Advertisement

Panduan mengarang Hujahan Bertulis

1534 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jun 19, 2020 at 21:48
by  
edited on May 6, 2021 at 02:19
 
[Copyright by William Chan, AAO].

Artikel ini boleh di anggap sebagai satu bab tambahan atau bonus bagi mereka yang telah membeli buku yang bertajuk seperti berikut.

How to Represent Yourself in Court to Fight Banks.
(Bagaimana Mewakili Diri Sendiri di Mahkamah untuk Melawan Pihak Bank).

Keperluan kepada serahan Hujahan Bertulis ini biasa nya tiba selepas proses perakuan (Afidavit)
Jika ingin mengetahui bagaimana mahu merangka sesebuah Afidavit yang berkesan, rujuk disini.. https://www.lawyerment.com/answers/questions/12617/how-to-write-an-affidavit
(versi Bahasa Melayu nya akan di usahakan)

Apa itu Hujahan Bertulis?
Hujahan Bertulis adalah hujahan kita dalam bentuk karangan.
Mahkamah membenarkan kita memilih untuk menulisnya dalam Bahasa Inggeris mahu pun dalam Bahasa Melayu.
Sekitar 15 tahun dulu hujahan bertulis di failkan dalam bentuk rangkanya sahaja.
Tetapi pada masa kini sudah menjadi amalan Hujahan Bertulis itu di failkan (file) secara keseluruhan karangan dan tidak lagi hanya dalam bentuk rangka rangka fakta sahaja.  

Sebelum kita bermula, benarkan saya membuka satu rahsia agak pelik tapi benar.
Bahawa lebih kurang 50% dari peguam tempatan kita mempunyai kelemahan dalam mendraf satu hujahan bertulis yang baik.
Kebanyakan peguam peguam muda hanya bijak ‘salin & tampal’ dari hasil kerja kerja terdahulu lalu mereka selalu menghasilkan sesuatu karya yang amat hodoh.
Jika anda boleh menulis sesuatu hujahan yang menarik maka boleh-lah kita beranggapan yang anda adalah lebih baik dari peguam peguam biasa di Malaysia.

Dibawah ini adalah pautan untuk satu contoh Hujahan Bertulis yang baik yang telah memenangi kes rayuan di Mahkamah Rayuan, di Istana Kehakiman, Putrajaya.
https://www.lawyerment.com/answers/questions/12469/self-represent-defeating-affin-bank-s-lawyer-at-court-of-appeal
(versi Bahasa Melayu nya akan diusahakan)

Amati nya dengan teliti.

Peraturan Utama dalam Mengarang Hujahan.

1. Rancang strategi anda sebelum menulis.
2. Berhujah hanya pada perkara yang telah di Plid sahaja .
3. Berhujah atas satu isu sahaja jika ingin memenangi kes.
4. Gunakan naratif orang ketiga.
5. Karang hujahan anda dengan pencerahan yang jelas.
6. Berfikir bagai seorang hakim semasa mendraf hujahan. 
7. Bahagikan tulisan mengikut isu isu tertentu.
8. Perenggankan setiap hujahan dan nomborkan nya mengikut turutan.
9. Berhujah bagi kedua dua pihak.
10. Berikan petikan dari kes kes yang terdahulu bila perlu.
11. Mulai dengan ringkasan dan akhiri dengan kesimpulan dan doa.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
10 Answers

answered on Jun 19, 2020 at 21:53
by  
1. Rancang strategi anda sebelum menulis.
Menulis  Hujahan Bertulis adalah seperti menulis sebuah karangan dalam subjek BM ketika di sekolah dulu, hanya karangan untuk hujahan ini adalah lebih berstruktur dan semua perenggan di beri nombor mengikut susunan nya. 
 
