Advertisement

Nama dalam senarai nak di bankrapsi oleh Diners Club

397 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jul 17, 2020 at 22:51
by  
edited on May 7, 2021 at 18:20
 
Saya ada masalah dengan charge card Diners Club. Saya mempunyai 2 kad, penggunaan terakhir pada 2009 kad yg pertama adalah RM2k+ dan kad kedua RM1k+. Pada tahun akhir saya guna saya sudah tiada pendapatan tetap, jadi tak mampu nak buat bayaran bulanan. Sehinggalah pada tahun 2015 mereka dapat hubungi saya semula dan saya ada buat bayaran RM50-RM100 setiap bulan. Tapi mereka hubungi saya minta saya buat bayaran lebih dan saya kata saya tak boleh buat bayaran lebih dari itu. Kata mereka jumlah tersebut hanya untuk interest sahaja itu pun tak cukup. Jadi bila mereka desak-desak saya, saya jadi malas nak layan tidak lagi membuat bayaran sehingga ke hari ini.

Tapi hari ini saya ada terima panggilan dia kata dia call dari Diners Club, tapi saya dapat info dari Google yang Diners Club Malaysia sudah tidak beroperasi lagi di Malaysia. Apa yang dibincangkan hari ini adalah dia menjelaskan kepada saya yang hutang charge card saya telah mencecah kepada RM160,000 untuk kedua-kedua kad. Jumlah itu adalah termasuk dgn kos mahkamah, dia kata sekiranya saya tidak selesaikan nama saya dalam process bankruptcy dan sekiranya nama saya bankruptcy rumah Mak saya akan disita kerana saya telah daftar atas alamat rumah Mak, rumah tersebut bukan lah atas nama saya dan saya pun sudah tidak duduk di sana. Menurut dia account EPF saya juga akan dibekukan.

Persoalan saya boleh ke mereka sita rumah mak saya sedangkan rumah itu bukan atas nama saya. Tetapi dia ada meminta saya buat bayaran RM 20K untuk mereka tarik balik nama saya dari senarai bankruptcy. Manalah saya nak cari RM20k gaji pun tak seberapa. Tak kan nak pinjam Ahlong kot. Yang buat saya tidak puas hati jumlah kenaikan itu terlalu tinggi berganda ganda.

Mohon advice dari yang berpengalaman apa yg perlu saya lakukan. Thanks in advance.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Jul 18, 2020 at 00:27
by  
edited May 7, 2021 at 18:21
 
Menurut dia account EPF saya juga akan dibekukan.
Simpanan di EPF adalah kebal dari segala macam kreditor.

Persoalan saya boleh ke mereka sita rumah mak saya sedangkan rumah tu bukan atas nama saya.
Rumah dan harta benda yang bukan milik kamu tidak boleh disita.

Tetapi dia ada meminta saya buat bayaran RM 20K untuk mereka tarik balik nama saya dari senarai bankruptcy.
Pernah kah sebelum ini menerima surat surat tuntutan atau saman dari firma guaman untuk ke mahkamah. 

Jika tidak pernah bermakna masakan ada tersenarai dalam bankrapsi. Ini hanya ugutan kosong dari agensi pengutip hutang. Jangan layan panggilan dan tukar nombor talipon. 
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.