Advertisement

Writ summons dari firma guaman bank berkaitan hutang pinjaman

79 Views  ⚫  Asked 1 Month Ago
asked on Mar 28, 2020 at 12:38
by  
Salam sejahtera.
Saya telah menerima writ saman daripada Maybank berkenaan dengan pinjaman kenderaan. Saya mengalami masalh kewangan sejak suami diberhentikan kerja pada tahun lepas. Saya telah berusaha untuk membuat pembayaran sedaya yang mungkin. Sejak 4 bulan lepas bayaran tertunggak mungkin sebanyak RM2000.00. Total hutang tinggal RM14K. 
Sekarang saya terima writ saman untuk pendengan kes pada 15/4/2020.
Soalan saya:-
1. Bagaimana saya perlu membuat notis kehadiran, kerana sekarang PKP sedang berjalan. Surat saman ada dikampung kerana alamat pertama tidak dapat.
2. Kes saya adalah melalui e-review, apa yang saya patut buat? 
3. Perlukah saya mencari peguam untuk urusan ini? atau saya boleh buat sendiri (file kehadiran dan sebagainya)
4. Adakah saya akan diisyitharkan Bankrupsi?

Perkara ini adalah pertama kali, dan saya tidak tahu prosedur yang perlu saya lalui.
Terima kasih.
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
1 Answers

answered on Mar 28, 2020 at 14:09
by  
Surat saman ada dikampung kerana alamat pertama tidak dapat.
Suruh orang kampung ambil gambar dokumen saman dan postkan imejnya disini untuk pencerahan.
Jangan lambat ya.

Perlukah saya mencari peguam untuk urusan ini? atau saya boleh buat sendiri (file kehadiran dan sebagainya)
Kamu boleh membela diri tanpa peguam dengan bantuan forumer lain atau dengan bantuan kumpulan bayangan Avengers Malaysia.
0 found this helpful
Helpful


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.