Sebelum menulis karangan, anda perlu merancang dan menggariskan  keseluruhan cerita, dan menentukan bagaimana cerita itu harus di tamatkan.
Demikian juga untuk Hujahan Bertulis, kita perlu mengatur segala hujah dan alasan ke arah satu rumusan dengan harapan mampu mempengaruhi hakim memihak kepada kita dari memihak pihak lawan.
Oleh kerana hujahan kita terhad pada sekitar isu yang telah kita perakukan (dalam Afidavit dan Penyata Pembelaan/Tuntutan), maka penentuan strategi kita itu sebenarnya harus lah bermula lebih awal lagi semasa kita melakar Afidavit atau Penyata Pembelaan/Tuntutan.
Sekiranya perakuan (Afidavit) telah tidak di rancang dengan baik maka  kita akan menemui kesukaran dalam mendraf hujahan bertulis ini.
Tetapi, sekiranya perakuan (Afidavit) telah di rancang dengan begitu baik maka lakaran Hujahan Bertulis ini pasti berkesudahan seolah sebuah puisi.

Seterus nya anda pasti akhiri larian anda dengan gaya begitu mempersona sambil menuju ke garisan penamat.
1 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 21:57
by  
2. Berhujah hanya pada perkara yang telah di-plid sahaja.

Apa itu pliding?

Pliding adalah penyataan bertulis secara formal tentang sebab sesuatu tindakan atau pembelaan yang dikemukakan oleh plaintif dan defendan dalam satu tuntutan mahkamah. Contoh mudah adalah penyataan yang tercatit dalam Penyata Pembelaan, Penyata Tuntutan ataupun Afidavit.
Hujahan Bertulis anda harus lah bersandarkan kepada isu yang telah di bangkitkan dari pliding.

Hujahan boleh berdasarkan pliding kita sendiri mahupun pliding pihak lawan.
Elakan berhujah atas isu isu baru.

Ini adalah peraturan amat mudah namun begitu ramai peguam dan orang kebiasaan melakukan kesilapan ini berulang ulang kali.

Sekiranya anda menghujahkan sesuatu yang anda tidak di-plid sebelumnya, pihak lawan boleh mengadu pada hakim dan sebahagian hujahan anda akan di tolak dan tidak akan diambil kira.

Begitu juga sekiranya pihak lawan melakukan perkara yang sama, anda juga boleh mengadu pada hakim.

Bagaimanapun, kadang kadang sesuatu isu itu boleh kelihatan seperti satu hujahan dan hujahan pula boleh kelihatan seperti satu isu yang baru.
Dalam keadaan sebegini anda gunakan lah kemahiran berbahasa anda untuk mengelak dari situasi ini. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 22:04
by  
edited Jun 19, 2020 at 22:05
by   rara_
3. Berhujah lah atas satu isu sahaja jika ingin memenangi kes.

Kebanyakan peguam dan orang kebanyakan akan lebih cenderung untuk meletakan sebanyak isu yang boleh dengan harapan salah satu daripada nya akan membawa kepada kemenangan kepada mereka.

Sebagai contoh, anda mungkin meletak 5 isu seperti berikut;

a. Saya tidak menerima notis tuntutan

b. Bank mengenakan penalti yang saya tidak setuju.

c. penarik kereta mengugut untuk menarik kereta saya di hadapan rakan sepejabat saya

d. Bank tidak menghantar jadual kelima kepada saya

e. Saya menghantar surat kepada bank untuk pembiayaan semula tetapi mereka tidak memberi jawapan.

Malangnya, strategi meletak isu yang banyak ini adalah lebih berbahaya kepada kes anda kerana;

a.  berkemungkinan hakim itu telah pun mempunyai 10 kes yang lain pada hari itu, keletihan akan membuat daya berfikir nya lemah, lalu di tambah pula isu yang banyak pasti menambah lagi kekusutan fikiran nya.

b.  hakim tersebut boleh terfikir bahawa semua isu yang anda timbulkan sebagai karut serta merta mendapati beberapa isu awal anda amat remeh dan tidak masuk akal (perkara ini sering terjadi lebih lagi pada orang-orang kebanyakan seperti anda)

c.  peguam pihak lawan pasti akan mengambil kesempatan menjawab mengikut isu kesukaan nya saja dan mengelak menjawab isu yang tidak memberi kelebihan kepada nya.  Jadi penyudah nya anda akan bercakap seumpama ayam manakala dia bercakap itik.

Oleh itu, walaupun anda telah menimbulkan sebanyak 5 isu, adalah lebih baik baik untuk anda meninggalkan 4 isu yang lain dan berhujah hanya di atas satu isu yang kritikal dalam Hujahan Bertulis anda.

