Advertisement

Kebankrapan: Pengeluaran EPF bagi skim pencen kerajaan

450 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jul 7, 2020 at 17:41
by  
edited on May 8, 2021 at 03:38
 
Saya telah diisytiharkan sebagai muflis oleh Jabatan Insolvensi pada bulan September 2019 dan membayar sebanyak RM100 sebulan bermula bulan Oktober 2019 hingga sekarang.
Masih bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan/berkanun dan akaun bank aktif setelah dibenarkan oleh pegawai Insolvensi untuk membuka akaun bank bagi pembayaran gaji.

Soalan-soalan:

1) Saya telah disahkan jawatan dan memilih skim pencen, bagaimana cara untuk mengeluarkan wang KWSP?

2) Adakah wang dari akaun KWSP saya akan diambil oleh pihak Insolvensi untuk melunaskan hutang saya? (jumlah dalam akaun KWSP tidak cukup untuk selesai hutang)

3) Perlukah saya untuk memaklumkan tentang status muflis saya kepada pegawai KWSP nanti?

P.S: Harap dapat guna duit KWSP untuk perbelanjaan peribadi dan keluarga.
1 had this question
Me Too
1 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Jul 7, 2020 at 18:10
by  
edited May 8, 2021 at 03:40
 
Saya telah diisytiharkan sebagai muflis oleh jabatan insolvensi pada bulan September 2019 dan membayar sebanyak rm100 sebulan bermula bulan Oktober 2019 hingga sekarang.
Tahniah untuk hutang yang melebihi RM50k, tuan hanya membayar RM100 sebulan.

1) Saya telah disahkan jawatan dan memilih skim pencen, bagaimana cara untuk mengeluarkan wang KWSP?
Keluarkan seperti prosidur biasa.

2) Adakah wang dari akaun KWSP saya akan diambil oleh pihak Insolvensi untuk melunaskan hutang saya?(jumlah dalam akaun kwsp tidak cukup untuk selesai hutang)
Tidak.

3)Perlukah saya untuk memaklumkan tentang status muflis saya kepada pegawai KWSP nanti?
Tak perlu. 
Tetapi setiap 6 bulan apabila jika kena isytihar penyata sebagai pentadbiran kes, isytihar saja penyata sebenar, tak perlu risau.
1 found this helpful
Helpful

answered on Jul 7, 2020 at 18:19
by  
edited May 8, 2021 at 03:41
 
Terima kasih @rara_ atas bantuan dan pendapat, rasa senang sikit hati!
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.