Advertisement

Duit Pencen Pesara

194 Views  ⚫  Asked 2 Months Ago
asked on Mar 27, 2020 at 10:38
by  
edited on Mar 27, 2020 at 12:44
by   angah
Salam
Jika disytihar bankrap, adakah pemberian duit pencen akan terhenti? (ex-gov staff)
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]
11 Answers
 1   2   Next »  Last »

answered on Mar 27, 2020 at 19:34
by  
Jika disytihar bankrap, adakah pemberian duit pencen akan terhenti? (ex-gov staff).

Setahu saya, pencen boleh dihentikan dan duit pencen disalurkan kepada Jabatan Insolvensi.
Baca Surat Pekeliling kerajaan untuk kepastian.
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 29, 2020 at 16:59
by  
Terima kasih Tuan Jebat. Maaf minta pendapat.
Saya ringkaskan ceritanya
Jan 2018 - saya join AKPK untuk personal loan Bank R
Nov 2019 - saya bersara atas sebab kesihatan dan dapat pencen sikit
1 Mac 2020 - saya ke AKPK untuk struktur semula jadual pembayaran baru serta nak masukkan sekali pinjaman dari Bank Ag.. untuk program AKPK 
Peg AKPK minta saya keluar dulu dari program dan kemudian masuk semula dengan buat surat rayuan
18 Mac 2020 - tarikh ni sepatutnya appoinment di AKPK tapi dah keluarahan arahan PKP, AKPK tutup

Bank R terus2 call saya minta saya bayar tunggakan (jumlah bayaran yang dikurangkan sejak saya masuk AKPK sebanyak RM5000+ agar saya tak dikenakan tindakan guaman)
Surat peguam dan surat merah dah terima. Ini kerana saya keluar dari program tersebut, Bank R kira lumsum jumlah pengurangan tu menjadikan saya tertunggak 7bulan. Walhal saya tak pernah lewat bayar pinjaman srmasa program AKPK.

Saya mohon pendapat tuan/puan, apa perlu saya buat. 
Bank R juga maklum melalui telefon, saya perlu jelaskan tunggakan 3bulan(RM2500+) kalau nak nikmati faedah yang kerajaan umum baru-baru ni (penangguhan bayaran pinjaman selama 6bulan).  Sekian
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 29, 2020 at 19:50
by  
Surat peguam dan surat merah dah terima.

Poskan imej surat-surat tersebut disini untuk pencerahan.
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2020 at 03:24
by  
Poskan imej surat-surat tersebut disini untuk pencerahan.

Ya, poskan surat² itu untuk pencerahan, boleh hitamkan data perbadi yg tercatit untuk tujuan ini.

Boleh tak berikan jumlah Rm pinjaman dari  Bank R dan Bank Ag tu?
1 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2020 at 10:16
by  
edited Mar 30, 2020 at 10:19
by   angah
Bank R RM129k
Bank Ag RM40k + 35k (2loan)
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2020 at 10:50
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 30, 2020 at 10:51
by  
0 found this helpful
Helpful

answered on Mar 31, 2020 at 22:37
by  
edited Mar 31, 2020 at 22:37
by   rara_
Jika disytihar bankrap, adakah pemberian duit pencen akan terhenti? (ex-gov staff)

Jika berpandukan ''Panduan Umum Untuk Pesara Kerajaan Malaysia (Kemaskini Maklumat setakat April 2018) '' tidak menyatakan kebankrapan seorang pesara itu akan menjadi pencen nya terhenti atau di tarik balik. Sepatut yg empunya diri lebih mengetahui.

Adakah tuan mempunyai aset atau harta (rumah) yang masih dalam pembayaran lagi?

Bank R RM129k   
Bank Ag RM40k + 35k (2loan)

Berdasarkan jumlah hutang pada Bank R itu pasti lah mereka akan mengambil tindakan kebankrapan setelah menghidu kemungkinan besar kamu tidak berkemampuan membuat pembayaran lagi.

Surat merah dan tuntutan dari syarikat guam itu adalah demi mengikut prosidur undang dalam menuntut hutang yang akan di tuntut di mahkamah. 

Selepas proses ini biasa nya adalah surat writ saman untuk ke mahkamah.

Surat peguam dan surat merah dah terima. Ini kerana saya keluar dari program tersebut, ...
Mengapa keluar dari program AKPK? Program ini dapat membantu mengelak dari tindakan kebankrapan.
1 found this helpful
Helpful

answered on Apr 1, 2020 at 00:56
by  
Terima kasih Cik rara_ atas bantuan dan pandangan.

Adakah tuan mempunyai aset atau harta (rumah) yang masih dalam pembayaran lagi?
Tiada

Mengapa keluar dari program AKPK? Program ini dapat membantu mengelak dari tindakan kebankrapan.
Atas nasihat dari pegawai AKPK supaya AKPK boleh panjangkan lagi tempoh pembayaran dengan jumlah yang minimum. Saya diarahkan untuk masuk semula, malangnya saya tak sempat buat demikian kerana AKPK tutup sementara kerana arahan PKP dah dilaksanakan. 
Saya cuma nak kurangkan bayaran bulanan serta ingin masukkan sekali pinjaman dari Bank Ag ke dalam program AKPK.
Saya juga dalam proses untuk buat tuntutan insuran dari pinjaman peribadi Bank R kerana saya tidak mampu bekerja.
0 found this helpful
Helpful

answered on Apr 1, 2020 at 17:12
by  
malangnya saya tak sempat buat demikian kerana AKPK tutup sementara kerana arahan PKP dah dilaksanakan. 
Sementara AKPK ditutup, tindakan pejabat peguam itu juga kemungkinan besar tertangguh.

Setelah di buka nanti jangan berlengah untuk menyertai program AKPK itu semula sebelum mereka mengeluarkan surat writ saman ke mahkamah.

Surat  bank dan surat tuntutan dari peguam itu kelihatan bersungguh hendak menjadikan kamu sebagai Penghutang Penghakiman dan seterus nya ke arah kebànkrapan.

Jika kemudian surat saman itu sampai juga, jangan di abaikan. Kalau kena hadir ke mahkamah pastikan hadir. Jika tidak peguam bank akan senang² mendapatkan Penghakiman Ingkar Kehadiran.
0 found this helpful
Helpful


 1   2   Next »  Last »

You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.