Advertisement

Courts Mammoth : Panggilan merampas barang di dalam tempoh PKP

1285 Views  ⚫  Asked 2 Years Ago
asked on Apr 20, 2020 at 11:30
by  
edited on Nov 16, 2020 at 16:28
 
Saya ada menandatangani kontrak pinjaman credit dengan Courts Mammoth pembelian Samsung Note 5 pada tahun 2015. Kontrak 5 tahun, tapi apa yang membuat saya tak nak bayar kerana, pada hari kedua akaun saya tertunggak, mereka membuat panggilan ke pejabat saya, walaupun sudah berkali-kali sudah diberi amaran supaya tidak menelefon pejabat kerana saya ketika itu bekerja bank dan saya kadang-kadang lupa atau lewat nak membayar memandangkan:
 1. Lewat jika bayar online, mereka lambat update sehingga mengambil masa 3 hari.
 2. Susah untuk saya ke cawangan untuk membuat bayaran jadi selalu saya akan ke cawangan pada hari Sabtu (dan membuat akaun tertunggak 2-3 hari).

Dibawah akta Data Peribadi Pengguna (PDPA Act), mereka dah breaching banyak kali! Daya hilang sabar maka saya berniat untuk tidak membayar!

Hari ini 20 April di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada pihak dari Courts Mammoth menelefon saya mengatakan ada orang di depan rumah untuk mengutip telefon Samsung note 5 saya oleh kerana akaun sudah tertunggak 6 bulan. Arrears sekarang berjumlah RM 900+, jumlah outstanding dah tak banyak dalam RM1,500.

Soalan-soalan saya:

1. Bolehkah saya teruskan saman civil ke atas Courts Mammoth kerana melanggar PDPA Act?
2. Bolehkah mereka buat rampasan sepanjang tempoh PKP? ...di mana bila ditanya dia dari syarikat mana - tetap dengan Courts Mammoth. Bila check Facebook mereka, Courts masih tidak dapat kelulusan MITI untuk beroperasi tempoh PKP.
3. Bolehah mereka membuat rampasan jika tiada Surat Mahkamah? 
4. Adakah mereka ini legit? Atau scammer?
5. Apakah tindakan susulan mereka selepas rampasan dibuat? Saya beritahu orang di talian itu, bahawa saya dha pindah. Tiada orang dialamat itu. Then mereka kata - mereka work closely with police, dan mereka dah on the way buat laporan polis. Dan susulan seterusnya akan dibuat. Dan saya perlu tanggung kos penarikan barang.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
2 Answers

answered on Apr 20, 2020 at 11:32
by  
edited Nov 16, 2020 at 16:29
 
Minta pertolongan pakar undang-undang untuk memberi pencerahan akan isu ini.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 21, 2020 at 22:37
by  
edited Nov 16, 2020 at 16:34
 
Daya hilang sabar maka saya berniat untuk tidak membayar!
Ini adalah salah dan sungguh tidak bertanggung jawab. Alasan nya terlalu remeh.

Sekiranya setiap bulan mengemaskini pembayaran itu mengambil 2~3 hari mengapa tidak kamu berusaha membayar satu bulan secara kehadapan. 

Jadi setiap bulan kemudian sekiranya kemaskini mengambil seminggu pun kamu tidak akan sentiasa tertunggak.

1. Bolehkah saya teruskan saman civil ke atas Courts Mammoth kerana melanggar PDPA Act
Kamu pasti Courts bersalah?
Adakah kamu tahu kerja-kerja pembayaran bulanan dan pengutipan hutang itu mereka dah serah pada pihak luar?

Jika kamu kalah dalam saman kamu itu, mampu kah kamu membayar kos mahkamah paling kurang pun RM3000, belum lagi dikira bayaran untuk peguam yang kamu lantik.

2. Bolehkah mereka buat rampasan sepanjang tempoh PKP? ...di mana bila ditanya dia dari syarikat mana - tetap dengan Courts Mammoth. Bila check Facebook mereka, Courts masih tidak dapat kelulusan MITI untuk beroperasi tempoh PKP
Nampak nya kamu dah ada pun jawapan nya.

3. Bolehah mereka membuat rampasan jika tiada suarat Mahkmah? 
Saya ada menandatangani kontrak pinjaman credit dengan Courts Mammoth pembelian Samsung Note 5 pada tahun 2015.
Cuba semak perjanjian yang kamu tandatangani mengenai kegagalan memenuhi tuntutan kontrak itu.

4. Adakah mereka ini legit? Atau scammer?
Legit lah dan kenapa pula scammer, mereka menuntut sesuatu yang kamu ketahui benar.

5. Apakah tindakan susulan mereka selepas rampasan dibuat? 
Tidak ada rampasan akan berlaku, tapi dalam kes kamu ini kamu akan berterusan terganggu di tempat kerja.
1 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.