Advertisement

Iklan nama notis kebankrapan di surat khabar

1670 Views  ⚫  Asked 1 Year Ago
asked on Mar 29, 2020 at 02:02
by  
edited on May 14, 2021 at 21:12
 
Saya nak tanya, hari ini baru saya menyedari ada notis kebankrapan untuk pinjaman Bank Rakyat telah di iklan pada 19 Februari 2020 kepada saya. Notis tersebut meminta saya memberi maklum balas dalam masa 7 hari tetapi saya telah terlepas tarikh. Adakah saya telah di isytihar bankrap?

Akaun saya masih boleh diguna, saya tanya parents belum sampai surat mahkamah lagi di rumah. Kalau nama dalam notis iklan ini, adakah saya masih boleh pergi berurusan dengan pihak AKPK untuk saya settlekan masalah saya ini? Kalau boleh saya tidak mahu sehingga di bankrap. Sekarang ini saya tidak tahu ingin merujuk masalah ini kemana, dan status saya sekarang juga tidak tahu macam mana.

Mohon bantuan tuan.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
18 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Mar 30, 2020 at 03:10
by  
edited May 14, 2021 at 21:15
 
..saya tanya parents belum sampai surat mahkamah lagi di rumah.
Segala surat-menyurat tuntutan dari firma guaman sebelum ini kamu tidak pernah terima kah?

Kalau tidak pernah terima bagaimana kamu boleh jangkakan surat itu belum sampai.

Notis itu di iklankan sebab mereka tidak dapat menjejak kamu untuk di serahkan kediri.

dan status saya sekarang juga tidak tahu macam mana.
Kamu sudah agak lambat bertindak. Jika itu adalah Notis Kebankrapan maka kamu ada lebih kurang 1 bulan (ikut keadaan biasa sebelum PKP wabak Covid-19) sebelum perbicaraan Petisyen Pemiutang yang boleh mengisytiharkan kamu sebagai seorang bankrap.

Ok.
Pada iklan itu terdapat nombor kes kamu. 

Gunakan nombor kes itu untuk menyemak di mahkamah berkaitan dan dapatkan bila kah tarikh perbicaraan yang akan datang.

Kalau masih ada tarikh di hadapan, hadir lah ke mahkamah, nanti cuba tanya atau rayu pada hakim agar di beri masa untuk mohon Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 15, 2020 at 01:01
by  
edited May 14, 2021 at 21:16
 
Kalau semak sekarang mahkamah buka kah? Boleh tahu cara untuk semak? Saya perlu hadir ke mahkamah atau telefon sahaja? Saya baru semak status di Jabatan Insolvensi, masih tidak bankrap. Adakah perbicaraan berjalan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini?
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 15, 2020 at 09:12
by  
edited May 14, 2021 at 21:18
 
Kalau semak sekarang mahkamah buka kah?
Tutup lah kot. Mungkin bahagian jenayah saja dibuka untuk pendakwaan warga yang melanggar arahan PKP.

..boleh tahu cara untuk semak?
Cuba kamu baca pada link di bawah ini sekiranya boleh semak secara online.
https://www.lawyerment.com/answers/questions/13268/semak-kes-dan-ekstrak-dokumen-mahkamah-secara-online-e-filing-kehakiman

..saya perlu hadir ke mahkamah atau telefon sahaja?
Sekiranya arahan PKP dah tamat pergi lah semak di mahkamah. Untuk semak guna telefon waktu sekarang ni pun boleh, sekiranya ada lakitangan bertugas di mahkamah.

Saya baru semak status di insolvensi masih tidak bankrap.
Sekarang ini memang lah belum sebab ada satu lagi perbicaraan terakhir dan telah mungkin tetangguh kerana wabak Covid-19 ini.

Adakah perbicaraan berjalan semasa tempoh PKP ini.
Logik nya sudah tentu tidak lah.

Kalau keluar nanti kena pulak denda RM1000, kemudian boleh ke kita salahkan mahkamah sebab kita bankrap.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 13, 2020 at 08:31
by  
edited May 14, 2021 at 21:19
 
@rara,

Mohon sedikit pencerahan, saya baru buat semakan dalam online. Kes saya pada 5 Jun 2020, dan remark tulis pengurusan kes (2) adakah pada 5 Jun 2020 adalah tarikh saya bakal di jatuhkan hukum bankrap. Saya cuba berunding dengan AKPK tetapi PKP masih berlanjutan dan kaunter AKPK masih tutup.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 13, 2020 at 10:20
by  
edited May 14, 2021 at 21:21
 
@Nana2018,

Kes saya pada 5 Jun 2020, dan remark tulis pengurusan kes (2)
Tanpa dokumen mana lah kita boleh pastikan pengurusan kes itu untuk status apa. Namun kemungkinan nya adalah seperti berikut:

1. Lawyer mohon kebenaran mahkamah untuk satu Petisyen Kebankrapan di serah terhadap kamu 

2. Memohon serahan Petisyen secara penyampaian ganti..

atau mungkin juga..

