamah dan tanya prosiding apakah pada 25.08.2020 itu dulu. 

2) Adakah pada peringkat ini saya boleh pertikaikan kenapa jumlah dalam Notis Kebankrapan berbeza dengan jumlah dari pihak bank?
Amaun penghakiman yang di perolehi pada 06.06.2011 tidak boleh dipertikai lagi ketika ini.

Sungguhpun surat balasan mereka pada rayuan kamu itu menyatakan baki nya ada perbezaan tetapi ia tidak menunjukan tuntutan lain seperti dalam tuntutan sebenar di mahkamah pada 2011 itu. Dengan nota 'tanpa prasangka', mahkamah boleh saja mengabaikan nya. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 19, 2020 at 22:46
by  
edited May 20, 2021 at 05:06
 
2) Adakah pada peringkat ini saya boleh pertikaikan kenapa jumlah dalam Notis Kebankrapan berbeza dengan jumlah dari pihak bank?

Walaupun masa untuk mempertikaikan amaun dalam Notis Kebankrapan sudah berlalu, ia masih boleh dibuat pada hari pendengaran Petisyen Pemiutang jika Permohonan Melanjutkan Masa Membantah Notis Kebankrapan dibuat serentak.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2020 at 11:24
by  
edited May 20, 2021 at 05:11
 
Hi @rjaf1,

Cuba buat semakan-semakan berikut:

1. Adakah amaun penghakiman yang dinyatakan dalam Penghakiman sama dengan amaun penghakiman yang dinyatakan dalam Notis kebankrapan?

2. Adakah denda lewat berjumlah RM790.49 dinyatakan dalam Penghakiman?

3. Adakah amaun kos tindakan dinyatakan dalam penghakiman?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2020 at 21:47
by  
edited May 20, 2021 at 05:17
 
@rara_

(1)..ada atau tidak lawyer memfailkan permohonan untuk menyerahkan petisyen ini terhadap kamu

- Maaf. Saya tak pasti yang ni di bahagian mana.

(2) ..sekiranya mereka mendapat kebenaran mengambil tindakan perlaksanaan ini setelah 6 tahun berlalu sejak penghakiman pada 2011.

- Ada

(3) dapatkan maklumat dengan menalipon mahkamah dan tanya prosiding apakah pada 25.08.2020 itu dulu

- Baik. Esok saya akan hubungi mahkamah. 

Amaun penghakiman yang di perolehi pada 06.06.2011 tidak boleh dipertikai lagi ketika ini.
Sungguhpun surat balasan mereka pada rayuan kamu itu menyatakan baki nya ada perbezaan tetapi ia tidak menunjukan tuntutan lain seperti dalam tuntutan sebenar di mahkamah pada 2011 itu. Dengan nota 'tanpa prasangka', mahkamah boleh saja mengabaikan nya. 

-  Boleh ke mereka gunakan jumlah pada 2011 tu walaupun saya ada pembayaran-pembayaran lain pada tahun 2012, 2013, 2014? (jumlah RM90,811.13 tu adalah pengiraan setakat 22/02/2011 dan dalam NK pula ada tulis jumlah tu setakat 05.06.2017)

@jebat

Walaupun masa untuk mempertikaikan amaun dalam Notis Kebankrapan sudah berlalu, ia masih boleh dibuat pada hari pendengaran Petisyen Pemiutang jika Permohonan Melanjutkan Masa Membantah Notis Kebankrapan dibuat serentak.

- Terima kasih atas maklumat ni. Boleh tahu langkah-langkah untuk Permohonan Melanjutkan Masa Membantah Notis Kebankrapan? Tapi buat masa sekarang saya cuma ingin membantah tentang jumlah dalam Notis Kebankrapan tapi saya faham dengan jawapan @raraa_ bahawa jumlah penghakiman yang diperolehi pada 06.06.2011 sudah tidak boleh dipertikaikan.

@harapan besar

1. Adakah amaun penghakiman yang dinyatakan dalam Penghakiman sama dengan amaun penghakiman yang dinyatakan dalam Notis kebankrapan?

- Sama 

2. Adakah denda lewat berjumlah RM790.49 dinyatakan dalam Penghakiman?

- Jumlah RM790.49 hanya ada pada Notis Kebankrupan sahaja. 

3. Adakah amaun kos tindakan dinyatakan dalam penghakiman?

- Ada
- Kos tindakan dalam penghakiman oleh mahkamah sesyen bertarikh 06.06.2011 - RM 1,533.00 sama seperti jumlah kos tindakan dalam Notis Kebankrapan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2020 at 21:54
by  




0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2020 at 21:54
by  




0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2020 at 21:55
by  
edited Aug 20, 2020 at 21:59
by   rjaf1


0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2020 at 21:59
by  


0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 20, 2020 at 22:00
by  


0 found this helpful
Helpful


 1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.