Advertisement

Bagaimana mendapat pelepasan muflis secara penuh

696 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Apr 9, 2020 at 06:40
by  
edited on May 15, 2021 at 20:28
 
Saya telah dimufliskan pada tahun 2012 disebabkan kes kereta yang telah dilesapkan oleh keluarga dan tidak dijumpai sehingga sekarang bernilai RM 185,000. Saya telah declare kepada Malaysia Department of Insolvency (MDI) dan 10% gaji dipotong kepada MDI. 6 tahun kemudian pada tahun 2018 saya telah memohon pelepasan daripada MDI melalui peguam dan telah mendapat pelepasan bersyarat. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pelepasan muflis secara penuh. 
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
7 Answers

answered on Apr 9, 2020 at 07:13
by  
edited May 15, 2021 at 20:29
 
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan pelepasan muflis secara penuh. 

Bayar penuh segala hutang-hutang kreditor yang berdaftar dengan Malaysia Department of Insolvency (MDI) kemudian mohon pembatalan dari kebankrapan melalui mahkamah.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 16, 2020 at 02:42
by  
edited May 15, 2021 at 20:30
 
Boleh tahu tak pelepasan secara bersyarat itu macam mana? Boleh ke luar negara tak?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 16, 2020 at 07:06
by  
edited May 15, 2021 at 20:31
 
Boleh tahu tak pelepasan secara bersyarat itu macam mana?
Perlepasan di atas budibicara KPI (Ketua Pengarah Insolvensi) kerana berkelakuan baik, telah melalui pentadbiran kes melebihi 5 tahun dan sebagainya.

Boleh ke luar negara tak?
Boleh.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2020 at 22:52
by  
edited May 15, 2021 at 20:34
 
Dulu 5 tahun, kes selepas 2017 bulan tak ingat, selepas pindaan hanya 3 tahun... bukan begitu?
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 13, 2020 at 23:29
by  
edited May 15, 2021 at 20:35
 
Dulu 5 tahun, kes selepas 2017 bulan tak ingat, selepas pindaan hanya 3 tahun... bukan begitu?
Tetapi Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) akan menetapkan amaun sasaran yang perlu di capai terlebih dahulu. 
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 14, 2020 at 10:07
by  
edited May 15, 2021 at 20:36
 
Andai bayaran bulanan ialah RM 100, bayar 36 bulan = RM 3600
Adakah RM 3600 itu amaun sasaran? Atau ada pengiraan cara lain atau amaun sasaran akan di maklumkan kepada bankrap dari awal lagi?

Mohon pencerahan. Terima kasih.
0 found this helpful
Helpful

answered on Aug 14, 2020 at 12:06
by  
edited May 15, 2021 at 20:37
 
Adakah RM 3600 itu amaun sasaran?

Amaun sasaran pasti lah akan berdasarkan peratusan dari keseluruhan jumlah hutang dari semua kreditor yang memasukan tuntutan pada Jabatan Insolvensi Malaysia. 

Kalau si bankrap membayar RM100 sebulan, amaun itu adalah berdasarkan kemampuan nya membayar balik saja. 
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.