3. Pengurusan kes sebelum perbicaraan untuk kamu di jatuhkan sebagai bankrap.

..adakah pada 5 Jun 2020 adalah tarikh saya bakal di jatuhkan hukum bankrap.
Tidak lagi sekiranya kamu hadir dan memohon penangguhan dengan alasan: 

1. Mahu buat penyelasaian dengan pihak bank. 
(alasan ini dapat melengahkan sedikit masa sahaja)

2. Sedang dalam proses penyelesaian melalui permohonan ke AKPK 
(Sebelum 5 June pastikan kamu mohon AKPK dengan harapan diterima.)

3. Mahu lawan dan mengetepikan Notis Kebankrapan atau Petisyen Kebankrapan itu sendiri. 
(Sekiranya kamu ada alasan kukuh bahawa Notis atau Petisyen itu patut dibatalkan) 

Nota:
Untuk perkara 3 itu, mungkin para forumer boleh membantu sekira nya kamu poskan dokumen Notis Kebankrapan itu di sini demi pencerahan. 

Padamkan maklumat peribadi terlebih dahulu sebelum dipos .
0 found this helpful
Helpful

answered on May 13, 2020 at 22:09
by  
edited May 14, 2021 at 21:22
 
@rara,

Tengahari tadi,  saya ada ke mahkamah. Saya dah bertanya di kaunter, 5 Jun tidak perlu hadir.. Hanya peguam yang hadir sahaja. Sekarang ini saya masih berkesempatan untuk berbincang dengan bank atau berurusan dengan AKPK. Jika mahu berunding dengan bank apa yang perlu saya lakukan? Adakah bank akan minta full outstanding yang tertunggak? Dan saya juga bercadang untuk mohon pengurangan kadar bayaran bulanan.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 14, 2020 at 01:10
by  
edited May 14, 2021 at 21:24
 
Jika mahu berunding dengan bank apa yang perlu saya lakukan?
Sudah sampai tahap akhir di mahkamah biasa nya mereka akan memìnta satu jumlah bayaran lump sum agak  besar yang kita sukar memenuhi nya.

Namun itu tidak menghalang kita dari mencuba nya. 

Buat cadangan penjadualan pembayaran semula. Dengan penyata pendapatan dan perbelanjaan yang meyakinkan.

Lampirkan dengan surat resmi rayuan meminta di tarik balik tindakan kebankrapan. 

Pergi ke Legal Department bank untuk serah surat rayuan dan cuba runding. Cakap waktu pandemic Covid-19 masakini bank juga telah memberi morotorium pada para pelanggan nya.

Keberangkalian untuk sukses amat rendah, tambah lagi Nana mahu membuat pembayaran semula yang lebih rendah.

Cuba pastikan berjaya diterima dalam program AKPK. Lebih tinggi peluang nya.

saya ada ke mahkamah. Saya dah bertanya di kaunter, 5 June tidak perlu hadir..
Dah pergi ke mahkamah sepatut nya minta ekstrak dokumen Notis Kebankrapan dan lain-lain sekàli boleh studi untuk kemungkinan kepada perkara 3.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 16, 2020 at 13:28
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on May 16, 2020 at 13:28
by  
edited May 14, 2021 at 21:38
 
@rara,

Ini saya sertakan Notis Kebankrapan yang baru saya ambil dari rumah lama saya. @rara,  saya nak minta pendapat.. Saya baru sahaja check dengan Bank Rakyat jumlah tunggkan saya selama setahun. Berjumlah RM13 ribu, rasa okey kah kalau saya minta bayar separuh dari jumlah tunggakan dan selebihnya di bayar semula bersama bayaran bulanan. Bayaran bulanan saya sekarang sebanyak RM858 tetapi  dengan perbincangan bersama suami. Beliau setuju untuk bayaran bersama dengan jumlah yang lebih tinggi dari bulanan sekarang jika bank bersetuju, itu di panggil perjadualan semula bayaran kah? Ada contoh atau ayat untuk saya tulis dalam surat tersebut?

Maaf @rara, saya sedikit lemah dari segi bank dan perundangan punya term ini. Tapi saya berusaha untuk buat bayaran semula. Pinjaman ini juga di buat untuk baiki rumah mak ayah di kampung kerana dah terlalu uzur. Atas sebab tertentu saya terpaksa berenti kerja dan sekarang dah mula berkerja dan boleh untuk pembayaran semula. Cadangan ini adalah langkah kedua sekiranya AKPK tidak dapat membantu.
0 found this helpful
Helpful

answered on May 16, 2020 at 13:40
by  
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.