Mengambil contoh contoh di atas maka  anda sepatut nya berikan tumpuan kepada satu isu kritikal sahaja seperti memilih isu berikut;

d.  Bank tidak menghantar jadual kelima kepada saya

Jika anda ingin menang maka pastikan beri ketenangan fikiran dan buka laluan mudah buat hakim yang mengadili kes anda.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 22:09
by  
4. Gunakan naratif orang ketiga.

Saya lihat pemohon memukul tetamu rumah itu. (ini ayat naratif orang pertama)

Responden lihat pemohon memukul tetamu rumah itu. (ini ayat naratif orang ketiga)

Dalam Afidavit, anda mesti menggunakan naratif orang pertama.
Dalam Hujahan pula, anda mesti menggunakan naratif orang ketiga.
 
Sebab apa?
Sebab ia dapat memisahkan emosi anda dari penceritaan anda.
Jika anda beremosi, anda akan bercenderung untuk menulis perkara yang tidak masuk akal dan bodoh. Percayalah.
Dalam contoh ini anda bukan seorang responden, tetapi anda adalah peguam nya. (realiti nya anda adalah peguam bagi diri anda sendiri)
Mengasingkan diri dari penceritaan boleh melapangkan fikiran kita untuk menulis secara logik dan tidak beremosi.
 
Apabila seseorang hakim itu membaca hujahan anda maka dia juga akan  kurang terkesan dari bersikap emosi lalu akan mengadili secara logik.
 
Pertimbangkan contoh ini, seorang penyiar berita menceritakan perihal seorang pesakit kanser. Jarang sekali kita akan menitiskan air mata.
Tetapi jika pesakit kanser itu sendiri menceritakan kisah sayu nya di TV, maka kita berkemungkinan tinggi akan menitiskan air mata.
Itu lah contoh kesan besar menggunakan naratif orang ketiga, ia mampu mengurangkan emosi.

Para peguam menggunakan nya,  anda juga sepatutnya begitu.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 22:10
by  
5. Tulis lah hujahan dengan pencerahan yang jelas.
 
Sesetengah orang akan berpendapat  bahawa kita hanya perlu meletakan kandungan isi utama (point) sahaja dalam Hujahan Bertulis.
 Mereka itu salah. Anda mesti berhujah.
 
Ada sesetengah peguam mengarang hujahan begitu panjang meleret leret dengan hujahan yang berbelit belit sehingga hujahan yang ditulis mereka memenuhi 100 muka surat.
Jangan ikut contoh mereka. Pastikan hujahan anda itu ringkas dan padat, dengan anggaran memenuhi sekitar  5 hingga 9 muka surat sahaja. 
Hakim tidak mudah di takut takutkan dengan hujahan yang berjela jela panjang.  Dia tahu kerjanya.
 
Jadi anda akan berhujah mengikut kes anda dan begitu saja? Tidak, tidak semudah itu.
Dalam hujahan anda, anda perlu merujukan hakim kepada perenggan perenggan dalam Afidavit atau segala pliding yang lain supaya hakim itu tahu bahawa anda tidak membawa isu atau cerita cerita baru. Dan ini lah yang akan membantu memperteguhkan hujahan anda.  
 
Jika hujahan itu adalah untuk kes Rayuan,  haruslah dalam penulisan hujahan anda itu ketengahkan kekhilafan yang telah dilakukan oleh hakim terdahulu. Sekiranya hakim terdahulu tidak melakukan apa-apa kekhilafan,  bagaimana pula rayuan anda itu boleh menang kan?
Ramai para peguam melakukan kesilapan dengan tidak menyatakan dimana kekhilafan yang dilakukan oleh hakim terdahulu lalu menjadikan hujahan mereka itu hanya sebagai sesi mengemis atau mengharapkan belas kasihan untuk diberikan kemenangan. 
Saya seringkali terasa ngeri melihat rayuan yang sebegini rupa di Mahkamah Rayuan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 22:11
by  
6. Berfikiran bagai seorang hakim semasa mendraf hujahan. 
 
Kebanyakan orang termasuk juga peguam apabila berhadapan dengan tugas mendraf Hujahan Bertulis tidak tahu bagaimana nak memulakan nya. Mereka jadi buntu. Jika ini terjadi kepada anda, tidak perlu bimbang, anda sebenarnya tidak bersendrian.
Jika mendraf hujahan bertulis itu mudah, siapa lah pula yang  memerlukan khidmat seorang peguam kan?
 
