Advertisement

Pelepasan bankrap kepada penjamin pinjaman kereta

575 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Jun 17, 2020 at 16:48
by  
edited on May 11, 2021 at 18:22
 
Saya pernah mempunyai syarikat SDN BHD dan menjadi salah seorang Director kepada syarikat tersebut. Saya pernah membeli kereta atas nama syarikat, ketika perjanjian hire purchase dipersetujui, pihak bank mahu kedua-dua Director supaya menjadi penjamin kepada pembelian tersebut. 

Setelah beberapa tahun, saya tidak dapat membayar bulanan kereta tersebut kerana syarikat mempunyai masalah kewangan dan saya telah diisytiharkan bankrap pada February 2015 dan saya telah melapor diri ke Malaysia Department of Insolvency (MDI) untuk membuka fail aset bankrap dan seterusnya membayar ansuran bulanan 10% daripada gaji kepada semua hutang saya bermula pada June 2015 sehingga sekarang June 2020 (5 tahun) tanpa gagal. Saya juga patuh kepada tanggungjawab seorang bankrap dan juga tidak pernah memohon untuk keluar negara.

Untuk makluman, hutang kereta tersebut cuma berbaki RM24k tetapi saya dikenankan charges untuk segala surat peringatan bank dan peguam seterusnya menjadikan hutang kereta ini sahaja terkumpul sebanyak RM47k termasuk hutang-hutang lain seperti kredit kad dan pinjaman peribadi yang keseluruhannya berjumlah RM125k sebelum diisytiharkan bankrap.

Setelah bankrap, saya tidak membuat penggulungan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Soalan-soalan saya:

Adakah saya masih tertakluk dibawah Akta Bankrap lama? dan bolehkah saya memohon pelepasan bankrap selepas 5 tahun memandangkan saya hanya penjamin kepada pinjaman kereta tersebut walaupun baki aset belum mencapai 50%?

Jika Malaysia Department of Insolvency mengarahkan saya membayar sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah keseluruhan RM125k tadi, Bolehkah hutang RM47k tadi dibahagi 2 (2 orang Penjamin)?

Sekian, terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
3 Answers

answered on Jun 18, 2020 at 21:35
by  
edited May 11, 2021 at 18:23
 
Ada baiknya @bijan menghubungi terus Jabatan Insolvensi dan berbincang dengan mereka sebab mereka lebih arif dalam perkara ini. Direktori mereka ada di laman sesawang, seperti contoh di Kuala Lumpur di bawah:

https://apps.mdi.gov.my/direktori/utama/org/192
0 found this helpful
Helpful

answered on Jun 18, 2020 at 23:17
by  
edited May 11, 2021 at 18:25
 
Adakah saya masih tertakluk dibawah Akta Bankrap lama? dan bolehkah saya memohon pelepasan bankrap selepas 5 tahun memandangkan saya hanya penjamin kepada pinjaman kereta tersebut walaupun baki aset belum mencapai 50%?
Boleh. Di bawah ini adalah petikan dari soalan lazim portal mereka.

Bagaimana seorang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapannya?
(c) Membuat permohonan pelepasan kepada KPI untuk pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya pentadbiran kes kebankrapan telah dijalankan selama lima tahun selain memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang lain.
Namun Malaysia Department of Insolvency biasanya lebih mengalah apabila kreditor membantah walaupun budibicara mereka amat kuat mengikut seksyen ini.

Bolehkah hutang RM47k tadi dibahagi 2 (2 orang Penjamin)?
Saya pernah terjumpa persoalan yang sama. Jawapan nya tidak boleh.
Namun jika salah seorang dari kes yang sama telah menjelaskan keseluruhan hutang salah seorang boleh memohon pelepasan atas asas bahawa hutang itu telah di selesaikan.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 3, 2020 at 11:46
by  
Terima kasih tuan/puan diatas penerangan yang diberikan
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.