Advertisement

Saya dalam proses dibankrapkan oleh bank. Perlukah saya menghadirkan diri ke mahkamah?

1256 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Aug 13, 2020 at 12:00
by  
edited on May 18, 2021 at 19:56
 
Saya dalam proses dibankrapkan oleh bank. Kini di peringkat Notis Kebankrapan.

Perlukah saya menghadirkan diri ke court? Apakah langkah pertama yang saya perlu lakukan?
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
45 Answers
« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

answered on Aug 13, 2020 at 22:31
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2020 at 22:44
by  
edited May 18, 2021 at 20:49
 
Dari muka surat 2 Notis Kebankrapan itu menyatakan tuan di jatuhkan sebagai Penghutang Penghakiman pada 9.5.2012 dengan tuntutan amaun sebanyak RM97,827.

Berdasarkan penyataan itu menyatakan tidak ada pembayaran dari pihak tuan sejak 9.5.2012 untuk di tolak.
Bagaimana pula tuan boleh katakan seperti berikut..

Saya sedikit musykil..loan  RM44,000 setakat 9.3.2020 bank menuntut RM99,435
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2020 at 23:19
by  
edited May 18, 2021 at 20:51
 
Pinjaman asal adalah RM44,600... peguam hantar notis penamatan 19 April 2011. Adakah jumlah yang bank tuntut itu munasabah? Saya sebenarnya tak tahu dan belum lagi meneliti kontrak personal loan tersebut..

Saya keliru dan tak tahu di mana peringkat saya sekarang ini..
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2020 at 23:20
by  
edited May 18, 2021 at 20:52
 
Ini screenshot file yang saya download dari efiling.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2020 at 23:22
by  
edited Aug 13, 2020 at 23:22
by   clickloft
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2020 at 23:33
by  
edited May 18, 2021 at 20:53
 
Petikan dari fail PERMINTAAN MENGELUARKAN NOTIS KEBANKRAPAN.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2020 at 23:34
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 14, 2020 at 00:41
by  
edited May 18, 2021 at 20:58
 
Pinjaman asal adalah RM44,600... peguam hantar notis penamatan 19 April 2011. Adakah jumlah yang bank tuntut itu munasabah?
Apabila bank menamatkan kontrak pasti lah mereka akan menuntut segala faedah serta kerugian dari keuntungan yang sepatut nya mereka perolehi berdasarkan perjanjian yang telah tuan tandatangani dengan mereka tetapi telah mengingkari nya. 

Mereka telah membuat tuntutan atas amaun ini pada 2012 sehingga mereka mendapat penghakiman untuk amaun itu.

saya sebenarnya tak tahu dan blum lagi meneliti kontrak personal loan tersebut..
Sepatutnya tuan mempertikaikan amaun itu semasa di peringkat mahkamah sessi lagi. Di peringkat Notis Kebankrapan ini sudah tak boleh pertikai lagi. Mereka pula tidak mengenakan faedah dari 2012 sehingga 
9.3.2020 selain kos guaman sahaja.

saya keliru dan tak tahu di mana peringkat saya sekarang ini..

Selepas mendapat penghakiman pada 2012, kreditor (bank) mempunyai 6 tahun untuk tindakan perlaksanaan demi mendapatkan wang mereka dengan tambahan 6 tahun lagi atas kebenaran mahkamah.

Untuk amaun yang melebihi RM50k kreditor akan mengambil tindakan kebankrapan dari perlaksanaan lain. 

Tuan kini di peringkat Notis Kebankrapan. Selepas Notis Kebankrapan mereka akan memohon Petisyen Kebankrapan pula untuk di serahkan pada tuan dan seterusnya menjadikan tuan sebagai bankrap.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 16, 2020 at 14:27
by  
edited May 18, 2021 at 20:59
 
@clickloft,

Berdasarkan butir-butir yang dikemukakan, saya bersetuju dengan @rara bahawa bank perlu mendapat kebenaran mahkamah untuk mengeluarkan Notis Kebankrapan kerana kes @clickloft telah lebih daripada enam tahun sejak tarikh penghakiman.

Harap kemukakan salinan penghakiman yang jelas dan Notis Kebankrapan yang lengkap dan jelas.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 18, 2020 at 22:39
by  
edited May 18, 2021 at 20:58
 
Inikah Notis Kebankrapan yang lengkap dan jelas?
0 found this helpful
Helpful


« Previous   1   2   3   4   5   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.