Salah satu muslihat untuk menyediakan sebuah hujahan yang baik adalah dengan cara meniru gaya tulisan dari dokumen dokumen Alasan Penghakiman. Dokumen alasan penghakiman di tulis oleh para hakim yang mengendalikan kes kes mereka.
Dokumen alasan penghakiman boleh saja di dapati secara percuma dan banyak terdapat di internet. Anda google kan saja.
 
Dengan membaca alasan alasan ini, anda akan dapat meneroka dan memahami cara berfikir seorang hakim sehingga mencapai satu satu keputusan itu.
Kemudian barulah anda mampu mendraf  sealiran dengan ‘selera’ dan pemikirannya seorang hakim.
Jika ini berlaku Hujahan anda akan menjadi satu karyaan agung.
 

 
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 22:20
by  
edited Jun 19, 2020 at 22:21
by   rara_
 
7.  Ciptakan pembahagian tulisan mengikut isu isu tertentu.
8. Perenggankan setiap hujahan dan nomborkan mengikut turutan.

Kadang kadang terdapat  juga  hujahan yang terlalu panjang, membuatkan pembaca (hakim) menjadi tersesat atau terkeliru dengan segala hujahan itu. Maka di sini lah perlu nya anda ciptakan pembahagian untuk satu satu isu itu supaya lebih jelas, seperti mana  yang terdapat dalam sesebuah buku.
 
Gunakan isu sebagai tajuk bahagian bahagian itu dan serlahkan nya (bold). Dalam kes ini tidak perlu diberikan nombor pada tajuk pembahagian.
Sebagai contoh;
Bank tidak menghantar Jadual ke-5 Penyewa. (tajuk pembahagian di sini)
 
                                                                                   (hujahan di sini)
11. Semasa defendan mencabar plaintif untuk menunjukan bukti penghantaran Jadual ke-5 melalui pos, plaintif telah tidak memberikan jawapan kepada cabaran itu. (rujuk afidavit jawapan defendan perenggan xx)
 
12. Di bawah akta sewa beli, jika pemilik (bank) tidak memberi Jadual ke-5 kepada penyewa (peminjam) dalam 14 hari dari penarikan kenderaan, maka mereka telah melakukan kesalahan undang undang.
 
13. Tanpa Jadual Ke-5, penyewa tidak mempunyai pilihan penyelesaian untuk pembayaran keseluruhan jumlah tunggakan bagi mengelakkan kenderaan dilelong disebabkan tidak mengetahui jumlah yang perlu di bayar.
 
14. Oleh kerana itu lelongan seterusnya telah menyalahi undang undang.
 
15. Oleh yang demikian tuntutan baki oleh pihak bank tidak boleh dipertahankan mengikut undang undang.
 
 
Perhatikan susunan hujahan dalam perenggan dan setiap perenggan itu di nomborkan.
(pastikan  perenggan perenggan itu sependek yang boleh)
Menomborkan perenggan adalah amat penting, kerana anda  perlu merujuk kepada nya ketika Hujahan Lisan atau pun semasa rayuan.
 

Selain itu pihak lawan juga perlu merujuk kepada nombor perenggan yang tepat  jika mereka ingin membalas hujahan bertulis anda dalam hujahan bertulis lanjutan. (ini boleh terjadi)
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 22:23
by  
9. Berhujah untuk kedua dua pihak.

Jika anda membaca Alasan Penghakiman yang di tulis oleh hakim, anda pasti perasan bahawa hakim mengambil kira hujahan dari kedua dua pihak sebelum mencapai kepada sesuatu keputusan.

Kalau begitu, mengapa tidak kita hujah untuk kedua dua pihak sekali dalam hujahan bertulis kita? 
Kaedah seperti ganjil, tapi percayalah ia mempunyai kelebihan ketara dalam melakukan nya.

Kelebihan yang pertama adalah anda boleh meramalkan dengan secara lebih tepat pihak mana yang akan menang kerana anda telah mengambil kira hujahan kedua dua pihak. Jadi di hari perbicaraan/keputusan tidak akan timbul rasa rasa terkejut.

Kelebihan kedua adalah anda sebenarnya membantu hakim dalam menulis alasan penghakiman nya kemudian.
Para hakim juga adalah manusia biasa dan pasti tidak suka akan kerja rumah yang melambak, jadi sesetengah nya akan mengambil jalan mudah yang sudah tersedia. (jika anda faham maksud saya)

Jika anda berhujah berdasarkan cerita anda sahaja, ia akan kelihatan seperti contoh berikut;
15. Responden dan jiran nya mengaku bahawa mereka melihat pemohon telah memaki hamun kanak kanak itu. 

Tetapi jika anda hujah buat kedua belah pihak, ia akan kelihatan seperti berikut;
15. Pemohon dan ibu nya mengaku bahawa mereka melihat responden memaki hamun hanak kanak itu. Tapi di sebalik nya responden dan jiran nya mengaku pemohon lah yang telah memaki hamun kanak kanak itu.

16. Oleh kerana si ibu akan lebih cenderung untuk menyokong anak nya sendiri tetapi  jiran tidak memihak maka mengikut imbangan keberangkalian akan  memihak kepada responden sebagai bercakap benar.

Maka amat jelas sekali betapa kuat hujahan itu sekira nya dihujahkan mengikut kedua dua belah pihak.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 22:25
by  
10. Berikan petikan dari kes kes terdahulu jika perlu

Apa perlu nya kita beri petikan otoriti dari kes kes  lampau dalam hujahan kita?

Para hakim adalah orang yang arif, lebih bijaksana dari para peguam.
Adakah hakim mengetahui segala selok belok undang undang dan  kes kes dan otoriti lampau?  Dalam dunia yang sempurna jawapan-nya ialah benar.
Malang-nya kita hidup dalam dunia yang tidak sempurna. 

Jika para hakim itu benar benar begitu bijaksana, mengapa perlu-nya kita memfailkan rayuan?
 
Jadi, sekiranya hakim yang mengadili kes kita itu tidak seberapa bijak, perlu lah kita berikan petikan dari kes kes dan otoriti lampau.
Untuk mendapatkan petikan dan otoriti dari kes kes lampau anda hanya perlu melayari internet untuk mencari segala Alasan Penghakiman yang berkaitan dengan kes anda. Kemudian sertakan dokumen itu bersama serahan Hujahan Bertulis anda. 
Selain itu anda perlu menandakan perenggan dalam dokumen itu demi mudah di rujuk dengan pen penanda (highlighter) atau sebagainya.
 
Untuk memetik undang undang tertentu, kamu hanya sebutkan nama akta dan nombor  seksyen-nya. Memetik akta undang undang adalah lebih mudah dari memetik otoriti keputusan penghakiman lampau.
 
Jika tidak berjaya mendapat otoriti yang berkaitan dengan kes  kita maka lebih baik abaikan saja dari memetik perkara yang langsung tidak ada kaitan.

Harapan adalah kita akan mendapat hakim yang bijak yang mempunyai otoriti lampau nya sendiri dan tidak memerlukan nya langsung untuk mencapai keputusan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 19, 2020 at 22:25
by  
11. Mulai dengan ringkasan, akhiri dengan kesimpulan dan doa (prayer)

Sebelum memulakan hujahan, adalah penting untuk memberikan ringkasan mengenai kes itu supaya kes anda dapat disegerakan oleh hakim.

Jika kes begitu rumit, sebaiknya anda tambahkan dengan menyediakan  kronologi (jadual waktu & peristiwa) kes itu.
Pada peringkat ringkasan, cubalah untuk berkecuali sedaya boleh bagi kedua dua pihak.

Di pengakhiran hujahan anda adalah bagus untuk anda memberikan satu kesimpulan. Kesimpulan itu adalah ringkasan dari semua hujahan anda tetapi dengan memberikan penekanan mengapa anda harus diberikan kemenangan.

Doa dalam konteks ini tidak berkait dengan agama.
Perkataan doa (prayer) dalam terma perundangan adalah penyataan mengenai apa yang anda mohon-kan sekiranya anda memenangi kes itu.
Sebagai contoh di pengakhiran hujahan :-

Defendan berdoa agar
Writ saman ini dibatalkan tanpa hak memfailkan nya semula
Kos RM1,500 di bayar kepada defendan

...................................................................................................................

Tamat.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.